Keburukan berperut boroi. Apakah itu?

By Cikla Shahril - November 07, 2018

Cikla agak bilangan orang yang mengalami masalah berat badan dan mempunyai perut yang boroi atau buncit semakin ramai kan. Betul tak? Bukan apa, cikla pernah terbaca ada statistik mengatakan bilangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti semakin bertambah.

Allahu, kenapa pula jadi macam ni ye. Adakah kerana Malaysia ini sememangnya terkenal sebagai syurga makanan atau pun rakyat Malaysia ni memang suka makan. Emmm, tepuk dada tanyalah diri sendiri ye. 

Sebenarnya, cikla nak share dengan korang info menarik mengenai boroi. Ya, perut yang boroi. Apakah keburukan dan kesan yang kita dapat daripadanya. Sudah tentu yang memudaratkan kan? 

So, sila ambil perhatian kalau korang mempunyai ukur lilitan pinggang melebihi 35 inchi bagi wanita dan ukur lilitan pinggang melebihi 40 inchi bagi lelaki. 

Ini adalah kerana lemak aktif yang terkumpul di perut yang boroi itu adalah penyebab kepada pelbagai penyakit metabolik yang mungkin korang akan hidapi. Cepat atau lambat ia pasti datang!

Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 jenis lemak di dalam  badan manusia, iaitu lemak subcutaneous iaitu lemak yang terletak di bawah permukaan kulit seperti di bawah lengan, kaki dan dapat di rasa dengan sentuhan. 

Seterusnya adalah lemak viceral di mana lemak yang terkumpul di perut yang boroi yang mana ia terdiri dari lemak di bawah lapisan kulit serta lemak yang berhimpun di dalam ruang abdomen.
 
Keburukan berperut boroi. Apakah itu?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Keburukan berperut boroi. Apakah itu?

Rasanya semua orang tau kot, perut yang boroi sebenarnya mempunyai beberapa keburukan terutama kepada kesihatan kita. Kalau korang nak tau, lemak yang terkumpul di perut yang boroi akan menyelaputi organ yang terdapat di sekitar kawasan abdomen. So, antara organ yang terjejas akibat pengumpulan lemak di perut yang boroi adalah usus, pankreas iaitu organ untuk merembes insulin, hati, usus dan jantung.

Selain itu, lemak di perut yang boroi juga merupakan lemak aktif di mana ia boleh mempengaruhi hormon dan fungsi organ. Jadinya, lapisan lemak aktif ini akan menjejaskan sensitiviti organ kepada hormon insulin dan keadaan ini akan menyebabkan penyakit kencing manis terjadi. Untuk pengetahuan korang lagi, antara penyakit lain yang berkaitan dengan perut boroi adalah seperti serangan jantung, kanser payudara, kanser usus, alzheimeir (nyanyuk) dan kencing manis.

Keburukan berperut boroi. Apakah itu?
Keburukan berperut boroi. Apakah itu? Kredit Google. 

Ada beberapa cara, tapi dengan syarat kenalah kuatkan semangat dan lakukan secara konsisten. Barulah menjadi kan.

  1. Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis. 
  2. Meningkatkan pengambilan protein. 
  3. Mengurangkan pengambilan karbohidrat. 
  4. Melakukan senaman secara berkala. Ini memang sangat penting!
  5. Mengambil pemakanan sihat dan seimbang. 
  6. Mendapat tidur yang mencukupi. 
  7. Elakkan diri dari stress sebab stress akan menyebabkan rembesan hormon kortisol yang mana ia merupakan penyebab kepada pengumpulan lemak di perut. 
  8. Sebaiknya berhentilah merokok.

So, ambillah langkah bijak dengan segera demi kesihatan kita. Bila kita sakit, barulah kita sedar akan mahalnya harga 'sihat'. Time tu, nak menyesal pun dah tak guna dah!

Kredit Public Health Malaysia.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. bila da pegang hp.nak tidur yang cukup tu cukup susah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah saya akhirnya berjaya jugak hilangkan perut boroi. haha. dulu orang ingatkan mengandung. sedangkan perut buncit. tapi sekarang dah takda. yeay ^_^

    ReplyDelete
  3. Banyak orang kita salahkan makanan bila perut boroi...makanan tu tak salah pun..yang salah cara kita ambik makanan setiap hari tu macam mana..kalau kita main bedal je tu yang susah..

    ReplyDelete