Ada apa dengan blog?

By Cikla Shahril - October 18, 2015

Sebenarnya apa tujuan korang berblog ek? Cikla saja nak tau. Kalau macam cikla, masa awal-awal berblog dulu (pertengahan 2013), niat asalnya memang buat blog saja suka-suka dan minat. Lagipun, cikla ni bolehlah dikatakan suka menulis. Cuma kadang-kadang masa je takde. Blog pulak memang simple gile. Takde lah ber widget-widget macam sekarang.

Tapi masuk tahun kedua ni, rasa macam best pulak berblog. Selain dari kita boleh menulis dalam laman blog kita sendiri, kita boleh jugak baca blog kawan-kawan yang lain. Boleh tambah ilmu dan pengetahuan. Lepas tu boleh tambah kawan walaupun ada yang kita tak pernah jumpa, just bersembang si alam maya aje.

Ada apa dengan blog?
Ada apa dengan blog? Kredit Google. 

Agaknya apa sebab korang berblog ek? Adakah sebab nak femes dan dikenali seantareo dunia (amboi kau) hehe. Mungkin ada sesetengah orang berblog sebab terpengaruh dengan blogger-blogger yang dah femes. Iyelah, kita tengok macam best je kan sebab semua orang kenal kita. Dan blog kita dalam sehari sampai beribu-ribu malah beratus ribu pageviews. Sapa yang tak nak macam tu kan? Tapi kena ingat, nak sampai ke tahap tu bukan senang. Tak caya, cuba tanya diaorang yang femes tu. Betul ke tak? Hihi.

Lagi satu, mungkin kita terikut-ikut dengan kawan kita yang dah mempunyai blog. Bila kita tengok mereka berblog, amboi kita pun teringin jugak. Tapi, lama-lama dah rasa bosan pulak sebab korang buat ni bukan sebab korang memang minat tapi sebab korang ikut kawan. Tak best lah macam tu. At last, blog pun tinggal macam tu je. Bersawang, hehe.

Mungkin jugak ada orang yang buat blog memang sebagai tempat dia nak meluahkan rasa hati dia tak kiralah sedih ke gembira. Bukan apa, kadang-kadang dengan menulis dapat melepaskan apa yang terbuku dihati. Sekurang-kurangnyalah kan.


Lagipun, mungkin dia nak berkongsi apa yang dia lalui supaya orang lain boleh jadikan ikhtibar dan pengajaran dari kisah dia. Tapi, ingat jangan terlalu open menceritakan kisah kita di laman blog. Ada sesetengah hal yang perlu kita simpan sendiri. Biasalah, zaman sekarang macam-macam hal boleh terjadi. imdngat tu.

Ada apa dengan blog?
Ada apa dengan blog? Kredit Google. 

Tapi, bagi cikla apa yang penting kalau kita nak buat apa pun kenalah ada minat. Itu penting sangat sebab kalau kita berminat nak buat sesuatu, kita akan bersungguh-sungguh melakukannya. Kita akan rasa seronok buat apa yang kita minat. Bila minat dan keseronokan bersatu, kepuasan dalam berblog akan kita rasa. Kita tak payah fikir ada ke orang nak baca blog aku ni, apa yang penting kita happy dengan apa yang kita buat. Itu semua rezeki.

Korang jangan berhenti menulis tau. Sekurang-kurangnya hasil tulisan kita mungkin boleh menjadi ikhtibar atau panduan untuk orang lain. InshaAllah.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Saya blog sebab suka suka and sambil tu nak sampaikan benda berfaedah InshaaAllah hehe

    ReplyDelete
  2. Marsha mula berblog sebab anggap blog ni sbg diari....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sebab kat blog kita boleh tulis apa yg kita buat, cuma blog ni open dairy org bolehbaca. Kalau dairy buku tu secret laa.. hehe

      Delete
  3. Saya suka blog sebabnya pada planning asal, cuma nak buat blog untuk library saya jea, lepas tue, saya plak suka menulis diari...Tapi disebabkan malas nak pegang pen,ditambah pulak dengan kehadiran teknologi media massa (FB,twitter etc) yang mempaparkan informasi berguna dan boleh dikongsi... Jadi sebab tue wujudnya blog starlavenderluna.blogspot.my.. selain dari luahan perasaan (yang tak terlalu terbuka) saya jugak berkongsi info pada rakan2 mengenai isu semasa atau isu lapuk.. ^_^ panjang benor komennya..sori yea Cik La...:-p

    ReplyDelete
  4. Dulu buat blog sje2 berkongsi mengenai apa yg terlintas di fikiran terus tulis.. pastu bertukar ke tutorial dan info sehingga la skrg ni..

    ReplyDelete