Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

Korang pernah tak alami situasi ini? Bila time siang, mata kemain rasa berat macam ada batu tergantung kat kelopak mata tu. Duduk sekejap pun boleh terlena. Tapi bila time malam, tiba-tiba rasa segar pulak dan susah nak tidur. Dah pukul 11 malam, 12 malam pun malah ada yang sampai 2 atau 3 pagi mata terkebil-kebil, masih berjaga tak rasa mengantuk langsung.

Sebenarnya ramai je orang yang mengalami kitaran tidur yang tak seimbang ni tanpa dorang sedar. Kalau korang nak tau apa punca dia, antaranya adalah jadual tidur yang tak konsisten. Hari ini korang tidur awal, esok korang tidur lewat pulak. Pastu, time hujung minggu aihhhh berjaga sampai tengah malam. 

Lama-lama, jam biologi badan korang jadi confuse. Kesannya, mata korang akan rasa mengantuk pada waktu yang sepatutnya aktif dan menjadi segar ketika waktu yang sepatutnya berehat.

Selain itu, tabiat menggunakan telefon bimbit, menonton tv atau bermain media sosial sebelum tidur juga boleh jadi sebab jugak. Cahaya biru daripada skrin akan bagi signal pada otak korang yang hari masih siang. 

Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

So, penghasilan hormon melatonin yang bantu korang tidur pun jadi terganggu. Sebab itulah walaupun badan korang letih, mata tetap rasa segar bila tiba waktu malam.

Ada juga yang mengalami keadaan ini sebab terlalu kurang bergerak pada siang hari. Bila badan tak buat banyak aktiviti fizikal, tenaga pun tak digunakan dengan baik. Akibatnya, badan jadi lesu dan mengantuk pada siang hari. Namun bila malam tiba, otak masih belum cukup "penat" untuk memasuki mod rehat.

Faktor pemakanan boleh pengaruhi jugak. Pengambilan makanan yang terlalu berat pada waktu tengah hari atau terlalu banyak minuman berkafein seperti kopi dan teh boleh sebabkan pola tenaga badan berubah. 

Ada yang merasa mengantuk lepas makan tengah hari, pastu jadi segar balik bila kesan makanan tersebut berkurangan pada waktu malam.

Next, stress dan overthinking juga kita tak boleh dipandang ringan. Kadang-kadang siang hari badan terasa penat sebab otak bekerja keras memikirkan pelbagai perkara. 

Tapi bila malam tiba dan suasana jadi lebih tenang, fikiran pula mula aktif memikirkan hal kerja, keluarga atau masa depan. Inilah yang menyebabkan mata sukar dilelapkan walaupun badan sebenarnya memerlukan rehat.

Kalau keadaan ini jadi sekali-sekala, ia takpelah kan. Namun kalau jadi hampir setiap hari mengalami rasa mengantuk melampau pada siang hari dan sukar tidur pada waktu malam, mungkin dah tiba masanya korang nilai semula rutin harian. 

Cuba tetapkan waktu tidur yang konsisten, kurangkan penggunaan gajet sebelum tidur, lakukan aktiviti fizikal ringan dan pastikan pengambilan kafein supaya tak berlebihan.

Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

Kawan-kawan, tidur yang berkualiti ni bukan sekadar tentang berapa lama korang tidur, tapi juga tentang macam mana badan dan minda korang dapat rehat yang cukup pada waktu yang sepatutnya. 

Kadang-kadang punca korang selalu mengantuk pada siang hari bukan sebab korang kurang tidur semata-mata, tapi sebab jam biologi badan korang dah mula lari daripada jadual yang sepatutnya.

Bila tidur malam kembali teratur, kebiasaannya tenaga pada siang hari juga akan kembali pulih. Barulah badan terasa lebih fresh, fokus akan meningkat dan aktiviti harian dapat dilakukan dengan lebih baik. Begitulah ya. 

3 Comments

  1. Setuju... Memang kadang² ade rasa segar bila tiba malam hari. Walhalesok pg nak bangun ke tempat kerja... Semoga kita dpt semula tidur yg berkualiti

    ReplyDelete
  2. Dah tua2 ni lepas Maghrib pun dah mengantuk 😅

    ReplyDelete
  3. Ini susaaah sangat, konsisten dalam waktu tidur 😔. Saat sedang tidak ada jadwal traveling, jam tidur saya kacau kak. Malam bergadang sampai pukul 2 pagi. Padahal siangnya saya banyak kegiatan.

    Tapi di saat traveling, tidur bisa cepat dan terjaga. Mungkin Krn pagi hingga malam memang LBH banyak LG kegiatan yaa. JD saat malam tubuh dah betul2 letih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post