Malas bukan sebab manja, nungkin tiroid yang bermasalah!

Pernah tak rasa letih, lesu, tak bersemangat, tapi tak tahu apa sebabnya? Bangun pagi pun rasa macam nak sambung tidur je, buat kerja sikit dah penat, otak pula rasa slow. Jangan cepat salahkan diri sendiri sebab malas. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dalam badan, terutamanya berkaitan dengan tiroid.

Tiroid ni kelenjar kecil kat leher, tapi kerja dia besar, mengawal metabolisme badan kita. Kalau tiroid tak berfungsi dengan baik, memang boleh ganggu tenaga, mood dan fokus kita. 

Malas bukan sebab manja, nungkin tiroid yang bermasalah!

Ada dua jenis masalah utama tiroid ni:

  1. Hipotiroidisme – Bila tiroid tak cukup aktif, badan kita jadi perlahan. Rasa mengantuk, cepat penat, fikiran macam lemau je. Badan pun boleh rasa sejuk, kulit kering dan berat badan senang naik walaupun makan sikit.
  2. Hipertiroidisme – Bila tiroid terlalu aktif, badan jadi terlebih ‘pantas’. Rasa cemas, jantung berdegup laju, susah tidur dan berat badan boleh turun mendadak walaupun makan banyak.

Masalahnya, ramai tak perasan gejala ni sebab nampak macam simptom biasa je. Malas? Letih? Tak fokus? Orang ingat kita kurang rehat atau stres, padahal mungkin tiroid yang bermasalah.

Macam mana nak tahu? Pemeriksaan darah boleh tunjuk tahap hormon tiroid dalam badan. Kalau tak normal, jangan risau. Ada rawatan yang boleh bantu stabilkan balik hormon dan kembalikan tenaga kita.

Jadi, kalau rasa letih melampau tanpa sebab, jangan terus fikir “Aku ni pemalas ke?” Mungkin tubuh tengah bagi isyarat sesuatu tak kena. Check dulu, baru tahu!

1 comment:

  1. Oh ic... Adik saya nomor dua pernah mengalami gangguan tiroid ini. Langsung berobat memang, Alhamdulillah nampaknya dah membaik. Tp dia yg hyper saat itu. Suka berdebar salah satu gejalanya.

    JD paham, kalo ada gejala macam malas nak lakukan apa2, bisa JD fungsi tiroid yg bermasalah yaa

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews