Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG!

Biar betul wey!

Mula-mula cikla tengok angka tu macam tak percaya pulak. Ehh ehh, tengok sekali, 13,408. Tengok lagi. Lepas tu zoom skrin, kot-kot mata dah rabun sebab usia. Haha. 

Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG!
Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG! 

Tapi memang betul rupanya gais. 13K lebih views untuk semalam sahaja! 

MasyaAllah, tabarakallah. Seriuslah, cikla happy dan excited sangat. Bukan apa, sejak decide nak aktif dan sharing balik dekat blog ni selepas lama menyepi suam-suam kuku, bukan senang sebenarnya nak dapatkan balik mood menulis tu.

Dulu macam-macam nak cerita. Sekarang kadang-kadang buka blog, tengok skrin kosong pastu menung, “Hari ni nak cerita pasal apa pulak ek?” 

Nak cari topik pun satu hal. Nak fikir apa yang orang nak baca pun satu hal. Tak kan nak cerita pasal kehidupan sendiri je setiap hari kan? Hari ni cerita cikla, esok cerita cikla, lusa cerita cikla lagi. Nanti orang cakap ehh asyik kisah dia je, takde orang lain dalam dunia ni ke? Hahaha!

Sebab tu bila lama tak menulis, nak mula balik memang perlukan sedikit usaha. Bukan setakat buka laptop dan taip. Otak pun kena warming up sekali. Jari memang dah ready nak zupp zapp zupp zap menaip, tapi otak masih loading. Jem jap. Haha

Kadang-kadang ada idea. Tapi tak tahu nak mula dengan ayat apa. Kadang-kadang ada tajuk. Tapi isi tak datang.
Kadang-kadang ada isi. Tapi mood pulak pergi holiday. Haishhh, manusia dan mood ni memang tak boleh dipisahkan kan. 

Tapi bila tengok angka 13K lebih tu, cikla rasa macam dapat satu suntikan semangat pulak. Naluri auto kata, “Nampak? Masih ada orang singgah baca blog kau.” Dan dalam hati cikla terdetik satu benda. Alhamdulillah, blog masih relevan rupanya di zaman AI ni. 

Zaman sekarang semua benda dah laju. Nak cari idea boleh tanya AI. Nak tulis boleh tanya AI. Nak ringkaskan artikel pun boleh. Macam-macam boleh dibuat dengan teknologi. Tapi mungkin sebab itulah cikla rasa tulisan manusia masih ada tempatnya. 

Sebab tulisan bukan sekadar tentang maklumat. Kadang-kadang orang membaca sebab nak rasa dekat dengan penulisnya.

Nak baca pengalaman orang. Nak tahu orang lain pun pernah lalui benda yang sama. Nak cari jawapan daripada pengalaman sebenar. Atau kadang-kadang saja nak baca sambil baring sebelum tidur. Dan cikla rasa, itulah seronoknya dunia blog.

Kita tulis apa yang kita tahu. Kita kongsi apa yang kita pernah lalui. Kita tinggalkan sedikit ilmu, sedikit pengalaman dan sedikit cerita daripada kehidupan kita.
Kita mungkin rasa tulisan kita biasa-biasa saja.

Tapi kita tak tahu siapa yang sedang membacanya. Mungkin ada seorang ibu yang sedang mencari jawapan. Mungkin ada seorang pelajar yang perlukan maklumat. Mungkin ada seseorang yang tengah pening fikir sesuatu, kemudian terjumpa tulisan kita dan berkata, 'Ohhh, rupanya macam ni.' Kalau sampai macam tu, dah cukup berharga sebenarnya.

Jadi, kepada korang yang masih ada secebis minat nak menulis, teruskanlah.  Tak kisahlah blog, Facebook, Instagram, Threads atau mana-mana ruang yang korang suka. Menulislah. Biarlah orang nak kata kita, blogger suam-suam kuku pun, teruskan passion kita. Sebarkan kebaikan dalam penulisan. 

Tak payah tunggu tulisan sempurna. Tak payah tunggu ramai pembaca. Tak payah tunggu artikel korang viral sampai jiran sebelah rumah pun tahu. Haha. 

Tulis saja apa yang bermanfaat. Sebab kita tak pernah tahu, mungkin tulisan yang kita taip hari ni akan terus dibaca bertahun-tahun kemudian. Dan yang paling cikla suka fikir, bila kita dah tak ada nanti, tulisan kita mungkin masih ada. Mungkin ada orang yang masih jumpa artikel kita. Masih baca pengalaman kita. Masih belajar daripada apa yang pernah kita kongsikan.

Dan kalau ada ilmu atau manfaat yang terus mengalir daripada tulisan itu selepas kita pergi, mudah-mudahan ia menjadi sedikit saham untuk kita di sana nanti.
InsyaAllah. 

Sebab akhirnya, bukan berapa banyak artikel yang kita berjaya tulis yang paling penting. Bukan juga berapa tinggi angka views yang kita dapat. Tapi apa yang kita tinggalkan. Hari ni kita mungkin nampak cuma angka 13,408 dekat skrin. Tapi bagi cikla, angka tu lebih daripada sekadar nombor. Ia macam satu suntikan semangat yang bagitau kecil yang bagi tahu, jangan berhenti menulis. Masih ada yang membaca.

Jadi kawan-kawan, jom kita cuba sambung balik perjalanan yang dah lama ditinggalkan ni. Perlahan-lahan pun tak apa. Asalkan jalan. Mana tahu, tulisan yang kita hasilkan hari ni jadi something yang masih memberi manfaat ketika kita sendiri sudah tiada lagi di dunia.

Dan kalau satu hari nanti nama kita dah tak siapa ingat pun, biarlah tulisan kita masih menjadi saksi bahawa kita pernah berkongsi sesuatu yang baik. Itu pun dah cukup.

Apa pun, masyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah untuk 13K lebih views semalam. Terima kasih yang masih sudi singgah. Semoga setiap yang membaca mendapat manfaat dan semoga setiap perkongsian yang baik menjadi pahala buat yang menulis.

Kita tak tahu berapa lama kita akan hidup, tapi kita boleh tinggalkan sesuatu yang mungkin terus hidup selepas kita pergi. Keep writing and sharing ya. 

6 comments:

  1. Betuuul kak. Selagi apa yg kita tulis memang ada manfaatnya, tulis Saja. Kita tak tahu pembaca akan datang dari mana. Kaka banyak menulis ttg tiroid.

    Bisa jadi banyak orang yang mencari informasi ttg penyakit itu. Kalau apa yg kita tulis bisa membantu orang lain, harap2 bisa menjadi amal jariyah untuk kita

    ReplyDelete
  2. Kan.. Haritu pun ada naik views camni.. sampai puluhan k tu...pelik jap..haha..cuba tgk negara mana paling banyak read blog kita .. Kipidappp!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. mcm blur pulak jap nampak view byk gitu.. selalu suam kuku jer haha

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews