Pengidap masalah tiroid dan pesakit kesihatan mental.

Masalah tiroid dan penyakit kesihatan mental adalah keadaan perubatan yang berbeza, tapi kadangkala ia boleh menimbulkan gejala bertindih, yang boleh menyebabkan kekeliruan atau salah diagnosis jika tak dinilai dengan betul.

Sesetengah simptom gangguan tiroid seperti keletihan, perubahan mood dan kesukaran menumpukan perhatian boleh menyerupai gejala penyakit kesihatan mental.

Masalah tiroid (hypotiroid dan hypertiroid) biasanya diuruskan dengan ubat (penggantian hormon tiroid thyroxine atau ubat antitiroid carbimazole) atau radioiodine (RAI) dan pembedahan jika perlu.

Penyakit kesihatan mental pula seperti depression, anxiety disorders, bipolar disorder, schizophrenia dan yang sewaktu dengannya boleh dirawat dengan ubat-ubatan, terapi atau gabungan kedua-duanya, bergantung pada diagnosis pakar psikiatri.

Walaupun masalah tiroid dan penyakit kesihatan mental adalah berbeza, tapi ia boleh berkongsi simptom yang sama dan memerlukan penilaian yang teliti.

Jika korang masih ada appointment dengan akar psikiatri, tolonglah jangan skip. Berubatlah hari ini untuk masa depan yang lebih tenang. InshaAllah.

Pengidap masalah tiroid dan pesakit kesihatan mental.
Gambar sebagai hiasan.

Nota kaki : 

- Buat ujian darah TFT untuk masalah hormon tiroid.
- Buat ujian saringan DASS untuk mengesan jika ada masalah kesihatan mental.

Kredit : Grup fb Tiroid dan Anda Ori. 

2 comments:

  1. saya masih x faham kenapa segelintir masyarakat kita sering beranggapan masalah mental = gila. please laa... banyakkan membaca..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews