Sikit tapi konsisten.

Jangan terus paksa diri buat banyak. Mulakan dengan sedikit, tapi konsisten.

Contohnya, kalau nak solat malam, buat dua rakaat dulu setiap malam. Dua rakaat saja pun dah cukup. Jangan terus buat banyak-banyak. Kita ni bukan wali, kita cuma “kuali”. Dua rakaat tu pun dah cukup untuk rasa ringan di hati.

Begitu juga dengan bacaan al-Quran. Kalau sehari boleh baca dua muka surat pun dah memadai. Sebab satu huruf diberi sepuluh pahala. Jadi kalau dua muka surat, dah beribu-ribu pahala kita kumpul. Tak terasa berat pun.

Sikit tapi konsisten.

Untuk istighfar, cukup dengan 70 kali sehari. Tak perlu tunggu waktu tertentu. Boleh buat sambil baring, sambil berjalan, sambil menunggu. Ulang saja, “Astaghfirullah, astaghfirullah…” sampai cukup.

Nabi sendiri mengajar kita, walaupun baginda maksum, tetap beristighfar 70 kali sehari. Maka apatah lagi kita.

Mulakan sedikit, tetapi istiqamah. Di situlah letaknya keberkatan.

Selamat pagi semua. 

Kredit telegram Ceramah Ustaz dan Ustazah.

1 comment:

  1. Betul kak. Kdg orang saking semangat di awal, langsung banyak dilakukan. Tp malah itu yg buat tidak konsisten. Nanti di saat sibuk, malah terlupa. Lebih bagus sedikit2, tapi rutin

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews