Antara bala dan peringatan dari Allah SWT.

By Cikla Shahril - June 20, 2016

Orang cakap, kalau Allah berkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia. Tak kiralah dalam perkara baik atau sebaliknya. Takde siapa yang boleh halang kekuasaan Allah. Adakah ini bala atau 'hukuman' dari Allah?

Bala sebenarnya bermaksud ujian, tak kiralah merujuk kepada perkara kebaikan atau sebaliknya. Kalau merujuk kepada bala bermaksud perkara kejahatan, ia bermakna perkara tak baik yang diturunkan Allah kepada manusia. 

Tapi, bala tak diturunkan olehNya melainkan ia sesuai  dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. 

Rasullullah SAW jugak ada bersabda yang bermaksud:

"Bila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi Allah untuk menurunkan bala. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka Allah akan memberi bala kepada umat tersebut.

Antara lain;

1. Bila harta yang dirampas dari peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
2. Bila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
3. Bila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Bila suami terlalu mentaati isteri.
5. Bila anak menderhakai ibu bapa.
6. Bila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Bila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
8. Bila ramai membicarakan hal dunia dalam masjid.
9. Bila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri. 
10. Bila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya. 
11. Bila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
12. Bila ramai lelaki memakai sutera.
13. Bila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
14. Bila wanita bermain alat muzik.
15. Bila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tak menjadi." (Riwayat Imam at-Tarmizi).

Kalau korang nak tau, bala bukan hanya merujuk kepada perkara tak baik saja. Ia boleh jugak merujuk kepada hal yang baik jugak. Ia dikenali sebagai bala' al-hasan iaitu ujian baik yang diberikan Allah kepada orang mukmin bagi mendekatkan lagi mereka kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat. 

Sumber : Ruangan Bicara Tokoh / Dr. Muhammad Lukman Ibrahim.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Tq cikla for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikla. Singgah tgh hari sambil baca entry dan klik tabung gnti duit raya :)

    ReplyDelete