Daging goreng kunyit, simple tapi sedap.

Kalau tak tahu nak masak apa, daging goreng kunyit ni memang penyelamat! Simple, sedap dan cukup lauk ni je pun dah boleh makan bertambah. Lagi best kalau buat versi basah sikit, ada kuah-kuah sedap nak gaul dengan nasi panas. Jom kita try!

Bahan-bahan:

Daging (hiris ikut suka).
Bawang merah dan bawang putih (mayang halus).
Cili padi (potong serong).
Cili merah & cili hijau (mayang).
Carrot (potong panjang).
Kacang panjang (potong pendek).
Garam & kunyit (untuk perap daging).
Bahan perasa (jika perlu).

Daging goreng kunyit, simple tapi sedap.
Daging goreng kunyit, simple tapi sedap. 

Cara-cara:

1. Cuci daging bersih-bersih, gaul dengan garam kunyit.
2. Masukkan dalam kuali, tambah air sampai tenggelam daging. Lagi banyak air, lagi empuk daging. Biarkan sampai air kering.
3. Bila air dah kering, masuk minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
4. Masukkan carrot, cili merah, cili hijau (kalau ada lada solok pun boleh masuk sekali). Gaul sebati.
5. Masukkan kacang panjang, tambah air sikit supaya daging tak terlalu kering, tapi tetap juicy.
6. Perasakan kalau perlu, gaul-gaul kejap, siap!

Makan dengan nasi panas, confirm licin pinggan! Nak tambah sedap, boleh letak lada solok atau lebihkan cili padi kalau suka pedas. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar to the owner 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews