21 March 2025

Panduan persiapan ke ward nuclear untuk RAI kanser dos tinggi: Apa yang perlu dibawa dan diketahui.

March 21, 2025 3 Comments
Bila sebut pasal RAI kanser dos tinggi, ramai yang risau sebab kena kuarantin di ward nuclear selama 5 hari. Tapi jangan risau, cikla ada beberapa tips yang boleh buat pengalaman ni jadi lebih selesa. Sebelum ke sana, ada baiknya kita tahu beberapa perkara yang mungkin agak berbeza dari hospital biasa.

Pertama sekali, bilik kuarantin di ward nuclear memang sejuk teramat! Janganlah harap nurse akan slowkan aircond, sebab suhu tu dah disetkan untuk tujuan tertentu. Kalau tak tahan, minta je lebih selimut dari nurse. Lagipun, itu lebih baik daripada ganggu sistem yang ada. Kuarantin bukan hotel, jadi tahan je sejuk, ya! Bawa je stokin tebal pun okey. 

Lepas tu, bab makanan. Jangan harap makanan di ward tu akan sedap macam kat restoran. Memang rasa tawar sikit sebab diet kita kena ikut spesifikasi tertentu. Tapi jangan pula rasa nak complaint, sebab ada sebab kenapa makanan disediakan begitu. Semua ni untuk kesihatan kita juga, jadi terima je.

Nurse akan bagi arahan untuk mandi dan minum air banyak-banyak. Jangan ambil ringan ya, sebab radiasi yang ada dalam badan kita akan keluar melalui air kencing. Kalau tak ikut, radiasi tak turun dan kita tak boleh balik. Jangan sampai nanti nangis menyesal.

Untuk yang ambil RAI hyper, pastikan datang ambil RAI pada tarikh yang dah ditetapkan. Jangan tunda-tunda alasan tiroid dah normal. Iodine beradioaktif tu bukan murah dan bekalannya pun tak selalu ada. Kalau tak datang, bukan je menyusahkan nurse dan doktor, tapi juga diri sendiri. Jadi, kalau dah disarankan, datanglah. Jangan buat masalah untuk orang lain.

Selain itu, ada beberapa barang penting yang perlu dibawa. Seperti pakaian tebal sebab bilik tu memang sejuk gila. Jangan lupa bawa pakaian dalam, selipar, tuala mandi serta keperluan mandi yang bersaiz kecil. Kulit pun boleh jadi kering, jadi bawa pelembap atau vaseline untuk jaga kulit. Bawa juga sedikit makanan ringan seperti roti, biskut, buah  dan gula-gula untuk hilangkan loya.

Selain itu, jangan lupa bawa charger phone, bahan bacaan dan laptop kalau nak buat kerja atau hiburan. Tapi jangan bawa barang kemas atau duit banyak. Nanti susah pulak, kan?

Sebelum berangkat, pastikan semua barang yang perlu dibawa dah siap. Ikutlah panduan ni untuk buat masa di ward nuclear lebih selesa. Bila dah siap semua, boleh fokus pada pemulihan dan cepat sembuh! Moga bermanfaat.

Kredit info grup Tiroid dan Anda (ORI). 

19 March 2025

Perlukah kita meluahkan rasa di media sosial?

March 19, 2025 8 Comments
Zaman sekarang, media sosial bukan sekadar tempat untuk bersosial je, tapi ia juga menjadi ruang untuk meluahkan perasaan untuk segelintir orang. Ada yang berkongsi kegembiraan, ada yang meluahkan kesedihan, malah ada juga yang menggunakan platform ini untuk menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing. Namun, timbul persoalan, adakah tindakan ini sesuatu yang bijak?

Kelebihan meluahkan rasa di media sosial?

Tak dapat dinafikan, media sosial boleh menjadi tempat untuk mencari sokongan moral. Kadang-kadang, berkongsi pengalaman dan perasaan boleh membuatkan seseorang tu rasa lebih lega dan mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan atau followers. Selain itu, kalau sharing itu bersifat motivasi, ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain yang mungkin melalui situasi yang sama.

Bagi sesetengah orang, media sosial juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang isu tertentu, contohnya kesihatan mental, tekanan di tempat kerja atau masalah perhubungan. Bila lebih ramai yang berkongsi pengalaman, stigma terhadap isu-isu ini dapat dikurangkan.

Perlukah kita meluahkan rasa di media sosial?

Risiko meluahkan perasaan secara terbuka?

Namun, tak semua luahan ni sesuai untuk di share di media sosial. Ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan sebelum menekan butang "post":

1. Personal info yang terlalu open.

Sharing yang terlalu personal boleh membuka ruang kepada eksploitasi. Ingat ye, bukan semua orang di media sosial berniat baik. Ada yang mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan negatif, termasuk menyebarkan fitnah atau memanipulasi keadaan. Hati-hati!

2. Unexpected reaction.

Kita mungkin mengharapkan sokongan, tapi realitinya, tak semua orang akan bagi respons yang positif. Ada yang mungkin mengkritik atau memperkecilkan masalah yang dikongsi, menyebabkan tekanan emosi semakin meningkat.

3. Menjejaskan hubungan dan reputasi.

Kalau luahan berkaitan dengan individu lain, contohnya pasangan, rakan atau majikan ia boleh mencetuskan konflik. Masalah peribadi yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup boleh menjadi lebih rumit bila dibincangkan secara terbuka.

Apakah alternatif yang lebih selamat?

Kalau meluahkan di media sosial berisiko, apakah pilihan yang lebih baik?

1. Berbual dengan orang dipercayai – Sahabat baik, ahli keluarga atau kaunselor boleh menjadi tempat meluahkan perasaan dengan lebih selamat dan berkesan.

2. Menulis di jurnal peribadi atau diary– Kalau hanya mahu meluahkan tanpa mendapat reaksi orang lain, menulis di jurnal boleh membantu mengurus emosi dengan lebih baik.

3. Ambil masa sebelum berkongsi. – Kalau ada keinginan untuk berkongsi sesuatu yang sensitif, tunggu jap and think again. Adakah ia benar-benar perlu? Adakah ia membantu atau hanya menambah masalah?

So, meluahkan perasaan di media sosial bukanlah sesuatu yang salah, tapi ia perlu dilakukan dengan bijak. Fikir dahulu sebelum berkongsi. Adakah ia memberi manfaat atau hanya akan mendatangkan kesan negatif? Kalau ragu-ragu, mungkin lebih baik korang menyimpannya untuk diri sendiri atau berbincang dengan orang yang lebih dipercayai.

Ingatlah, setiap perkongsian ada akibatnya. Jadilah pengguna media sosial yang bijak! Moga bermanfaat. 

16 March 2025

Cara betul ambil pil kalsium dengan berkesan.

March 16, 2025 2 Comments
Sebenarnya, nak ambil pil kalsium ni takdelah susah sangat, tapi ada beberapa perkara yang korang kena ingat supaya pil yang korang makan tu berkesan. Jangan risau kalau terlupa ambil kalsium sejurus selepas makan tengahari, sebab sebenarnya masih boleh amik pil kalsium walaupun selepas beberapa jam. 

Cuma pastikan lepas tu, korang makanlah makanan lain macam biskut, kuih, roti atau apa-apa yang ringan. Korang jangan makan pil kalsium dengan buah-buahan atau susu sebab ia boleh ganggu penyerapan kalsium tu.

Kalau hari ni korang ambil kalsium time pagi, teruskanlah amik time pagi setiap hari. Janganlah korang tukar-tukar masa tu sebab kalsium akan lebih mudah diserap kalau korang konsisten. Kalau dua kali sehari, pastikan juga amik pada waktu yang sama, pagi atau malam.

Cara betul ambil pil kalsium dengan berkesan.
Contoh pil kalsium. Kredit to Google.

Selain pengambilan  pil kalsium, korang jugak boleh amik makanan yang tinggi dengan kalsium. Kalau korang jenis tak boleh telan susu, korang boleh try sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalsium. Contohnya, timun, tembikai, pisang, mangga dan banyak lagi. Korang boleh blend dengan susu segar tanpa gula. 

Jangan lupa untuk jarakkan 4 jam antara pil kalsium dan susu supaya kalsium dapat diserap dengan lebih baik. Kalau korang kena amik pil vitamin D, jangan skip tau. Vitamin D tu boleh bantu kalsium tu serap dengan lebih perfect.

Apapun, korang jangan rasa terbeban bila kena amik ubat ni sebab kalau korang konsisten, lama-lama dos pun akan turun. Tapi kalau korang tak ikut apa yang disarankan oleh doktor,  korang mungkin akan rasa kesannya seperti sakit kejang kaki tangan, cramp atau simpul biawak. Memang sakit tau, so  better korang amik  secara konsisten supaya korang tak kena macam yang cikla citer kat atas tu. Moga bermanfaat. 

Kredit grup fb Tiroid dan Anda (ORI).

Jadikan Allah keutamaan di hati.

March 16, 2025 1 Comments
Dalam hidup ini, kita mungkin sering diuji dengan perasaan seperti cemburu, rindu dan kesedihan akibat kehilangan sesuatu. Kadangkala, perasaan ini boleh menguasai hati sampai menjejaskan ketenangan jiwa. Oleh itu, Islam mengajarkan kita untuk kembali kepada Allah dalam setiap keadaan.

Jadikan Allah keutamaan di hati.

"Tiada di hatiku selain Allah."

Ungkapan ini mengingatkan kita bahawa hanya Allah yang layak mengisi hati kita sepenuhnya. Bila kita cemburu, kembalilah kepadaNya dengan doa. Bila kita rindu, serahkanlah perasaan itu kepadaNya. Dan bila kita kehilangan sesuatu, yakinlah bahawa Allah sentiasa menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Mengamalkan zikir ini bukan sekadar lafaz di bibir, tapi juga satu bentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Dengan meletakkanNya sebagai keutamaan dalam hati, kita akan lebih tenang dalam menghadapi setiap ujian kehidupan.

Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk melepaskan segala ikatan duniawi dan menyerahkan sepenuh jiwa kepadaNya. InshaAllah, aamiin. 

13 March 2025

Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga.

March 13, 2025 4 Comments
Air kelapa adalah antara minuman terbaik untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan. Dengan cuaca panas dan tempoh berpuasa yang panjang, tubuh memerlukan hidrasi yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan segar. Kaya dengan elektrolit semula jadi, air kelapa bukan sahaja menghilangkan dahaga tapi juga memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan.

Antara manfaat air kelapa yang mungkin korang belum tahu; 

1. Menghidrat badan dengan pantas.

Selepas seharian berpuasa, tubuh kehilangan banyak air dan mineral penting. Air kelapa membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit seperti kalium, magnesium dan natrium, yang penting untuk mengekalkan hidrasi badan.

2. Sumber tenaga semula jadi.

Kandungan karbohidrat dalam air kelapa memberikan tenaga segera, membantu tubuh pulih daripada keletihan selepas seharian berpuasa. Ia adalah alternatif yang lebih sihat berbanding minuman manis atau berkafein.

3. Bagus untuk pencernaan.

Berbuka dengan air kelapa boleh membantu sistem pencernaan kerana ia mengandungi enzim semula jadi yang menyokong proses penghadaman. Ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau kembung perut ketika berpuasa.

4. Menyokong kesihatan jantung.

Air kelapa kaya dengan kalium, yang membantu mengawal tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung. Mengamalkan minuman ini sepanjang Ramadan boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi akibat perubahan pola makan semasa puasa.

5. Mengurangkan leletihan dan stres.

Selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tubuh mudah menjadi letih dan stres. Air kelapa mengandungi magnesium yang membantu menenangkan saraf dan otot, menjadikan tubuh lebih relaks dan bersedia untuk solat tarawih.

6. Alternatif sihat untuk minuman manis.

Banyak minuman berbuka yang tinggi gula boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah secara mendadak. Air kelapa adalah pilihan semula jadi tanpa bahan tambahan, menjadikannya lebih baik untuk kesihatan jangka panjang.

Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga.
Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga. Kredit gambar to Google. 

Air kelapa mengandungi pelbagai nutrien penting yang memberi manfaat kepada tubuh, terutama ketika berpuasa. Berikut adalah antara nutrien utama yang terdapat dalam air kelapa:

1. Elektrolit semulajadi.
  • Kalium – Bantu kekalkan keseimbangan cecair dalam badan, kawal tekanan darah dan sokong fungsi otot serta saraf.
  • Natrium – Penting untuk keseimbangan elektrolit dan elak dehidrasi.
  • Magnesium – Bantu kurangkan rasa letih, sokong fungsi otot dan kawal tekanan darah.
  • Kalsium – Sokong kesihatan tulang dan fungsi otot.
  • Fosforus – Bantu dalam pembentukan tenaga dan kesihatan tulang.

2. Karbohidrat semulajadi.
  • Mengandungi gula semula jadi dalam bentuk fruktosa dan glukosa, memberikan tenaga segera tanpa menambah beban gula berlebihan.

3. Vitamin.
  • Vitamin C – Bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan sistem imun dan melindungi sel daripada kerosakan.
  • Vitamin B-complex (B1, B2, B3, B5 dan B6) – Bantu dalam metabolisme tenaga dan sokong kesihatan sistem saraf.

4. Asid amino
  • Bantu dalam pemulihan otot dan sokong pertumbuhan serta pembaikan sel dalam badan.

5. Antioksidan.
  • Bantu lawan radikal bebas dalam badan, kurangkan keradangan dan lindungi sel daripada kerosakan oksidatif.

6. Serat.
  • Bantu lancarkan sistem pencernaan dan cegah sembelit.

Dengan kandungan nutrien yang kaya ini, air kelapa bukan sahaja menyegarkan tapi juga memberi tenaga dan menyokong kesihatan tubuh, terutama ketika kita berpuasa.

Apakah cara terbaik mengambil air kelapa di bulan puasa?

  • Berbuka puasa – Minum segelas air kelapa sebelum menikmati makanan berat untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Sahur – Mengambil air kelapa pada waktu sahur membantu mengekalkan hidrasi lebih lama sepanjang hari.
  • Tanpa gula tambahan – Pastikan korang minum air kelapa asli tanpa campuran gula atau perisa buatan.

Air kelapa adalah pilihan minuman semulajadi yang penuh khasiat untuk dinikmati sepanjang Ramadan. Selain menyegarkan dan menghidrat tubuh, ia juga memberikan tenaga, menyokong kesihatan jantung dan melancarkan pencernaan. 

So, jadikan air kelapa sebagai sebahagian daripada rutin berbuka dan sahur korang untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga.


Bendi celur ala chicken rice shop: Resipi mudah dan sedap.

March 13, 2025 3 Comments
Bendi celur adalah antara menu sayur yang semakin popular di restoran dan kedai makan, terutamanya versi yang diinspirasikan daripada Chicken Rice Shop. Dengan gabungan rasa pedas, masin dan aroma bawang putih yang harum, hidangan ini sangat mudah disediakan tetapi tetap menggugah selera. Jom tengok macam mana nak masak. 

Bendi celur ala chicken rice shop: Resipi mudah dan sedap.
Bendi celur ala chicken rice shop.

Bahan-bahan:

Bendi secukupnya.
10 ulas bawang putih (dicincang).
Sedikit udang kering (dicincang).
Cili paste (atau boleh gantikan dengan chili flakes).
Sedikit kicap cair.
Air ais.

Cara penyediaan:

1. Celur bendi;

- Didihkan air dalam periuk.
- Celur bendi dalam air mendidih sekejap sahaja untuk mengekalkan kerangupannya.
- Angkat dan segera rendam dalam air ais sejuk selama beberapa saat. Ini membantu mengekalkan warna hijau segar bendi serta teksturnya yang rangup.
- Toskan dan susun di atas pinggan hidangan.

2. Menyediakan sos tumis;

- Gunakan chopper untuk mencincang bawang putih dan udang kering supaya lebih halus dan sebati.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta udang kering hingga naik bau dan garing.
- Masukkan cili paste atau chili flakes, kemudian kacau rata.
- Tambahkan sedikit kicap cair untuk rasa yang lebih seimbang.
- Biarkan sos garing dan pecah minyak sebelum diangkat.

3. Last step;

- Siramkan sos tumis yang telah siap ke atas bendi celur.
- Hidangkan segera untuk menikmati kelazatan bendi yang rangup dengan sos pedas dan beraroma.

Tip extra:

1. Pastikan bendi tak dicelur terlalu lama supaya ia tak jadi lembik.

2. Udang kering boleh dibuang kalau mahu versi vegetarian, tapi ia memberi rasa lebih umami kepada hidangan.

3. Kalau suka lebih pedas, boleh tambahkan chili flakes atau cili padi yang dihiris halus.

Resipi ini sesuai untuk hidangan sampingan atau dimakan bersama nasi panas dan lauk lain. Ringkas, sihat dan sedap! Selamat mencuba. 

Kredit resipi dan gambar: Nurhidayah Bt Sahak.

10 March 2025

Keluarga Itu, drama penuh pengajaran di Slot Lestary TV3.

March 10, 2025 2 Comments
Rasanya drama ni dah viral kot. Tapi cikla baru tertengok hari tu dah episod berapa tah. Part yang Dhamiah (lakonan Puteri Balqis) lari dari rumah. Rupanya drama ni dah start 28hb Februari hari tu. Tengok tu, nampak sangat dah lama tak layan drama. Haha. 

Apa yang cikla boleh kata, drama ni best. Penuh pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil. Janganlah kita pandang yang negatif je, ambil yang positif. Itu lebih baik kan. So, jomlah baca sinopsisnya sikit. 

Drama Keluarga Itu.

Episod: 30.
Tarikh Tayangan: Bermula 28hb  Februari 2025. 
Waktu Siaran: Jumaat -Ahad, 9.00 malam.
Rangkaian: LESTARY TV3.
Penulis Skrip: Erma Fatima.
Pengarah: Nur Ain Sharif 
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd.

Watak Pelakon:

Rosyam Nor sebagai Iman.
Umie Aida sebagai Chempaka.
Puteri Balqis sebagai Dhamiah.
Amir Ahnaf sebagai Aman.
Fattah Amin sebagai Ansara.
Izara Aishah sebagai Husna.
Muaz Zabir sebagai Anwari.
Melissa Campbell sebagai Camelia.
Duerra Mitilda sebagai Dhini.

Lagu Tema (OST):

Tajuk: Tangisan Seorang Pendosa.
Penyanyi: Marsha Milan.
Komposer: Marsha Milan.
Lirik: Hazama.

Sinopsis.

Kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) sentiasa diuji dengan pelbagai konflik dan dugaan yang menguji keutuhan serta kekuatan mereka sebagai sebuah keluarga. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang disegani ramai, dikenali bukan sahaja kerana keteguhan imannya tetapi juga sifatnya yang dermawan. 

Bersama isterinya, mereka dikurniakan empat orang anak, Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis) dan Dhini (Duerra Miltilda). 

Namun, di sebalik kehidupan mereka yang kelihatan sempurna, tersembunyi satu rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain.

Apakah rahsia itu? Kalau nak tau kenalah tengok kan. Hihi. 

9 March 2025

Cara terbaik mengatasi kelesuan untuk pesakit hypothyroid.

March 09, 2025 1 Comments
Apabila seseorang itu menghidap hipotiroidisme, mereka mungkin selalu berasa letih dan lesu walaupun selepas bangun dari tidur yang cukup. Ini kerana kelenjar tiroid mereka tak berfungsi dengan baik yang mana ia boleh mengganggu metabolisme tubuh. Keadaan ini akan menjadikan tubuh lebih lambat dalam menghasilkan tenaga. Jadi,kalau korang mengalaminya, jangan risau, ada beberapa cara yang boleh membantu untuk mengatasi kelesuan ini!

Cara terbaik mengatasi kelesuan untuk pesakit hypothyroid.

Pertama sekali, penting untuk menjaga keseimbangan hormon tiroid korang. Rawatan utama untuk hipotiroidisme adalah pengambilan hormon tiroid sintetik yang boleh membantu mengembalikan kadar hormon tiroid ke paras normal. Oleh itu, pastikan korang sentiasa mengikuti nasihat doktor dan tak terlepas mengambil ubat seperti yang disarankan. Kadang-kadang, perubahan dos ubat mungkin diperlukan untuk memastikan kesihatan tiroid korang terjaga dengan baik.

Selain itu, pemakanan yang betul juga memainkan peranan penting. Makanan yang kaya dengan iodin, seperti ikan laut, garam beriodin dan makanan laut boleh membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan lebih baik. Sumber selenium seperti kacang Brazil dan makanan yang tinggi zink seperti daging merah juga dapat memberi sokongan kepada kesihatan tiroid.

Jangan lupa untuk memberi perhatian kepada tahap stres korang. Stres yang berlebihan boleh menambah tekanan pada tubuh dan memperburuk gejala hipotiroidisme, termasuk kelesuan. Cubalah untuk amalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau senaman pernafasan yang mudah.

Selain itu, tidur yang berkualiti juga amat penting. Pastikan tidur korang cukup, tapi tak berlebihan. Tidur yang teratur membantu tubuh korang pulih dengan lebih baik, yang secara tak langsung membantu mengurangkan rasa letih.

Dengan sedikit perubahan dalam gaya hidup, seperti meningkatkan aktiviti fizikal ringan, menjaga pemakanan, dan mengurangkan stres, korang boleh merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Ingat, korang tak bersendirian dalam perjalanan ini dan dengan rawatan yang betul serta sokongan yang mencukupi, kelesuan ini boleh dikawal.

7 March 2025

Cerpen : Lensa Terakhir!

March 07, 2025 1 Comments
Cerpen : Lensa Terakhir!

Suasana senja mulai merangkak pergi, diganti dengan malam yang pekat. Di hujung sebuah kampung terpencil, berdiri sebuah rumah usang yang lama dibiarkan tanpa penghuni. Rumah itu, dengan dinding kayunya yang sudah merekah dan bumbung yang hampir roboh, menjadi topik perbualan penduduk kampung. Kononnya, sesiapa yang berani masuk ke dalamnya tidak akan keluar dengan selamat.

Faris, seorang wartawan muda yang bercita-cita tinggi, tidak mempercayai perkara tahyul. Dia bercadang untuk menyiasat sendiri misteri rumah usang itu dan menulis artikel eksklusif mengenainya. Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan kamera, dia melangkah penuh yakin menuju rumah tersebut.

Ketika kakinya menjejak lantai kayu yang berkeriut, satu perasaan aneh merayap dalam dirinya. Udara di dalam rumah terasa berat, seolah-olah ada mata yang memerhatikannya. Dinding-dinding berlumut dan perabot lama yang berbalut habuk menambahkan suasana seram. Dia mengambil beberapa gambar sebelum tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu jatuh di tingkat atas.

Faris menelan liur. Dengan langkah berhati-hati, dia menaiki tangga yang hampir reput. Setiap tapak yang diambil terasa seakan mengundang sesuatu. Sampai sahaja di tingkat atas, dia melihat sebuah pintu bilik yang tertutup rapat. Tiba-tiba, pintu itu terbuka perlahan-lahan dengan bunyi berkeriut yang nyaring.

Dalam kelam cahaya lampu suluhnya, Faris melihat sesuatu yang membuat darahnya berderau. Di sudut bilik itu, seorang wanita berbaju lusuh duduk mencangkung, rambutnya panjang menutupi wajah. Suara tangisannya perlahan, tetapi cukup untuk membuat bulu roma Faris berdiri.

"Siapa kau?" tanya Faris dengan suara bergetar.

Wanita itu tidak menjawab. Tangisannya semakin kuat. Faris menggagahkan diri untuk mendekat, tetapi tiba-tiba wanita itu mendongak. Wajahnya, tidak seperti manusia! Matanya hitam pekat, mulutnya terkoyak luas hingga ke pipi, menampakkan deretan gigi tajam.

Faris terdengar bisikan di telinganya, "Kau tak sepatutnya datang..."

Seketika itu juga, dia merasakan tubuhnya berat, seolah-olah ada sesuatu yang menariknya ke belakang. Dia menjerit, cuba melawan, tetapi tubuhnya tidak dapat bergerak. Dalam keadaan panik, dia mengacukan kameranya dan mengambil gambar tanpa henti.

Kemudian, semuanya menjadi gelap.

Faris terjaga dalam keadaan terbaring di luar rumah itu. Telefon bimbitnya berdering tanpa henti. Dengan tangan menggigil, dia menjawab panggilan dari sahabatnya, Imran.

"Kau kat mana, Faris? Aku dah cari kau sepanjang malam!"

"Aku… aku kat rumah usang tu… Aku masuk tadi, ada… ada sesuatu dalam tu!"

Imran terdiam seketika sebelum berkata, "Kau gila? Rumah tu dah terbakar sepuluh tahun lepas. Mana ada apa-apa kat dalam tu lagi!"

Faris memandang ke arah rumah itu. Mustahil! Dia baru sahaja berada di dalamnya! Tetapi kini, di hadapannya hanyalah runtuhan kayu hitam yang sudah lama hangus. Dia menoleh ke kameranya, jantungnya hampir terhenti.

Gambar terakhir yang diambilnya sebelum segalanya gelap adalah wajah wanita tadi, tersenyum ngeri ke arahnya.

5 March 2025

Thyroxine buat berat badan naik? Fahami sebab dan cara nak elak!

March 05, 2025 1 Comments
Kalau korang tengah makan ubat thyroxine sebab ada masalah tiroid, mungkin ada yang perasan berat badan naik sikit. Pelik kan? Sepatutnya ubat ni betulkan hormon, tapi kenapa pulak berat bertambah?

Thyroxine buat berat badan naik? Fahami sebab dan cara nak elak!

Sebenarnya, bila hormon tiroid korang dah stabil, badan mula berfungsi ‘normal’ balik. Dulu masa tiroid tak okey, metabolism korang macam overdrive, jadi berat turun. Bila dah ambil ubat, metabolism balik normal, berat pun boleh naik sikit. Lebih kepada kesan pemulihan badan.

Tapi, ada jugak kes orang tersilap makan atau dos tak sesuai. Kalau dos ubat korang terlalu rendah, tiroid jadi ‘kurang aktif’ dan ni boleh buat badan simpan lebih banyak lemak.
Nak elak? Simple je:

  1. Jaga pemakanan. Pilih makanan sihat, elak gula dan makanan proses.
  2. Senaman. Tak perlu hardcore, jalan kaki 30 minit sehari pun okay.
  3. Check dos ubat. Kalau rasa tak kena, jumpa doktor untuk adjust.

Yang penting, jangan stress sangat pasal berat. Fokus pada kesihatan dalaman dulu, sebab bila badan sihat, berat pun akan ikut stabil! 

4 March 2025

Resepi ayam masak merah kenduri.

March 04, 2025 2 Comments
Hai hai korang. Dah masuk dapur ke tu nak masak menu berbuka nanti. Ke masih tergolek golek kat depan tv tu sambil fikir nak masak apa nanti. Nah, apa kata korang masak resepi ni. Makan dengan nasi putih pun sedap je. 

Ayam masak merah merupakan salah satu hidangan istimewa yang sering disajikan dalam majlis kenduri dan acara istimewa. Keenakan hidangan ini terletak pada gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam yang meresap ke dalam ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. 

Resepi ini sangat sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato, menjadikannya pilihan utama dalam menu kenduri. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak masak.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong kecil, dibasuh bersih.
Garam dan kunyit secukupnya (untuk perap ayam) 
Minyak untuk menggoreng ayam.

Bahan kisar:

3 biji bawang besar (saiz besar).
4-5 ulas bawang putih.
1 ½ inci halia.

Bahan tumis:

3-4 senduk cili kisar.
5 sudu besar sos cili.
2 biji tomato – dipotong kecil.
2 batang serai – diketuk.
1 batang kulit kayu manis.
3 bunga lawang.
5 biji buah pelaga.
Garam dan gula secukupnya.

Resepi ayam masak merah kenduri.
Ayam masak merah kenduri.

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan serai dan tumis seketika.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Tumis sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

4. Masukkan gula, sos cili, dan tomato. Biarkan seketika sambil dikacau. Tambahkan garam secukup rasa.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.

6. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato untuk kombinasi yang sempurna.

Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga sangat menyelerakan. Sesuai untuk hidangan keluarga atau sebagai juadah utama dalam majlis kenduri.

Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar :  Empunya resepi. 

Rahsia jadi isteri bahagia yang ramai tak tahu!

March 04, 2025 6 Comments
Perkongsian ni khas untuk para isteri. Bacalah sampai habis, tak rugi pun menambah ilmu kan. Hihi. 

Ada orang ingat kebahagiaan dalam rumah tangga tu datang bila semua benda yang perfect. Rumah besar dan cantik, anak-anak yang dengar kata, suami romantik macam drama akasia petang-petang tu. Tapi rupanya tak! Bila korang mula faham lima benda ni, serius, korang akan rasa lebih lega, lebih tenang dan lebih bersyukur.

Rahsia jadi isteri bahagia yang ramai tak tahu!

Pertama, korang kena belajar untuk berhenti harap suami baca fikiran korang. Kalau korang nak sesuatu, korang cakap je terus terang. Suami bukan mind reader ya! Bila korang mula berkomunikasi dengan jelas, banyak masalah kecil yang dulu jadi gaduh, inshaAllah akan settle dalam masa 5 minit je.

Kedua, korang kena sedar suami korang pun manusia biasa. Dia ada kelemahan dia, korang pun sama. Tak guna nak banding dia dengan lelaki lain. Bila korang fokus pada kebaikan dia, contohnya cara dia tolong basuh pinggan, cara dia cuba buat korang gelak walau penat kerja, trust me korang rasa lebih sayang.

Ketiga, korang mula ambil masa untuk diri sendiri. Dulu, korang akan rasa bersalah kalau nak “me-time” sebab fikir kerja rumah tak habis-habis. Tapi korang lupa, diri korang pun penting. Bila korang jaga kesihatan dan emosi korang, korang jadi isteri dan ibu yang lebih baik.

Keempat, korang faham tak semua benda dalam rumah tangga kena ikut textbook. Setiap pasangan ada cara sendiri. Yang penting, kita dan suami selesa dan bahagia dengan cara kita. Tak perlu ikut standard orang lain.

Akhir sekali, korang belajarlah bersyukur. Bukan semua benda sempurna, tapi bila korang fokus pada apa yang korang ada, bukan yang korang tak ada, hati korang rasa lebih ringan. Bahagia tu simple je sebenarnya, cuma kita je yang selalu overthinking.

Bila korang faham benda-benda ni, serius rasa macam hidup baru. Rumah tangga bukan pasal siapa betul, siapa salah tapi macam mana kita sama-sama buat semuanya jadi indah. 

Moga bermanfaat. 

2 March 2025

Ibadah puasa: Pengertian, hikmah dan kepentingannya dalam Islam.

March 02, 2025 3 Comments
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah SWT. Ibadah ini merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan diwajibkan ke atas setiap Muslim yang baligh dan berakal, sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah, 2:183)

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis puasa, antaranya:

1. Puasa Wajib – Puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa qada.

2. Puasa Sunat – Puasa Isnin dan Khamis, puasa Ayyamul Bidh (13, 14, dan 15 setiap bulan Islam), puasa enam hari Syawal dan puasa Asyura (10 Muharram).

3. Puasa Makruh – Contohnya, puasa pada hari Jumaat sahaja tanpa digabungkan dengan hari lain.

4. Puasa Haram – Berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Ibadah puasa: Pengertian, hikmah dan kepentingannya dalam Islam.

Ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi mempunyai pelbagai hikmah dan kepentingan dalam kehidupan seorang Muslim:

1. Meningkatkan ketakwaan.
  • Puasa mengajar kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meningkatkan amalan ibadah seperti solat, membaca Al-Quran dan bersedekah.
2. Melatih kesabaran dan disiplin.
  • Berpuasa membantu kita mengawal nafsu, memperkukuh kesabaran dan mendidik diri agar lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian.
3. Menyihatkan tubuh badan.
  • Kajian perubatan menunjukkan bahawa puasa membantu menyingkirkan toksin dalam badan, meningkatkan metabolisme dan memperbaiki sistem pencernaan.
4. Mengeratkan hubungan sesama manusia.
  • Dengan berpuasa, kita lebih memahami penderitaan golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus meningkatkan rasa empati dan keinginan untuk membantu mereka.
5. Membentuk akhlak mulia. 
  • Puasa bukan sahaja mengajar kita menahan lapar dan dahaga ttapi juga menahan diri daripada perbuatan yang tak baik seperti berkata kasar, berbohong dan bergosip.

Puasa adalah satu ibadah yang mempunyai pelbagai manfaat, bukan sahaja dari sudut keagamaan tapi juga dari segi kesihatan dan sosial. Oleh itu, umat Islam seharusnya menghayati ibadah ini dengan penuh keikhlasan agar dapat meraih ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat keampunan serta rahmat daripadaNya. Salam Ramadan semua.