Ni dah kenapa tetiba cite pasal ubat gigi lak ni? Ala, cikla cuma nak tegaskan yang sebenarnya barang barang kegunaan harian kita ni banyak gunanya selain dari kegunaannya yang utama. Cikla nak share yang ubat gigi ni ada kegunaan yang lain selain dari kita guna dia untuk menggosok gigi.
Sebelum tu cikla nak nyatakan yang biasanya ubat gigi mengandungi unsur air, flourida, bahan pelelas, abstrif dan surfaktan. Jangan tanya cikla apa bondo eh istilah tu semua, better tanya pada yang pakar ok! Hehehe.
Kebiasaan ubat gigi bertindak sebagai pembersih yang menanggalkan kotoran serta bendasing pada gigi, di samping ia memberi kesegaran pada nafas kita. Haaaa. Tapi mungkin ramai yang tak tau bahawa ubat gigi mempunyai beberapa kegunaan lain selain dari fungsi-fungsi di atas, iaitu:
Boleh dijadikan penampal untuk lubang pada dinding. Dalam erti kata lain ia boleh dijadikan plaster dinding. Caranya, calitkan sikit ubat gigi pada lubang kecil pada dinding dan ratakan. Kemudian, catlah dinding yang dah rata tu. Takyah pening pening nak cari plaster dinding bagai kan? Settle masalah. Hehe.
Dapat menghilangkan kotoran di kasut terutama pada getah di sekeliling kasut. Caranya, calit sikit ubat gigi pada kotoran, renjis sikit air dan gosok berulangkali. Kemudian, renjis semula dengan air. Nah, lihat hasilnya.
Boleh membersihkan permukaan seterika yang kotor. Caranya, letak sikit ubat gigi pada kotoran dipermukaan seterika dan gosok perlahan dengan kain lembab. Hasilnya, seterika nampak macam baru.
Ehem ehem. Macam tak percaya kan? Moral of the story is, jangan kita ingat sesuatu barang tu hanya ada satu je gunanya. Rupanya banyak gunanya, terutama pada masa masa kecemasan mi.
*Sumber info: Metro/RuanganHATI
ubat gigi juga boleh kilatkan lampu kereta yang dah kuning. akak dah buat eksperimen kat kereta akak. menjadi...
ReplyDeleteTq untuk info.... ^__^
Deleteyg tampal ubat gigi kt dinding yuh memg betul...hehehe..yg letak kt seterika tuh nti nk try la
ReplyDeleteCuba jangan tak Cuba..... Hehehee
Delete