Dah lama tak tengok Nabila Huda berlakon drama TV kan? Jom tengok drama terbaru slot Akasia, KAMAR KAMARIAH di TV3.

By Cikla Shahril - April 17, 2019

Lamanya cikla tak bersiaran di blog kesayangan cikla ni. Adehh, lately bizi dengan beberapa hal, Sudahnya blog sedikit terabai. Hurmmm.

Siapa peminat pelakon versatile, si Nabila Huda anak penyanyi Rock terkenal Amy Search tu? Rasanya macam dah lama cikla tak nampak si Abil ni berlakon dekat TV kan. 

Maksud cikla, yang latest drama la. Ke cikla yang tak perasan. Ehemm. So, yang paling latest si Abil ni bakal muncul dalam drama terbaru slot Akasia TV3, KAMAR KAMARIAH. Tengok tajuk lain machiam jek, tu yang kena tengok tu nak tau apa yang lain dari yang lain tu.

Cikla tengok gak pelakon lain pun mantap mantap gak macam Fizz Fairus, Tasha Shilla, Syafie Naswip dengan Engku Faridah. Rasanya semua pelakon lama berpegalaman ni. 

Dan mereka pun sebelum ni agak jarang cikla nampak di TV. Kecuali, si Syafie tu rasanya baru tengok drama dia. Tapi, ulangan kot tu, dekat TV2.

Dah lama tak tengok Nabila Huda berlakon drama TV kan? Jom tengok drama terbaru slot Akasia, KAMAR KAMARIAH di TV3.
Pelakon Nabila Huda. Kredit Google.

Ehh, alang alang cite pasal drama ni, meh la cikla nak share sikit sinopsis drama KAMAR KAMARIAH ni. 

Boleh gak kita tau takn camne jalan cite asal dia. So that, takde lah ber ehh ehh plak nanti. Haha.

Sinopsis drama KAMAR KAMARIAH, drama slot Akasia TV3.

Drama mengisahkan seorang bekas GRO yang beri insaf bernama Kamariah (lakonan Nabila Huda). Dia pulang ke pangkuan keluarganya, padahal keluarganya langsung tak tau pekerjaannya sebelum ni. 

Di awal kepulangannya, keluarganya agak terkejut, tapi sebagai anak yang banyak membantu ringankan beban keluarga, keputusan Kamariah diterima dengan baik oleh mereka. 

Ibunya, Kalsom mahu mengahwinkan Kamariah dengan Murad (lakonan Fizz Fairuz), anak kenalan mereka tapi ditentang oleh ayahnya sebab Murad dikenali sebagai pemuda yang liar. 

Walaupun begitu, Kalsom tetap berkeras mengatakan si Murad dah insaf. Rupanya si Murad pura-pura insaf jek. Di awal perkahwinan dorang, dia mengakulah dekat bini dia perangai di camni camtu, dan si Kamariah ni pun terimalah suami tu dengan ikhlas sebab dia pun dulu bukan 'baik' sangat pun kan. 

Dia kawin dengan Kamariah pun sebab nak mengaburi mata kedua orang tuanya, sebab dia nak nampak sebagai anak yang baik di depaan mereka. Tapi, jahat-jahat si Murad tu dia melayan Kamariah dengan baik sebab dia merasakan sejak berkawin hidupnya lebih teratur sampai dia terfikir dan cuci tangan dari kegiatan jahatnya.

Nak dijadikan cerita, satu hari si Murad balik ke rumah dan terdengar tangisan bayi dari dalam rumah mereka. 

Rupanya, si Kamariah telah merahsiakan kehamilan dia selama ni. Memang sebelum ni  ibu dan Murad sendiri pernah menegur tentang badan Kamariah yang sedikit berisi, tapi Kamariah melahirkan anak seorang diri di rumah.

Macam mana si Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baru 6 bulan berkawin? Wah wah wah, suspen ni. Ada kisah yang dia tak tahu ke? 

So, kalau korang nak tau apa kisahnya kenalah tengok kan, start malam ni jam 7 malam. 

Kredit akhbar Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments