Advertisement

Betul ke manusia HYPOTHYROID ni seorang yang GEMUK, PEMALAS dan ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR 24/7?

BETUL KE MANUSIA HYPOTHYROID NI SEORANG YANG GEMUK, PEMALAS DAN ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR 24/7? Gaiss, siapa sini seorang yang hypotiroid? Tak kiralah hypo sebab memang kelenjar tiroid korang tu bermasalah, sebab ubat, sebab RAI atau dah buat operate total? Macam cikla, cikla hypo sebab dah buat operate total hampir 2 tahun yang lalu. Korang tau tak sebab apa ia dipanggil hypo atau hypothyroid? Untuk korang yang tak tau, hypothyroid adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang atau tak aktif. So, efek dia adalah fungsi badan korang semua pun jadi perlahan. Semua slow. Slow and steady. Dah macam siput sedut, ehh.

Biasanya penyebab spesifik hypo dikenali sebagai Hashimoto’s thyroiditis’. Keadaan ni jadi bila kelenjar tiroid tu memula bengkak, then dibiarkan pulak tanpa dirawat, dah habis condemn semua kelenjar tu. Masak!

Tapi, ada sesetengah orang tu memang takde bengkak pun kan. Memang hormon dia bermasalah. Sebab yang lain, macam cikla cakap dia hyper, then makan ubat jadi hypo, ataupun dia dah opret total  yang semua kelenjar tiroid pas tu jadi hypo dan satu lagi dia hyper then buat RAI jadi hypo. Tapi, ada orang yang hyper buat RAI boleh jadi normal. Itu rezeki memasinglah. Tak tentu. Hmm, macam mana plak nak tau atau detect yang korang tu hypo? Yess, mestilah korang kena alert pada simptom yang mungkin ada kat diri korang tu.

Betul ke manusia HYPOTHYROID ni seorang yang GEMUK, PEMALAS dan ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR 24/7?
Betul ke manusia HYPOTHYROID ni seorang yang GEMUK, PEMALAS dan ASYIK MENGANTUK NAK TIDUR 24/7?

So, cikla nak list beberapa simptom hypo yang menunjukkan korang tu hypo.

⏭️ Orang hypo memang TAK TAHAN SEJUK. Yess, ini betul. Macam cikla, ada masanya belum lagi tengah malam nak tido tu rasa sejuk gila. Rasa macam duduk dalam esbok bahagian freezer tu haa. Ada sampai satu tahap tu, dah pakai sweater stokin semua. Kaki, tapak kaki, betis semua dah sapu minyak angin, still sejuk sampai shaking. Uishh. Macam teruk nau kan. Sampai berselubung dengan selimut nampak jambul je. Hehe.

⏭️ SEMBELIT, susah nak membuang. Emm, ni pun sama. Hari-hari memang kena telan buah, sayur, minum susu ke atau telan buah prune tu. Baru oklah. Lancar je kuar. Kalo tak, time masuk jamban tu,  memang lama la duk dalam tu. Sampaikan orang lain terlolong kat luar jamban sebab nak guna pulak.

⏭️ BERAT BADAN NAIK BAGAIKAN JOHAN. Emm, kalau part berat badan ni cikla agak ikut orang jugak kot. Tengok metabolism badan memasing. Tapi, kebanyakan mereka yang hypo memang akan mengalami masalah kenaikan berat badan.

Tapi, macam cikla. Alhamdullilah, berat badan masih dalam kawalan. Masih boleh bergaya dengan baju kebaya pinggang kerengga cik Salmah ronggeng. Kehh.

⏭️ Asyik letih je. Kekadang bukan buat apa pun. Macam cikla laa, baru bangun tido pepagi tu dah rasa letih. Adehh, untungnya kalau dapat sambung tido lagi kan. Haha.

⏭️ Kulit kering dan kasar. Yang ni pun cikla alami gak. Tapi, alhamdulillah masih terkawallah. Kalo rasa gatal merenyam ke, kulit timbul macam bintik bintik ke, cepat-cepat sapu Vaseline. Kalo yang ni memang menjadi. Bintik-bintik hilang, gatal pun kuranglah. Gatal lain tak leh nak tolong ehh. Hehe. 

Sebenarnya, ada banyak lagi simptom yang lain tau. Selebihanya korang gogel ajelah ye. Kang tulis semua kat sini, satu hari satu malam korang tak habis baca. Last last, terkulai layu ketiduran haha. Maklumlah, hypo kan. Haha. Ehh jap. Tapi kan ada sesetengah orang tu dia mengalami keadaan dimana dia takde pun simptom hypo ni semua. Bila cek darah, ooo baru tau.

Keadaan ni kita panggil ‘subclinical hypothyroidism’.

Post a Comment

7 Comments

  1. Info yg bermanfaat. Org gemuk memang berisiko lbh tinggi terserang Hypothyroid, tp bkn berarti yg kurus jg aman2 sj. Thx

    ReplyDelete
  2. dulu roomate di uni dia hypothyroid. since sek menengah katanya.. tapi control dengan ubat. selalu nampak dia gigil2.. kipas x bukak pun selimut kemain. rasanya dia x buat operation.. sampai skrng dgn ubatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia xde bengkak kot. hanya mslah hormon.

      Delete
  3. maaf nak tnya,cik la pesakit kanser tiriod ke? dah berapa kali buat rai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ana. Yup, cikla papillary tiroid ca. 3 kali rai. 1 dose tinggi 2 dose rendah. Awk ?

      Delete