Selamat hari lahir anak bujang ibu.

By Cikla Shahril - September 22, 2020

Sebenarnya, bestday anak bujang cikla ni semalam, tapi baru hari ni sempat nak buat special entri pasal ni. Maafkan ibu nak. Biar lambat, asalkan ingat kan. Hihi. 

Kenangan melahirkan Ammar ni paling cikla tak boleh lupa adalah pertama kali dalam hidup kena admit ward dalam tempoh yang lama. Kalau sebelum ni admit ward sebab nak beranak je, tapi kali ni lain pulak penyebabnya. 

Ammar kena admit ward nicu selepas dilahirkan sebab doktor nak pantau pernafasan Ammar yang agak laju. Lagipun masa lahir tu dia berak dalam perut. So, doktor takut dia dah terminum air najis, nanti kena jangkitan kuman. 

Redha jugaklah masa tu, dah la masa raya haji. Sedih wehh dengar lagu raya. Tapi demi anak tersayang, ibu rela.

6 tahun berlalu, rasa macam semalam je kejadian tu berlaku. Memang satu moment yang cikla tak kan lupa. Golden moment bak kata orang putih. 

Selamat hari lahir anak bujang ibu.
Selamat hari lahir anak bujang ibu. 

Abang Ammar pun dah besar. Ibu doakan abang sentiasa sihat dan menjadi anak soleh penyejuk hati ibu ayah. Jadilah pelindung pada adik adik bila dah dewasa nanti. Jangan ligat ligat sangat tau.

We love u budak ciwek. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Happy Birthday! Sama bulan dgn aunty ya. hehe.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete