Persediaan untuk bersalin. Ibu sudah bersediakah?

By Cikla Shahril - June 26, 2020

Jujurnya, walaupun cikla sekarang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kelima, inshaAllah tapi tetap jugak rasa berdebar. Iyelah kan, orang cakap lain anak lain pengalamannya. Kalau cikla, yang masa bersalin paling cepat masa melahirkan anak kedua cikla, kakak Farisya. Masa tu balik dari kampung dah start rasa kontraksi. Sepanjang perjalanan nak balik ke rumah tu, kontraksi makin kuat. Bagitau suami, suami hantar ke hospital. Sampai hospital dalam dekat pukul 6 petang. Masuk labour room, bukaan dan 10 cm. Pukul 6 lebih dah selamat bersalin. Alhamdullilah. Baby pun takde masalah, esoknya dah discharge dah. Anak yang lain, walaupun awal dari due tapi agak lama jugaklah menahan sakit kontraksi. 

Kakak Batrisyia je kena induce sebab overdue. Bersalin kali ni, harap-harap akan dipermudahkanlah. Aamin. Berbalik kepada kisah persediaan untuk bersalin di awal tadi, ibu ibu terutama yang pertama kali melahirkan mungkin belum lagi tahu atau faham macam mana nak mengecam tanda nak bersalin tu. Lagipun, lain orang kadang-kadang lain tanda dia. Ada yang pecah mentuban dulu, keluar darah, keluar darah dengan lendir dan ada yang hanya rasa sakit kontraksi je tanpa tanda yang cikla katakan tu. So, jom kita study sikit apakah tanda bersalin yang biasa dialami oleh kebanyakan ibu-ibu sebelum melahirkan. 

Persediaan untuk bersalin. Ibu sudah bersediakah?
Persediaan untuk bersalin. Ibu sudah bersediakah? Gambar kredit Google. 

Tanda bersalin adalah seperti berikut:

  1. Lendir bercampur darah yang keluar dari faraj.
  2. Sakit perut macam nak buang air besar.
  3. Sakit pada bahagian pinggang.
  4. Pecah air mentuban.
  5. Rasa sakit yang semakin kerap dengan tempoh sakit semakin panjang.

Haaa, dah tau tanda-tanda kan. So, macam mana pulak nak kawal teknik pernafasan masa bersalin pulak? Dengar macam senang je kan, apa ada cara-caranya sebab teknik yang betul boleh bantu ibu mengurangkan rasa sakit kontraksi tu. Ada 3 teknik langkah, iaitu:

  • Bila ibu mula terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.
  • Bila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit. 
  • Bila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek atau shallow breath. 

Kredit info : Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments