Resepi Tau Fu Fa homemade mudah dan cepat, hanya guna 3 bahan!

Kalau korang suka Tau Fu Fa yang lembut, manis dan cair dalam mulut, ini resepi paling senang dan pantas nak cuba! Tak payah guna bahan yang pelik-pelik, cukup guna susu soya dan agar-agar je. Jom tengok cara buat ni, confirm korang puas hati.

Bahan-bahan:

1 kotak susu soyabean (1 liter).
1/2 paket agar-agar tali (jangan lebih, nanti keras sangat, tak jadi Tau Fu Fa, terus jadi agar-agar).
1 ketul gula Melaka

Cara-cara:

1. Didihkan secawan air, masukkan agar-agar tali, kacau sampai larut.
2. Lepas tu, masukkan susu soya perlahan-lahan. Kacau kejap, jangan sampai mendidih, terus tutup api.
3. Tapis campuran tadi dan tuang dalam bekas pilihan.
4. Simpan dalam peti sejuk sampai beku (lebih kurang 1-2 jam).

Cara buat air gula:

1. Didihkan air dengan gula Melaka.
2. Masukkan daun pandan untuk aroma padu.
3. Dah siap, angkat dan biarkan sejuk.

Resepi Tau Fu Fa homemade mudah dan cepat, hanya guna 3 bahan!
Resepi Tau Fu Fa homemade mudah dan cepat, hanya guna 3 bahan!

Cara hidang:

Bila Tau Fu Fa dah beku, sudukan lembut-lembut dan siram dengan air gula Melaka tadi. Siap! Nikmati sejuk-sejuk, memang layan habis.

Kredit resepi dan gambar: Cik Puan Azura.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews