'Santai Tapi Sampai'

31 December 2013

Hikmah Kelebihan SOLAT.

Semua umat islam diwajibkan menunaikan solat kerana ia merupakan tiang agama. Jika kita meninggalkan solat, maka runtuhlah agama. Begitu besarnya kedudukan solat itu dalam islam. 

Sebenarnya, setiap perbuatan dalam solat tu ada hikmahnya. Bermula dari niat sehinggalah salam. Semuanya ada kelebihan. Jom kita baca apakah kelebihan-kelebihannya. 

  1. Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

Kesimpulannya dirikanlah solat kerana ia adalah salah satu rukun islam yang wajib kita lakukan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan selalu berada di bawah lindungan hidayahNya. 

Aamiin. Waallahualam. 

SELAMAT DATANG TAHUN 2014!

Cikla harap semuanya sihat je. Cikla sihat je, alhamdullillah. Hari ni 31hb 12 2013, hari terakhir dalam tahun 2013. Malam kang, tepat pukul 12 tengah malam, dah masuk tahun baru 2014. Begitu cepat masa berlalu kan? Mungkin ada sesetengahnya dah tercapai azam tahun 2013, tapi mungkin ada gak yang belum tercapai. Takpelah, azam yang tercapai tu kita bawak ke depan, cuba sampai dapat, ok.

SELAMAT DATANG TAHUN 2014!
Gambar hiasan.
Bagi cikla, cikla bersyukur sebab sepanjang tahun 2013 ni, macam-macam perkara yang dilalui. Tak kira happy atau sebaliknya. Semuanya diterima dengan hati yang terbuka dan redha. Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku tu buat cikla sedih dan tak happy, tapi cikla percaya semuanya pasti ada hikmah. Apa yang penting kita sentiasa berusaha untuk perbaiki mana yang kurang.

So, untuk tahun ni cikla harap semuanya akan okey. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.
 
BYE BYE 2013, WELCOME 2014.

28 December 2013

Sharing Is Caring : DOA TAUBAT.

Cikla harap semuanya ceria dan sihat. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi nafas untuk melihat alam ciptaan Allah ini. Hmmm, today is Saturday. Kejap je dah nak abis tahun kan? Subahanallah, cepatnya masa berlalu. Tanpa kita sedar. 

Entri kali ni cikla nak share doa taubat. Doa ni boleh jugak dibuat sebagai zikir. Sambil-sambil masak, sambil-sambil buat kerja rumah boleh la amalkan. Jom kita baca sama-sama.

Sharing Is Caring : DOA TAUBAT.
Sharing Is Caring : DOA TAUBAT..

"Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla

Walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi.

Allah fahablii taubatan waghfir dzunuubii

Fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu

Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu

Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku

Ampunkanlah dosaku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..."

So, macam mana? Mesti ada yang dah tahu dan dah hafal pun doa ni kan? Kita disarankan sentiasa memohom keampunan Allah, sebab sebagai manusia biasa kita tak lepas dari buat silap. Kita manusia tak sempurna dan sentiasa berbuat dosa, tanpa kita sedar. 

Tak salah jika kita selalu mengamalkannya. Waallahualam.

Jika Tiada Rezeki...

Jika Tiada Rezeki...

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka, kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka, kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka, kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.  Maka, kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.  Maka, kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka, kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka, kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

27 December 2013

Terus-terang atau Memendam Rasa?

Ada sesetengah orang suka berterus terang. Tapi, ada pulak yang suka memendam. Tapi, bagi cikla dua-dua ni ada baik dan buruknya. Ada orang suka berterus-terang kalau dia tak puas hati akan sesuatu. Tak kiralah perkara tu menyakitkan hati dia atau orang lain. 

Nak terus-terang pun boleh, tapi biarlah kena pada tempat. Ada orang cakap, ala kerek la dia ni. Cakap main sedap aje. Tapi, hakikatnya ada juga baiknya tapi biarlah semuanya kena pada gayanya. Hati orang lain kenalah jaga jugak kan.

Terus-terang atau Memendam Rasa?

Tapi, ada pulak yang suka pendam aje. Sekali sekala pendam tak pe. Kalau dah lama pendam pun takut mudarat juga. 

