Resepi masak kicap telur.

By Cikla Shahril - September 18, 2015

Kali ni resepi berasaskan telur pulak. Ringkas dan sedap. Sebelum itu, kita semua tau kan telur adalah salah satu sumber protein yang utama untuk tubuh kita. Ada orang cakap telur tinggi kolesterol, tapi cikla rasa apa yang penting kita ambik telur seimbang dengan menu lain, terutamanya sayuran dalam diet harian kita. Betul tak?

Resepi masak kicap telur.
Resepi masak kicap telur.

Jomlah kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

5 biji telur ayam.
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1/2 biji bawang holland (potong bulat).
2 biji cili merah (potong memanjang).
1 kuntum bunga lawang.
1 batang kulit kayu manis.
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih. 
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
6 sudu besar kicap kipas udang. (Ikut kepekatan kuahnya).
2 sudu besar sos tiram.
Sedikit air asam jawa
Minyak, garam, gula dan perasa. 

Cara nak buatnya pulak:

Rebus telur ayam, kemudian kupas kulitnya dan goreng sehingga kekuningan. Angkat telur dan ketepikan. Selepas itu, tumis bahan yang dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam dan tumis sekejap. Setelah itu, masukkan kicap manis dan sos tiram dan kacau sampai bahan-bahan jadi pekat. 

Kemudian, setelah pekat masukkan telur, bawang holland, cili merah dan air asam jawa. Kacau seketika. Kalau kuah pekat sangat, tambah air. Biarkan menggelegak, lepas tu tambah garam, gula dan perasa. Kacau lagi, dan siap. Sedap tau, lagipun budak-budak boleh makan sebab tak pedas sangat. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. hi cik La ... Slmt berkenalan
    sedapnya masak kicap telur ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ana... salam perkenalan... nyummm nyummm...

      Delete
  2. kak ana selalu gak buat time habis idea cik La ,licin gak sepinggan nasi,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak, kadang2 sampai tak tau nak masak apa.... reka-reka sendiri... janji sedap... hehe

      Delete
  3. oh awknye resepi telur rebus ehh..saya punya telur grg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni mmg cikla guna telur goreng.. tapi saja try rebus pulak... sedap jugak... hehe.. lagipun boleh kurangkan minyak... hehe

      Delete
  4. sedap ni... selalu mia buat telur goreng punya

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete