'Santai Tapi Sampai'

28 January 2019

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Bila tiba musim cuti sekolah, tak kisahlah cuti pendek ke panjang, kebanyakan parents mesti tercari-cari tempat best yang boleh dijadikan tempat menghabiskan masa terluang anak-anak.  Apa yang lagi best, bila pergi ke tempat tu semua aktiviti boleh dibuat. One stop center lah bak kata orang putih. Betul kan? Haaa, kalau korang nak tau ada satu tempat yang mempunyai ciri-ciri yang cikla mention kat atas tu. Nak tau? Apa lagi, kenalah baca sampai habis tau. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kredit Google. 

Semua orang tau kot yang negeri Melaka sangat terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya. Tak kiralah tempat  seperti Kota A Famosa, Bukit Belanda serta tokoh-tokoh sejarah popular seperti Hang Tuah, Parameswara dan sebagainya. 

Sejarah Melaka ini sememangnya amat penting untuk diketahui dan tak hairanlah kan kalau ia dimasukkan dalam silibius mata pelajaran yang diajar di sekolah kini.

Disebabkan oleh kisah sejarahnya yang tersendiri, thats why Melaka ni one of Malaysia tourist places yang terkenal dengan pelancong dari setiap pelusuk dunia. 

Kalau korang ke Melaka, confirm boleh jumpa pelbagai jenis orang yang datang dari negara lain. Sebabnya? Sudah tentu diorang datang sini pasal nak tengok kesan peninggalan sejarah yang still ada.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. 

Mereka yang selalu pergi ke Melaka mesti tau yang Melaka pun ada Theme Park. Apa lagi, tak lain tak bukan, Melaka Wonderland lah nama yang patut korang dengar dan pergi berkunjung ke sana bersama keluarga korang. Kalau korang nak angkut satu kampung' pun boleh aje. Hihi. 

Actually, cikla pernah juga  ke sini sekali masa cuti sekolah tahun lepas kalau tak silaplah. Tapi, cikla pergi yang taman air dia je. Memang best gilaaa. Anak-anak cikla time tu memang excited sangat. Maklumlah, water everywhere. Memang kesukaan budak-budaklah. Fun

Rupa-rupanya, di Melaka Wonderland ni ada satu tasik yang kita boleh naik bot kayuh tu. Pasangan suami isteri yang nak romantika di Tampoi boleh datang sini. Apa salahnya, honeymoon kali kedua kan kan kan. Hehe. 

Selain itu, ada pedal boat dengan tube ride jugak, ala yang kita naik pelampung yang boleh muat 2 orang tu, lepas tu kayuh pakai dayung. Syok kan. Best jugak sekali sekali dapat mendayung. Dengan yang tersayang pulak tu. Sambil-sambil tu boleh bagi makan ikan. Ouchh, so romanticcc mehhh.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Lagipun, aktiviti macam ni boleh jadi salah satu Terapi diri untuk kita jugak. Maklumlah, asyik busy dengan tugas hakiki, sesekali santai rileks diri memang heaven sungguh aihh. 

Bagi mereka yang sukakan haiwan khasnya rabbit, ada section yang kita boleh bagi makan rabbit secara direct. Siap pakej boleh usap-usap si rabbit tu lagi. Best kan? 

Mereka yang suka ride pulak boleh sewa elektrik skuter. Korang sewalah secara berjemaah. Best sikit kan. Ramai-ramai, meriah. Kalau nak lagi best, korang bukak game racing je. Memang havoc. Haha, gurau je. Korang jangan buat betul-betul pulak ye. Cubit kang. Haha. 

Japp, sebenarnya tempat paling siyok gila kalau di Melaka Wonderland ni ialah taman tema air dia. Memang best, sebab cikla kan pernah pergi dulu. Kih kih kih. Dekat sana, memang ada banyak gelungsur yang kita boleh try

Kalau nak rasa pusing-pusing pening kepala boleh try Tornado Chaser. Pusing-pusing kat bowl sampai masuk terowong yang terus ke pool. Dapat bayangkan tak?