Bukan apa, macam gunung berapi. Pendam punya pendam, nah bila dah tak terpendam tu yang boleh meletup tu. 

Orang tak sangka, nampak je pendiam. Senyap. Tapi, bila dah sampai hadnya. Nah, ternganga semua tengok kan. Tu sebab ada orang cakap "berhati-hati dengan kemarahan orang yang diam."

Bagi cikla, berterus-teranglah jika kita dah tak boleh nak tanggung lagi. Ringan sikit beban kat dada tu. Dan diaorang pun boleh tahu apa sebenarnya yang kita rasa. 

Bukan apa, takut kita terlalu "diam" dan "pendam", orang akan pijak kita. Pokok pangkalnya semuanya biarlah kena dengan caranya. Jangan sampai ada yang kecik hati dengan kita. Wallahualam.

*Sharing is caring***

26 December 2013

Puisi Untuk Emak.

Puisi Untuk Emak.

Duhai emak.

Anakmu, kau tatang bagai minyak yang penuh.
Sejak dia dari dalam kandungan.
Kau tabah dan sabar.
Kau cekal dan kuat.
Menghadapi semua dugaan.
Pening, loya, mual.
Semuanya kau rasa.
Tapi kau gagahi jua.
Demi anakmu yang tersayang.

Duhai emak. 

Cukup 9 bulan 10 hari.
Kau melahirkan anakmu ke dunia ini.
Dengan seluruh tenagamu kau kerah.
Demi untuk anakmu.
Sakit dan perit tak kau hirau.
Asalkan anakmu selamat lahir ke dunia.

Duhai emak. 

Tangis dan tawa anak penawar dukamu.
Kau rela berkorban untuk anakmu.
Biar dirimu dalam duka.
Asalkan anakmu bahagia.

Duhai emak. 

Begitu besar pengorbananmu.
Untuk membesarkan anakmu.
Menjadi seorang yang berguna.
Di masa hadapan.
Tak terbalas rasanya semua. 
Pengorbananmu itu.
Hanya doa yang sering ku panjatkan.
Kepada Yang Maha Esa.
Agar kau sentiasa dirahmati olehNya.

AAMIIN, YA ALLAH!

by : Cikla Shahril.

7 kalimat penghapus dosa.

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan.

7 kalimat penghapus dosa.
7 kalimat penghapus dosa. Image from google.

  1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 
  2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap “Astagfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap “InsyaAllah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap “Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Waallahualam.

22 December 2013

Tips meredakan tekanan.

Kali ni cikla nak share sesuatu yang agak berguna untuk kita semua. Bila menghadapi masalah atau dugaan, biasanya diri akan merasa tertekan dan fikiran menjadi kusut kerana asyik memikirkan masalah itu. 

Tips meredakan tekanan.
Tips meredakan tekanan. Sumber Google.

Marilah kita hadapi tekanan dengan cara berikut:-

  1. Bersabar dengan apa yang menimpa kita. Allah tak akan memberikan dugaan kepada hambaNya setara dengan kemampuan hambaNya. 
  2. Anggap masalah sebagai ujian dan bukan bebanan. Ini akan meningkatkan keimanan dan ketabahan kita.
  3. Tiap masalah pasti ada hikmah yang tersembunyi. Bersangka baik.
  4. Kesulitan, kesusahan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan kita betapa kerdilnya diri sebagai hambaNya, sekaligus akan menyedarkan kita tentang keagungan dan kekuasaan Allah.
  5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan kita membezakan antara nikmat dan sengsara. Jadi, kita dapat memahami erti kesyukuran.
  6. Ujian adalah tanda Allah menyayangi kita.
  7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan kecil dari orang lain. Jika kita susah, maka ada yang lebih susah dari kita. Jika kita sengsara, maka ada yang lebih sengsara dari kita. 
  8. Sentiasa menyendari hakikat yang dalam hidup memang tak akan lepas dari menghadapi masalah.

Waallahualam.

Puisi Untuk Abah.

Puisi Untuk Abah.

Duhai abah.

Engkau insan istimewa.
Tanpamu aku tak kan dilahirkan di dunia. 
Tanpamu aku tak kan dapat lihat bulan dan mentari.
Tanpamu aku tak kan dapat melihat alam yang indah ini.

Duhai abah.

