Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.

By Cikla Shahril - October 10, 2018

Cikla agak semua orang tahu mengenai MAHA ni kan. MAHA, atau dalam bahasa malaysianya Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Malaysia. Bukan apa, program ni adalah program tahunan negara yang diadakan saban tahun. Setiap tahun, pasti ada kelainan dan keistimewaan yang akan dipamerkan. Inilah salah satu sebab mengapa kita perlu berkunjung ke sini untuk menikmatinya sendiri. Rasa teruja tak?

Bagi diri cikla, cikla ada juga berkunjung ke sini sebelum ini. Memang bestMacam-macam perkara menarik yang kita boleh saksikan dengan mata kepala kita sendiri. Dan, bagi cikla apa yang terpenting program ini juga boleh dijadikan aktiviti tahunan keluarga sebab kita boleh menghabiskan masa terluang kita bersama keluarga di sini. Memang tak menjemukan!

Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.
Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini. Kredit Google. 

Untuk pengetahuan korang, dikhabarkan penganjuran MAHA kali ini menjanjikan pelbagai kejutan untuk para pengunjung. Ini kerana, pada program kali ini ia akan mengetengahkan kemajuan teknologi yang dibangunkan oleh jabatan dan agensi di bawah kementerian. Apa yang paling menarik adalah pertandingan agro-kulinari yang julung kali diadakan dan juga 'miracle garden'. Wow! Dengar macam menarik je kan? Nak tau apakah itu? Korang kenalah berkunjung ke sini nanti. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air. Oh ye, tema MAHA 2018 adalah 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'. 

Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini.
Jom kunjungi MAHA 2018 22 November hingga 2 Disember ini. Kredit Google. 

So, berikut merupakan ringkasan info mengenai MAHA 2018.

Tarikh : 22 November hingga 2 Disember 2108. 
Lokasi : MAEPS, Serdang. 
Penglibatan : 1500 reruai pelbagai produk dan pameran terbuka serta 7000 ruang parkir percuma. 
Kemudahan : Bas dan tram disediakan untuk para pengunjung.

Jom terjah MAHA 2018 ramai-ramai. Bawa satu kampung. Kita meriahkannya!

Kredit Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. alahai best nya. kalau duduk dekat area tu, memang wajib singgah dah. hehehe

    ReplyDelete
  2. tak lama dah ni, boleh ready bawak family pergi MAHA

    ReplyDelete
  3. aida pernah gi MAHA ni.
    best. tapi tu la, masa tu musim hujan, cikla. limited lah langkah.
    kebetulan abg ipar buka gerai di perikanan.
    memang dari pagi hingga la ke mlm tau lepak situ.
    parking, jgn ckp la. penuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis.. dekat sana bole sewa motor jgk ke? dia kira mcamne? berape jumlah moto yang ad tok sewa tu?

      Delete