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Tornado Chaser. 

Kalau yang ni memang anak-anak cikla have fun sangat. Lagipun, bebudak ni kalau tengok air macam kerasukan. Haha. Berendam sehari suntuk pun tahan lagi tau. Sampai kecut-kecut jari semua. 

Ohh ye, kalau korang nak racing sape sampai dulu dengan gelungsur pun boleh, apa lagi pilihlah Kamikaze racer yang ada 6 lanes. So, sekali naik, 6 orang terus dia tapau. Haha. So, bet aaa. Siapa yang sampai dulu dia kena belanja makan. Kah.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Naik ni, hati-hati tau. Bukan apa, jangan sangkut kat tengah-tengah sudah. Jenuh pulak nak tarik keluar kang. Hehe. Lepas tu ada pulak pool human made yang ada ombak, feel dia sudah tentu macam kita mandi kat laut. Best kan.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Pool yang besar siap ombak lagu. Like a real beach. 

Ehh, korang ingat tak kalau dulu masa korang kecik-kecik bila ombak datang je korang cuba lompat atas ombak tu. Ingat? Haha. 

Kalau korang tak pernah buat, korang patut try buat nanti. Memang sangat adventure tau. Bila sebut pasal adventure, khas untuk bebudak ada satu tempat yang dipanggil Adventure Island. 

Tempat ni memang sangat adventure untuk bebudak. Orang tua jangan berangan pulak nak 'beraksi' kat sini ehh. Malu orang tengok, haha.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Adventure Island. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

So, untuk bebudak kalau ibu bapak nak train imaginasi dan kembangkan minda dorang, I recommend this place. Bak kata orang putih, 'this is is the right place'. Hiksss. 

Yang penting dorang enjoyOh yee, pasal tiket pulak, korang kena beli at least 2 hari sebelum korang nak pergi sana. Tak boleh nak buat apalah, sebab itu memang syarat dorang. 

So, nak tak nak memang kena buat macam tu laaa. Actually, senang je kan?

Kalau korang lapar time tengah syok main air tu, jangan risau. Dekat dalam ni pun  korang boleh beli makanan dan minuman. Macam-macam ada ooo, nasi pun ada, lauk pauk yang sedap dan lain-lain. 

Mengenai keselamatan dekat dalam ni pulak, korang jangan risau sebab management di sini sangat mementingkan safety. Apa yang penting korang patuhi je semua syarat yang dah ditetapkan. InshaAllah, selamat.

Melaka Wonderland ni sebenarnya dekat je dengan bandar Melaka. Adalah kira-kira 15 minit gitulah. Kalau korang datang, keluar dari highway Air Keroh, memang dah dekat sangat dah tu.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Korang boleh gak kalau nak check kat website dorang untuk exact location supaya korang tak tersesat or tak jumpa pula kan. Lebih-lebih lagi yang first time datang. 

Tempat penginapan pun dekat gak dengan Melaka Wonderland ni seperti hotel Permaisuri. Dah nama negeri pelancongan kan, so kalau nak cari hotel tak payah nak risau takde sebab memang banyak gila bersepah. Senang nak jumpa. Siapkan wangnya aje!

So, apa lagi. Jom bawa family korang beriadah dan bersuka ria di Melaka Wonderland cuti sekolah nanti. Memang seronok sangat. Silap-silap haribulan anak korang tak balik oiii. Harulah kalau macam tu. Bertabahlah!


21 January 2019

#10yearschallenge haha terjebak jugak.

Cikla agak semua dah tau kan pasal #10yearschallenge ni kan. Dah viral pun dekat fb. Boleh dikatakan semua menyahut cabaran. Cikla pun tak terkecuali. Rasa macam tercabar jugaklah nak buat. Haha. 

Tapi sebenarnya lebih kepada 'suka-suka' je pun. Takde tujuan lain pun sebenarnya. Cari punya cari gambar yang sesuai, maka inilah hasilnya.
 
#10yearschallenge haha terjebak jugak.
#10yearschallenge haha terjebak jugak. 

Amacam? Sama ke tak? 10 tahun kot, mesti ada perubahan kan walaupun sikit. Tahun 2009 tu cikla dan suami baru berusia 27 tahun. La ni dah 37 tahun pun. Wajah semakin di mamah tua. Ececehhh.

Apa pun, cikla bersyukur kerana sudah 10 tahun cikla melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta. 

Dalam tempoh tu, tipulah kan kalau cikla cakap takde perselisihan faham, gaduh gaduh manja, merajuk dan macam-macamlah. Pendek kata, suka duka asam garam pahit manis alhamdullilah semua cikla dah rasa.

Bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami sampai  ke hari ni. Dan Semoga Allah panjangkan jodoh kami sehingga ke Jannah. Aamin. Emm, 2009 baru kawin. 10 tahun kemudian, anak dah 4.

18 January 2019

Positifnya seorang peniaga online.

Cikla just nak membebel jap je. Hari-hari iklan, tapi orang like komen macam sendu je ekau tak give up ke? Hari-hari kepochi pasal barang yang ekau juai, tapi orang dok baca tanpa perasaan, ekau tak penat ke? Hari-hari ekau dok ngadap barang yang ekau juai tu tersusun indah orang tak pinang pun, ekau tak rasa frust ke?

Eh eh, jappp.

Tipu ahhh kan kalau tak rasa smuaaa macam kat atas tu, tapi tapi tapi itulah penguat semangat kita untuk terus terus terus usaha buat yang terbaik. 

Buat je tanpa toleh belakang. Buat je tanpa mengeluh.

Buat je tanpa merungut dan alasan itu ini. Rezeki Allah yang beri, tugasss kita usaha dan doa.

The 'kunci' is, buat je!

Positifnya seorang peniaga online.
Positifnya seorang peniaga online. Kredit Google. 

Tanyalah orang yang dah berjaya, apa yang dorang lalui untuk sampai ke tahap yang dorang ada skang. Confirm mesti ada 'crite' di sebaliknya. Tak kiralah ekau juai apa pun, berusahalah berdoalah. Peduli apa kata orang. Yang positif kita ambil, yang negatif kita tinggalkan. 

Jom berubah, positifkan diri. InshaAllah, kejayaan pasti milik kita. Aamin.

Tip solekan untuk remaja.

Dulu, masa cikla masih remaja (sekarang pun remaja jugak, tapi remaja purba, haha), memang cikla ni tak suka bersolek sangat terutama kalau keluar rumah. Paling koman pun, cikla akan pakai bedak, itupun bedak talkum tu dengan celak sikit. lips gloss ke, lips ice ke, lipsmatte ke, hatta bincu pun cikla tak pakai. Haha. 

Korang yang remaja tu nak tak tau apakah tip solekan mudah supaya korang nampak cantik terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Kalau nak, jom baca sampai habis. 

Tip solekan untuk remaja.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip solekan untuk remaja.

Kenal dulu warna dan jenis kulit korang.

Kalau korang nak tau, warna kulit kita ni tak sama tau. Setiap orang mempunyai tingkat warna yang lain-lain. Ada yang berkulit coklat gelap, sawo matang, putih kuning, coklat, putih pucat sebagainya. Itu belum lagi jenis kulit dia macam mana. Jenis berminyak ke, kering ke dan kombinasi. Sebab, setiap jenis kulit ni, alat solek dia pun tak sama tau. So, memang kena tau tu. 

Pakai pelembap. 

Ada orang, memakai pelembap ni memang wajib. Haaa, betullah tu kan. Lagi satu, nak pilih pelembap pun biarlah tepat dan sesuai dengan jenis kulit kita. Kalau korang nak tau, ia penting sebab inilah asas supaya solekan kita tahan lama. Takdelah nanti baru je mekap dah cair. Hehe. Selain itu, pelembap juga berfungsi sebagai perawatan dasar, dan menjadi pelindung kulit. Lebih kurang macam protection laaaa. 

Rona asas.

Sebelum korang pakai bedak asas, pastikan korang menyapu warna asas dulu sebab ia berfungsi sebagai 'penjaga' solekan supaya tahan lebih lama dah nampak fresh je walaupun dah mekap beberapa jam yang lalu. Best kan? 

Pilih bedak asas yang tepat. 

Haa, ni lagi satu yang penting. Kalau korang nak tau, bedak asas fungsi dia untuk meratakan warna kulit. So, apa yang terbaik cari bedak asas yang warnanya hampir sama dengan warna atau ton kulit korang. Tapi, korang jangan pakai bedak asas tu pada seluruh muka korang, nanti nampak macam topeng pulak. Just korang sapu secara nipis pada kedua-dua belah pipi, hidung dan dagu. Lepas tu, baru pakai bedak dengan warna senada. Masa sapu tu pun bukan menyapukan dengan span macam kita sapu tu je tapi sapu tu just tepuk-tepuk je. So, nanti takdelah bertompok kan bedaknya. 

Pakai maskara.

Korang tak payah nak berbulu mata palsu bagai atau pun pakai celak tebal-tebal kekonon nak bagi mata tu nampak indah. Jangan, sebab ini akan buat korang nampak lagi tua. Korang just pakai je pelentik bulu mata dengan maskara. Dah. Maskara pulak pilih yang jenis kalis air. Lawa ooo. 

Gincu dan pengilat bibir. 

Korang sapu salap bibir, lepas tu pakai gincu warna coklat pudar. Gincu macam ni sesuailah kalau korang nak berpergi berlibur bersama teteman. Kalau korang suka, boleh je nak oles pengilat bibir warna senada dengan gincu tu. Nampak lagi fresshhh

Selamat mencuba. 

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro. 

14 January 2019

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!

Cikla ni jarang shopping barang-barang kosmetik. Tapi, haritu ter'shopping' jugaklah satu lipstik ni. Apa yang bestnya, lipstik ni lipstick homemade. Mana taknya. Asyik lalu lalang dekat newfeeds fb. Akhirnya tergoda juga. Haha. Tengah promosi, rugi pulak tak rembat seketul kan.
 
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Apa yang cikla boleh cakap, memang tak rugi beli lipstik ni. Best ooo. Dan memang lain dari yang lain. Kalau korang nak tau memang banyak keistimewaan SL lipstick ni. Nak tau? Meh baca ni. Pertama kali, semestinya dia adalah lipstick homemade. Keistimewaannya yang lain adalah:

  1. Merawat masalah bibir merekah. 
  2. Melembapkan bibir. 
  3. Merawat masalah bibir gelap. 
  4. Melembutkan bibir. 
  5. Menggunakan mineral color sahaja bukan pewarna sintetik. 
  6. Mesra solat dan senang dibersihkan. 
  7. Kelihatan natural dibibir. 
  8. Satu lipstick mampu bertahan dua hingga tiga bulan dan tarikh luput dalam jangka masa 6 bulan kerana ia adalah natural. 
  9. Tiada bahan pengawet atau paraben atau plumbum dan bahan kimia yang merbahaya. 
  10. Selamat dan gunakan tanpa was-was.

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Bagi cikla, apa yang menjadikan sesuatu produk tu wow adalah bahan yang ada di dalamnya. So, begitu juga dengan SL lipstik ni. Ia mengandungi 3 bahan magik yang utama, iaitu:

  1. Cocoa Butter - Untuk mengatasi bibir pecah dan merekah. 
  2. Essential oil Peppermint - Merawat bibir. 
  3. Virgin Coconut Oil - Memperbaiki sel-sel kulit mati di bibir serta mengatasi masalah bibir kusam dan gelap.
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Tengok pilihan warna yang ada dekat atas tu. Semua lawa-lawa kan? Gerammm. Rasa nak borong semua je. Haha. Dan, apa yang paling besssttttt mengenai lipstik homemade yang owsem ni adalah:

  1. Mudah apply atau digunakan serta tak melekit. 
  2. Bila dioles kan di dekat bibir rasa ringan je  macam kita tak pakai lipstick. 
  3. Bau original peppermint. 
  4. Bibir rasa sejuk dengan peppermint. Yang ni cikla paling suka. Rasa berangin je bibir. Cool
  5. Mudah cuci.

Harga dia? Masa cikla beli, cikla dapat harga promosi. So, murah sikitlah. Normal price adalah RM53 termasuk pos. Murah kan? Bergaya dengan lipstik sejuk bibir. Hehe. 

Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya!
Bibir rasa berangin bila pakai lipstik homemade, SL Lipstik by Shyda Lambri. Wow, bestnya! 

Kalau korang nak beli dan cuba, korang wasap je ni kat no ni 019 7838874. Korang juga boleh terjah link FB tokeh bincuu best ni di SINI. Belilah seketul lipstick sejuk bibir ni dan alami sendiri 'kesejukan' olesan bincuu yang memang best gila. Tak rugi tau, cikla recommended this lipstick!

13 January 2019

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.

Lama cikla tak membebel dekat blog kesayangan cikla ni. Agak bersawang jugalah blogku ini. Lately, agak bizi sikit dengan rutin harian dan kerja baru cikla. 

Siapa yang follow cikla dekat fb dengan Instagram mesti tau kot apa yang cikla tengah 'kerjakan' sekarang. Hehe.

Ok, cerita pasal baby Chanco ni, actually cikla 'ternampak' adik ni dekat dalam paper hari ni. Terus macam, eh ehh comelnya budak ni. 

Rambut dia tu. Geram. Terus usha IG dia, perghhh, memang banyak gambar comel-comel dia. Pandai betul dia posing depan kamera walaupun kecik lagi. 

Anak jepun yang baru berusia setahun ni semakin popular bila dia menjadi salah satu wajah menerusi jenama Pantene. Semua orang tau kan jenama shampoo terkenal tu. Bertuah badan kan.  

Jom tengok gambar comel baby Chanco ni.

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat.
Baby Chanco, model cilik tuah berambut lebat. 

Korang boleh terjah IG baby Chanco di SINI kalau nak tengok banyak lagi gambar comel dia.

Kredit ruangan Global, Metro Ahad. Kredit gambar SINI.

9 January 2019

Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini.

Jom baca perkongsian menarik ni. Semoga bermanfaat. 
Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Nak tau rahsia mencipta hubungan mawaaddah dalam rumah tangga? Baca ini. 

Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini. Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini. 

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat saya bertanya pada dia, "Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? 

Sebab macam yang kita tahu, ramai suami di luar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab, "Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu?" Ustaz Sadini pandang semua yang hadir, dan tanya lagi pada yang lain, "Ada doakan anggota badan suami? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu. 

Tapi saya jawab juga, "Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini : "Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Di sini saya kongsi kan.

1. Pegang tangan suami/isteri kita, usap tangan nya sambil baca : 'Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,' Habis baca sambung, 'YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA.'

Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

2.  Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.

3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.

4. Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut, minta hatinya diberkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak disukai. Minta diharamkan hatinya dari api neraka.

ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita? 

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga, 'Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar'.

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Kredit WhatsApp Group.

8 January 2019

Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.

Jom baca perkongsian menarik ni. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah.

Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah. 

Ulama berkata : "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. 

Tapi sesetengah kita tak sedar, pagi-pagi dah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contohnya :
  • Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil.
  • Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
  • Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
  • Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut : Manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tak dapat menerima atau tak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahayanya: Kita tak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. 

Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tak berpuas hati dengan Allah. 

Tahukah kita sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dariNya.

Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. 

Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya. 

Ucapkan dan zikirkan Astaghfirullah hal azim, La hawlawala Quwwata illa billaah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Kredit WhatsApp group.

7 January 2019

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

Wooo, 8 Juta pageview ooo. Tahniah kc. Betul-betul membakar semangat ni. Nak kejar awakkk. Hihi. So, sempena dengan pageview blog beliau ke 8 Juta lebih tu, kc buat segmen bloglist. Korang dah join ke? Kalau belum, Moh lerrr join reramai. Kasi gegar segmen adik comel kita ni. Harharhar.

Nak join klik banner di bawah. 

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!
8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

Oh ye, kc meminta idea untuk dia menulis apa-apa jugak topik dalam blog ni. So, fikir punya fikir cikla rasa nak awak tulis pasal tip nak tulis entri tapi takde idea. Haha. Ok tak, ok tak.

Oh ye, segmen berlangsung sehingga 26 Januari ni. Memang banyak masa lagi nak join. 

Selamat bersegmen korang. 

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com.

Jom join giveaway ni. Hadiah lumayan jugak. Nak join? Jomlah, mana tau ada rezeki kan. 

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com.

Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com.

Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Giveaway berlangsung 9.00 pagi 2 Januari 2019 sehingga 11.59 malam 16 Januari 2019. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 

Selamat bergiveaway!

5 January 2019

Minyak kayu putih, bahan hebat yang ada dalam minyak urut moden MMG. Terbaiklah!

Cikla jarang stori mori apa yang ada dalam minyak urut moden MMG ni kan? Sebenarnya, minyak urut waterbased MMG ni dihasilkan dari gabungan bahan-bahan yang hebat. Salah satunya adalah  minyak kayu putih.

Apa yang bagusnya minyak kayu putih ni? Haaa, inilah yang korang kena tau. Kalau kita Google manfaat minyak kayu putih ni, naahh kau memang korang akan jumpa beribu link yang share pasal kelebihan 'white stick oil' ni. Bak kata oghang puteh. Heeee.

Minyak kayu putih, bahan hebat yang ada dalam minyak urut moden MMG. Terbaiklah!
Minyak kayu putih, bahan hebat yang ada dalam minyak urut moden MMG. Terbaiklah! 

Tapi takpelah. Cikla 'pendekkan' ye. Kita ambil tau yang important je ehh. Menurut web cosmopolitan.co.id, antara manfaat minyak kayu putih, adalahhhh. 

  • Melegakan rasa tak selesa di kepala. Bagus jugak kan. Kalau tak asyik nak telan ubat je. Sesekali takpelah. Kalau dah senalooo? Acaner? 
  • Melegakan demam. Wow, macam mana pulak minyak boleh legakan demam? Haa, itu yang korang tak taww. Penggunaan minyak kayu putih boleh menyebabkan kita berpeluh. So, suhu demam akan turun dan jangkitan dapat dielakkan. InshaAllah. 
  • Melegakan rasa tak selesa di gigi. Kalau nak legakan bahagian gusi lepas kita cabut gigi pun boleh. Menarik kan? 
  • Melegakan batuk dan selsema. Sebab, minyak kayu putih dapat melancarkan pernafasan korang kesan dari batuk dengan selsema tulah. 
  • Melegakan kesan luka akibat terkena api. Lebih kurang macam antiseptic lah supaya luka tu tak terkena jangkitan. Protection gitu.

Fuuhhhh, ini baru sikit weh. Sebenarnya banyak lagi. Itu sebabnya minyak urut moden MMG terbaik disebabkan oleh bahan-bahan yang ada di dalamnya. 

Minyak kayu putih, bahan hebat yang ada dalam minyak urut moden MMG. Terbaiklah!
Minyak kayu putih, bahan hebat yang ada dalam minyak urut moden MMG. Terbaiklah! 

Bagi cikla kan, kalau macam ni punya bagus kan, tak kisaahlah keluar wet empat ploh lima hinggit asalkan dapat 'barang' yang sangat bermanfaat ni. Barang baik ler katakan. 

 <<Berminat untuk order klik link wasap berikut : www.wasap.my/60173815843/nakMMG>>

3 January 2019

Minyak urut moden MMG pantas melegakan rasa tak selesa ibu mengandung.

I tell you gaiss, ibu peknen yang dah start masuk trimester kedua mulalah 'perasaan' jadi tak tentu rasa. Tapi, ada sesetengahnya awal trimester pertama pun dah rasa 'teruk' dah. Betul?

Loya plus mual plus pening-pening lalat plus mabuk. Macam-macamlah. Morning sicknesses bak kata oghang puteh. Ai taulah sebab ai dah rasa dah dulu. 4 kali babe! Ibu yang pernah peknen, tau lah macam mana nak handle situasi macam ni kan. 

Tapi, macam mana ibu yang first time peknen? Omaigad, dah tentu rasa macam-macam, argghhh. Beradoiii adoiii ajelah kan. Aaaa dugaan.

Jangan risau ibu-ibu sekalian, korang dah boleh tersinyum riang sebab ada minyak urut moden MMG yang boleh membantu korang. 

Minyak urut moden MMG pantas melegakan rasa tak selesa ibu mengandung.
Minyak urut moden MMG pantas melegakan rasa tak selesa ibu mengandung. 

Bila start rasa lenguh kaki, sengal pinggang, sakit tapak kaki, even kalau kaki korang bengkak pun InshaAllah MMG boleh bantu korang rasa lega sesangat. Yang paling best adalah, minyak urut moden MMG ni boleh digunakan masa dalam berpantang juga.

What? Iye, korang boleh ganti pilis atau sapu dekat badan korang untuk bagi hangat je. Orang dalam pantang ni kan kena hangat je, tak mau sejuk. Sebelum pakai stoking tu sapu MMG dekat tapak kaki. 

Minyak urut moden MMG pantas melegakan rasa tak selesa ibu mengandung.
Minyak urut moden MMG pantas melegakan rasa tak selesa ibu mengandung. 

Tengok, serba serbi dia bantu kan. Best ke best?

<<Berminat untuk order klik link wasap berikut : www.wasap.my/60173815843/nakMMG>>

Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla.

Maaf semua, kali ni lambat pulak cikla umum top commentator untuk bulan Disember 2018. Bukan apa, untuk pengetahuan korang, buat masa ni cikla agak busy sikit. Macam-macam nak kena settle. Tengok, blog pun dah terabai ni. Adoii haii. So, macam biasa untuk memilih siapakah yang bertuah menjadi top commentator blog ini untuk Disember tahun lalu, cikla gunakan khidmat random.org.  Jom kita tengok dulu list top ten pengomen tegar blog picisan ini.

Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla.
Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla. 

Ok, encik random.org sila jalankan tugas anda.

Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla.
Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla. 

Yeaaayyy, no.5 terpilih. Tahniah. So, macam biasa, cepat-cepat wasap ke 017 3815843 untuk menuntut hadiah. Pada yang tak terpilih, mungkin rezeki korang lain kali eh. Walau apa pun, thanks sangat-sangat sebab selalu singgah blog cikla dan tak lupa tinggalkan komen.

Muah ciked!

1 January 2019

Keputusan Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Alhamdullilah, segmen ni dah pun berakhir semalam. Syukurlah, masih ada juga yang sudi join dan memeriahkan segmen kali ni. Thanks korang. So, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Apa lagi, kalau bukan keputusan segmen. Betul tak? Dah dah, malas nak cerita panjang kita semak siapakah yang terpilih itu. Jom semak!

Keputusan adalah menggunakan khidmat random.org.

http://mrdoctorspeaking.blogspot.com/2018/04/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://stnrsyfh.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://www.rasadantips.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=gplus&utm_campaign=aynora+nur&m=1


http://ejulz.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://thekaellaaaa.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://www.shikinrazali.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://itsnurulnajihah.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://mulan-sahbanu.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1

https://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
Tahniah kepada pemenang. Cikla akan letakkan link blog korang dalam bloglist ye. So, kenalah rajin update blog. Barulah semangat orang nak singgah blog korang kan.

Pada yang tak terpilih, takde rezeki korang kali ni. InshaAllah, mungkin segmen akan ada rezeki korang pulak menang.

Tapi janganlah serik singgah dan komen pulak ye lepas ni.