Begitu besar pengorbananmu.
Engkau gigih mencari rezeki.
Demi sesuap nasi.
Demi membesarkan aku.
Demi mencari nafkah untuk keluarga.

Duhai abah.

Percikkan keringatmu umpama butir mutiara yang sangat berharga.
Tanda engkau gigih berusaha.
Mencari rezeki demi anak tercinta.
Mencari rezeki demi keluarga tersayang.

Duhai abah.

Engkau rela mengorbankan kegembiraanmu. 
Engkau rela mengorbankan kesenanganmu. 
Asalkan kebahagiaan menjadi milikku. 
Asalkan kesenangan dapat ku rasai.

Duhai abah.

Kasih sayangmu sepanjang masa.
Harum mewangi hingga ke akhir hayat.
Ku berdoa ke hadrat Yang Maha Esa.
Semoga engkau di beri kebahagiaan.
Semoga engkau di beri kesenangan.
Atas semua pengorbananmu dalam membesarkan aku.
Tak terbalas rasanya semua jasamu itu. 
Hanya dengan iringan doa dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
Dariku untukmu, abah.

by : Cikla Shahril.

19 December 2013

Tegur-menegur tak salah.

Petang-petang macam ni, masa untuk rehat sekejap. Layan anak-anak tengok tv. Yang ibunya layan blog jap. Sejak akhir-akhir ni cikla macam agak busy skit. Nak update blog pun macam tak sempat. Hehe. 

Kali ni cikla rasa macam nak sembang pasal tegur. Menegur dan ditegur, lain situasinya. Menegur atau dengan erti kata lain mengingatkan. Ditegur pula sama ertinya dengan diingatkan.

Pada pendapat cikla, tak salah kalau kita nak tegur orang jika orang tu buat salah. Tapi semuanya mestilah dengan berhikmah dan jangan membabi buta. 

Sebab apa cikla cakap camtu, sebab ini memang penting. Nak tegur orang boleh tapi dalam masa yang sama kena jaga juga hati orang yang kita tegur. 

Tegur-menegur tak salah.
Tegur-menegur tak salah. Gambar hiasan.

Ada sesetengah orang, nah main hentam kromo nak menegur. Lagi-lagi kalau depan orang lain. Dah la tegur macam tu punya gaya, siap perli lagi. Kalau orang buat kat kita macam tu pun, confirm kita pun terasa dan kecik hati gak kan.

Walaupun kita ni lebih 'berilmu' dan pandai dari orang lain, tapi itu bukan tiket untuk kita nak buat apa yang kita suka pada orang lain. 

Mungkin apa kita, 'alah aku nak tegur je, bukannya apa pun' tapi bagaimana pula dengan penerimaan orang yang ditegur. Mungkin ada yang boleh terima tapi mungkin ada yang tak.

Jadi, cikla rasa semuanya perlulah berpada-pada dan yang paling penting sederhana. Saling menegur itu baik tapi perlulah kena pada tempatnya.

18 December 2013

Aurat Ketika Bersalin.

Cikla harap semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Oklah, entri kali ni cikla nak share something yang cikla rasa amat penting, terutama untuk para ibu-ibu islam yang melahirkan anak. 

Ya, memang penting. Info ni cikla dapat  dari sebuah blog lain. Jom kita baca sama-sama.

Ringkasan dari “AURAT KETIKA BERSALIN” dari Semanis Kurma TV9:

  1. Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. 
  2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat. 
  3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.
  4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang. 
  5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Aurat Ketika Bersalin.
Aurat Ketika Bersalin. Gambar hiasan credited to a Google.

Selain itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir maka :

  1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan berkaitan aurat dan maruah isteri.
  2. Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi makanan kepada pesakit di dalam wad.
  3. WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. > Pertama SUAMI > kedua SAUDARA PEREMPUAN > ketiga jururawat perempuan.

Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. 

Ingat peranan anda sebagai suami. Apa yang lebih penting? Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih?


So, macam mana? Cikla harap dengan info ni sikit sebanyak dapat beri kita ilmu dan pengetahuan yang selama ni ada sesetengahnya yang mungkin tak tau dan ada juga yang tak nak ambil tau.

Credit to: Laman Nurani blog. (www.tazkirah.wordpress.com)