Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni.

By Cikla Shahril - April 18, 2019

Cikla yakin setiap orang mesti ada pewangi atau perfume kan. Tak kiralah apa pun brand atau jenis dia. Bagi cikla, perfume tu penting sebab, ia boleh menambahkan keyakinan kita lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan orang ramai. Senang cakap, perfume ni boleh bantu kita 'cover' bau badan  kita yang kurang elak itu. Hehe. Tapi, kan percaya tak cikla cakap ada orang masih tak tau nak pilih perfume yang sesuai dan banyak lagi tips lain pasal perfume ni tau. Nak tau ke? Jom baca perkongsian ni sampai habis.

Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni.
Gambar telah diubah suai dari carian Google. Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni. 

Tak tahu beza antara EDP dan EDT.

Kebanyakan orang rasanya masih keliru dan tak tahu perbezaan antara EDP dan EDT. Kalau korang nak tau, EDP adalah Eau De Parfume manakala EDT pulak adalah Eau De Toillete. Ehh, apa pulak ciri yang membezakan kedua-dua benda ni ye?

EDP adalah kandungan perfume di dalamnya 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. Tapi, EDT pulak kandungan perfumenya lebih ringan sebab hanya mengandungi around 4-8% cairan original perfume saja. Sebab tu, daya tahan lama bau dia tak lama. 2-5 jam lepas guna, bau pun hilang. So, korang memang sangat digalakkan pilih EDP.

Tengok kejernihan perfume.

Ehh, yang ni cikla baru tau. Kalau nak kenal pasti pure tak pure perfume tu tengok pada kejernihan dia. Macam ni. Bila korang masukkan hos halus, kalau ia jadi samar-samar dan tak kelihatan/nampak, ini bermaksud perfume itu original sebab kadar minyak yang digunakan tinggi. Tapi, kalau sebaliknya, dah sah-sah ada campuran lain dalam perfume tersebut. 

Elak dari mencium perfume lebih dari 3 kali semasa mencubanya.

Biasa kalau kita nak try bau perfume kan kita biasa spray dekat belakang tangan kan. Samalah macam cikla pun buat macam tu gak. Tapi. korang jangan cuba cium lebih dari 3 kali dalam satu satu masa. Kalau korang dah cium lebih dari 3 kali, korang mintaklah bau kopi pulak pada si penjual tu untuk neutralkan balik deria bau korang. Kalau tak, otak korang tak kan dapat menilai bau yang betul yang datang dari perfume tersebut.

Pilih perfume yang sesuai dengan bau badan.

Sesuatu perfume itu akan bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan korang. So, korang kena pilih perfume yang sesuai dengan bau dan badan korang sebab ada sesetengah perfume akan mneyebabkan ketakselesaan bau biar dah bercampur dengan perfume

Sembur perfume di bahagian nadi dan elak dari spray di tempat sensitif.

Korang sangat digalakkan spray perfume di bahagian nadi, contohnya pergelangan tangan, ataupun bahagian di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita. Ehh, korang jangan plak sesaja spray perfume dekat tempat sensitif kat badan korang tu macam dekat ketiak, mata atau muka.  Ini kerana, sifat perfume sangat kuat, so takut plak nanti kena skin irritation. Tak memasal masalah lain timbul.

Jangan sembur perfume pada pakaian nak-nak pulak kain jenis sutera.

Korang yang pakai pakaian jenis sutera jangan sesekali sembur perfume di atasnya. Ini kerana, perubatan tersebut boleh merosakkan fabrik sekaligus menghakis warna dia. Lagi satu, korang jangan spray perfume atas pakaian pastu gosok pulak. perbuatan ini akan menyebabkan partikel dalam perfume pecah dan turut merubah baunya. Kalau nak spray gak, tunggu dalam 10-15 minit lepas orang spray tu. Nanti bau dia jadi tahan lebih lama!

Ohh ye, tip lain adalah jangan letak perfume kat bawah cahaya matahari, tempat berhaba tinggi termasuklah kat dalam kereta yang panas sebab keadaan camni boleh buat bau dan partikel perfume tersebut berubah. Lagipun, kuantiti perfume pun turut terjejas sebab mengalami pengewapan (evaporation). 

Orang lelaki boleh jek nak pakai perfume orang perempuan sebab bau perfume orang perempuan ni lebih lembut. Kiranya ngamlah dengan bau badan dorang, tapi orang perempuan pulak TAK BOLEH pakai perfume lelaki sebab tak sesuai dengan bau badan kita ni kann orang perempuan. Lagipun, bau perfume lelaki kan lagi kuat. 

Cikla kalau encik suami spray lelebih perfume dia memang boleh jadi pening terus kalau hidu lelama.

Kredit info Grup Telegram PetuaDanKesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. bagus tips nie kak.. cuba kdg2 bila beli perfume.. kita hidu mcm wangi.. org lain pula kata tak berapa wangi hahaha

    ReplyDelete