Macam mana nak kurangkan kulit dari kena sunburn? Meh buat 7 petua ini.

Mereka yang kerap beraktiviti di luar terutama kena duduk di bawah sinaran terik matahari mesti tak kan terlepas dari kulit burn dan gelap. Hurmmm, kulit mukalah terutamanya kan. 

Sebenarnya benda ni kita boleh buat 'sesuatu' supaya dapat meniminumkan kesan burn kulit tu. Nak lagi selamat korang try je petua petua lama yang memang berkesan. Tapi, dengan syarat kenalah rajin dan konsisten buat kan. 

Cikla agak petua yang paling popular dan berkesan adalah dengan menggunakan lidah buaya. Orang putih panggil Aloevera. Pokoknya kena rajinlah sapu gel lidah buaya ni pada kulit korang yang burn tu. 

Semua tau kot yang aloevera ni memang 'agen' pelembap kulit yang ohsem. Lendir dia ni memang kaya dengan pelbagai khasiat, khasnya untuk kulit. Siap pakej dengan hilangkan parut sekali wehh.

Petua lain, guna tomato. Sebelum ni kita tau tomato orang letak dalam masakan je kan. Tapi sebenarnya tomato ni orang guna untuk cantik jugak. Senang je cara dia. Just ambil buah tomato tu, hancur hancurkan dia, pastu tepek pada muka. 

Biar kering dulu, sebelum dicuci dengan air bersih. Korang boleh jugak campurkan tomato ni dengan tepung gandum dan timun. Buat macam masker tu. 

Macam mana nak kurangkan kulit dari kena sunburn? Meh buat 7 petua ini.
Macam mana nak kurangkan kulit dari kena sunburn? Meh buat 7 petua ini. Gambar carian Google.

Sebaiknya, elakkan dari terdedah direct ke sinaran matahari start dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Kalau terpaksa tu, pakailah payung ke, topi ke atau apa-apa protection yang boleh avoid korang dari terkena sinaran matahari. Pakailah sun glaasses gak. 

Selain dari untuk bergaya, dia juga boleh menjaga mata. Lepas tu, kalau keluar rumah tu, rerajinkanlah diri tu pakai sunblock. Yang bagus guna sunblock yang ada SPF 15 ke atas. SPF tu Sun Protection Factor. 

Hat korang yang rajin amik amik supplement untuk kulit tu bolehlah amik vitamin macam vitamin A, vitamin C, dan vitamin E. Vitamin ni semua dikatakan dapat halang radikal bebas dari beri kesan buruk pada kulit korang. 

Last, yang paling penting minum air kosong ke, air jarang ke, air putih ke, takpun orang putih kata sky juices secukupnya supaya kulit korang mendapat kelembapan semulajadi.  Say no to sunburn!

Kredit Grup telegram PetuadanKesihatan.

3 comments:

  1. Terima kasih CikLa perkongsian..PC bila dah kena sunburn..jawabnya mengelupas hujungnya setelah beberapa hari..perit.

    ReplyDelete
  2. macam tau-tau je kaella perlukan tips macam ni sekarang. hehehe thanks.. dah try dah tips guna tomato tu hehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews