Nak tau tip mudah menjaga mata? Meh baca ni.

Mata adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai. Tanpanya, korang tak kan dapat melihat 'keindahan' alam yang terbentang indah dan orang-orang tersayang di sekeliling korang. 

So, teramatlah penting korang sentiasa menjaga organ yang satu ini. Macam cikla, syukurlah cikla masih diberi kesempatan untuk melihat walaupun cikla seorang yang rabun. 

Dah bertahun-tahun cikla bercermin mata. Kalau dulu, silih ganti dengan contact lens, dan sekarang hanya pakai spek je. 

Maklumlah anak dah ramai, kadang-kadang kalau nak keluar pergi memana tak dan nak pakai contact lens bagai. Pakai spek lagi cepat. Hihi. Hurmm, apa yang penting, syukur!

Nak tau tip mudah menjaga mata? Meh baca ni.
Nak tau tip mudah menjaga mata? Meh baca ni. Gambar dari carian Google.

Macam mana nak jaga mata dengan cara yang mudah? Haaa, inilah yang cikla nak share dengan korang semua.  

  1. Ambil pemakanan seimbang seperti sayur hijau, telur, kekacang, buah limau dan sitrus termasuklah lemak ikan.
  2. Gunakan cermin mata hitam jika terpaksa mendedahkan mata kepada cahaya matahari. Selain itu, perlindingan UV 100% dikatakan dapat mengurangkan risiko katarak dan kerosakan saraf.
  3. Berhenti merokok. merokok menyebabkan kerosakan saraf mata dan masalah katarak. Walaupun macam susah je kan, cubalah perlahan-lahan. Sakit lain pun dapat dielakkan kan. Good pakej korang dapat nanti.
  4. Jangan memandang skrin (komputer, laptop, telefon dan TV) terlalu lama. Sebaiknya, rehatkan mata setiap 20 minit.
  5. Selalulah melihat objek sejauh 20 kaki selama 20 saat.
  6. Gunakan pelindung mata, terutama kalau pekerjaan korang terdedah kepada risiko kerosakan mata, Gunakan pelindung mata (googles).
  7. Pendedahan berlebihan kepada cahaya biru boleh menyebabkan susah nak tidur, memori terjejas, retina mata mengalami kerosakan, susah nak belajar, risiko kemurungan, kegemukan dan kanser. 

Jom bertindak sekarang sebelum terlewat!

Kredit : Grup Telegram PetuadanKesihatan.

2 comments:

  1. terima kasih atas tipsnya ni ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/11/follow-5-akaun-instagram-ini-untuk-kandungan-tentang-kewangan-terbaik.html

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah terima kasih share info. semoga lebih ramai orang dapat manfaat daripada info ni ^_^

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews