Apakah dia Methylparaben?

By Cikla Shahril - October 13, 2017

Kita sering mendengar yang Methylparaben digunakan dalam produk kosmetik, ubat-ubatan (farmaseutikal) dan sesetengah bahan makanan yang diproses. 

Selain itu, ia jugak boleh didapati dalam beberapa jenis produk kecantikan seperti deodorant, syampu, shower foam, losyen dan lain-lain. 

Kalau korang nak tau, Methylparaben adalah sejenis bahan pengawet yang mana fungsi utamanya adalah untuk membunuh dan menghalang kuman dari membiak.

Apakah dia Methylparaben?
Apakah dia Methylparaben? Sumber Google. 

Manakala, dalam produk kosmetik Methylparaben banyak digunakan dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, maskara, eye shadow dan sebagainya.

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, Methylparaben mempunyai beberapa kebaikan iaitu ia mampu mencegah pertumbuhan bakteria, sekaligus dapat menghalang produk tersebut daripada berkulat dan cepat rosak. 

Akan tetapi, Methylparaben jugak mempunyai beberapa keburukan iaitu sabun contohnya akan terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara. 

Selain itu, ia jugak akan bertindak balas dengan UV B dan boleh menyebabkan peningkatan kerosakan DNA serta penuaan kulit kalau digunakan secara berlebihan.

Apa yang korang kena tau, penggunaan Methylparaben dengan kadar yang ditetapkan adalah tidak memudaratkan melainkan kalau ia digunakan secara berlebihan.

Lihat ingredients produk sebelum membeli.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments