Depresi adalah salah satu masalah kesihatan mental? Ye ke?

By Cikla Shahril - June 17, 2021

Depresi atau kemurungan adalah salah satu masalah kesihatan mental. Ia adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. 

Memanglah sedih itu perasaan yang selalu kita alami tapi kalau ia 'ditanggung' terlalu berat dan berpanjangan melebihi tempoh dua minggu serta mengganggu aktiviti kehidupan bukanlah sesuatu yang normal malah ia adalah penyakit kemurungan. 

Depresi adalah salah satu masalah kesihatan mental? Ye ke?
Depresi adalah salah satu masalah kesihatan mental? Ye ke? Kredit Google.

Untuk pengetahuan korang, depresi ni boleh dialami oleh setiap individu tanpa mengira umur, geografi, demografi dan status kedudukan sosial. 

Malah, wanita dikatakan lebih berpotensi mengalami depresi berbanding lelaki dengan nisbah 2 wanita:1 lelaki.

Mengapa berlakunya depresi ni?

  1. Hubungan kekeluargaan.
  2. Faktor genetik. 
  3. Kehilangan sesuatu yang disayangi. 
  4. Penyakit berpanjangan. 
  5. Situasi drastik yang berlaku dalam diri. 
  6. Bebanan dan tekanan akibat masalah. 
  7. Merasa terlalu rendah diri. 

Moga kita dijauhkan dari depresi. Aamiin. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Depress ni tak silap stress yang melampau. Tapi ramai yang salah erti. Stress sikit pun nak cop depress. 😌

    ReplyDelete