Kemurungan? Apakah dia sebenarnya ye.

By Cikla Shahril - November 27, 2019

Lately, kita selalu mendengar kes, kisah dan berita yang melibatkan penyakit mental. Walaupun benda ni kita nampak macam remeh temeh, tapi sebenarnya sangat bahaya kalau dibiarkan berlarutan tanpa rawatan lebih-lebih lagi yang kronik. 

Ini termasuklah penyakit kemurungan atau depression. Apakah sebenarnya maksud depression itu, dan apakah penyebabnya ye?

Untuk pengetahuan korang, kemurungan atau depression adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius. Benda ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas. 

Untuk pengetahuan korang, gejala kemurungan ini melibatkan perasaan yang pelbagai seperti sedih, pilu, putus harapan, kecewa, dan hilang semangat untuk hidup. Selain itu, si pengidap turut merasakan hidupmya sunyi dan kosong. 

Penyakit ni kalau dibiarkan berlarutan tanpa rawatan sepatutnya adalah sangat bahaya sebab ia boleh memberi kesan atau implikasi buruk kepada mereka yang mengalaminya. 

Oh ye, selain dari masalah gangguan emosi, ia turut melibatkan gangguan fungsi fizikal dan interaksi sosial mereka terhadap orang yang ada disekelilingnya.

Kemurungan? Apakah dia sebenarnya ye.
Kemurungan? Apakah dia sebenarnya ye. Gambar dari carian Google.

Setiap hal yang berlaku pasti ada punca atau penyebabnya kan? Macam itu jugaklah dengan masalah kemurungan ini. So, antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

  1. Genetik atau keturunan.
  2. Pengidap pernah mengalami peristiwa atau kejadian yang dashyat sehinggi memberi kesan yang besar dalam hidupnya.
  3. Pengidap mengalami trauma psikologi atau fizikal semasa zaman kanak-kanaknya.
  4. Pengidap mengalami sejarah hidup yang pahit.
  5. Mengalami masalah ketdakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak.
  6. Kesan dari ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon dan pil pencegah kehamilan (yang ni cikla baru tau. Perghh, bahaya gak pil-pil ni semua ye).

Macam mana kita nak detect yang mungkin kita, awak dan mereka mengalami masalah kemurungan ye. Meh, cikla share beberapa tanda yang korang boleh tengok, iaitu:

  1. Alami rasa sedih, sepi, pilu dan kecewa yang berlarutan.
  2. Alami gangguan selera makan, termasuklah hilang selera makan atau kalau makan pun dia makan berlebihan tapi tak rasa pun 'nikmat' makanan tu.
  3. Alami gangguan tidur, sama ada susah nak tidur (insomia) atau berlebihan tidur. Asyik tidur ajelah pulak.
  4. Cepat rasa letih dan lesu serta tak bermaya. Langsung tak bertenaga.
  5. Rasa bersalah ataupun sentiasa menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang pernah berlaku.
  6. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi atau aktiviti lain yang sebelum ni korang suka buat.
  7. Suka duduk sorang-sorang, mengasingkan diri, tak nak bergaul dengan orang lain. Sensitif dan pendiam.
  8. Perasaan pesimistik.
  9. Rasa tak tenteram dan mudah marah. Angin satu badan je yang dia tau.
  10. Kurangnya daya tumpuan, pastu kalau nak buat sesuatu keputusan tentang sesuatu hal tu susah sangat nak decide.

Kemurungan? Apakah dia sebenarnya ye.
Kemurungan? Apakah dia sebenarnya ye. Gambar dari carian Google.

Setiap penyakit pasti ada penawar dan ubatnya kan. Allah pun dah sebut dalam Al-Quran. 

So, kita sebagai manusia kenalah ikhtiar dan jangan mudah berputus harapan sebelum akhirnya. Antara rawatan yang kita boleh pratikkan untuk merawat masalah in adalah sentiasa mengamalkan perhubungan yang sihat dengan orang sekeliling kita, selain dari meluangkan masa bersama insan yang tersayang. 

Selain itu, sentiasalah berkongsi 'rasa' atau perkara yang positif dengan mereka. Bila semuanya positif, inshaAllah diri kita sentiasa positif jugak.

Hurmm, kalau korang ada masa tu rajin-rajinlah bersenam. Paling tak pun 30 minit sehari, kot kalau bizi sangat kan. 

Macam cikla tulis kat atas tu, sentiasalah berfikiran positif tak kira dalam apa jua keadaan. Seboleh-bolehnya elak dari perasaan negatif, sebab sekali dia dah mula 'dekat' dengan kita, memang asyik nak hinggap je rasa tak best tu. Huhu.

Haaa, mengamalkan diet yang seimbang pun penting gak tau sebab kalau kita terlebih atau terkurang makan, keadaan ni pun boleh mempengaruhi hidup kita gak tau. 

Bukan apa, ditakuti ia boleh bagi kesan negatif dan tak elok pada badan dan cara kita menguruskan emosi kita nanti. Macam tak percaya je kan , benda ni boleh efek gak. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. 

Last, apa yang penting tingkatkan penampilan korang supaya lebih yakin terutama bila korang berhadapan dengan orang ramai. Self confident is very important ya!

Kredit info : Fakta grafik iM4Uprihatin.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Alhamdulillah tiada simptom tersebut di atas.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni macam ada simptom tapi alhamdulillah, tak sampai tahap buat benda bukan bukan, malah lagi dekat dengan Dia. Sebab apapun yang jadi, semuanya Dia jugalah penentu segala. Jadi bila ada fikiran yang tak baik, segera ingat Dia. InsyaAlah semuanya akan beransur pulih dan baik baik saja 💪🏻

    ReplyDelete
  3. Rsenya yg tanda2 tu blum ada lgi..syukur..

    ReplyDelete
  4. sekarang yg senyum2 depan kita pun mungkin ada masalah kemurungan. masalah serius ni :(

    ReplyDelete