Advertisement

Jom alert simptom hipertiroid. Mungkin korang ada salah satunya!

JOM ALERT SIMPTOM HIPERTIROID. MUNGKIN KORANG ADA SALAH SATUNYA! Pesakit tiroid, nampak sihat tapi sakit? Aik? Seketul manusia hipertiroid ni memang badannya memang kurus walaupun banyak makan. Ehh jangan ingat mereka ni 'membela' pulak, kononnya ada makhluk lain share makan dengan dia. Haha, karutlah tu kan. Lepas tu, dia ni jenis tak tahan panas. Maknanya, walaupun dia ni duk dalam bilik ber econ berkipas bagai, tapi masih hot. Kalau dah sokmo hot je, dah tentu kulit dia jadi lembab berpeluh je kan nak nak pulak dekat  area tapak tangan. 

Tang rambut pulak, ayooo memang nipis dan ada yang dah nampak kulit kepala dah. Ada yang sadis madis lagi tu, dah macam nak botak kepala dia. Iyelah, rambut asik gugur jek. Itu belum lagi nak hadap bab shaking jari tangan semua. Pegang barang tak best je rasa. Dah macam orang ada parkinson lak. Adehh. 

Jom alert simptom hipertiroid. Mungkin korang ada salah satunya!
Jom alert simptom hipertiroid. Mungkin korang ada salah satunya! Kredit Google. 

Dengupp jantung plak? Dupp dapp dupp dap berdebar laju je. Dah macam kuda ku lari gagah berani dah. Ehemm, kalo debaran cinta panahan asmara syok gak la kann, ni debaran hipertiroid. Laju banyak tak memasal ke zon merah kang. Aiyok tak tau. 

Kalau nak cite bab emosi pulak, haa ni lagi weng weng. Diaorang ni kadang-kadang tetiba boleh gugup, cepat nak marah, mood swing sokmo, nak tidur pun asyik resah gelisah. Ada sesetengahnya plak kena cherry berry dengan period yang macam mabuk ketum kalau yang perempuannya laa. Kadang datang, kadang tu berbulan tak datang.

Hishh, tengok macam rumit je hidup mereka ni kan. Huhu.

Klimaks kepada kisah manusia hipertiroid ini adalah bila hormon dia terlalu tinggi dan tak terkawal, haaa tolong siap diri hadap episod yang lebih menyeramkan. Confirm mereka ini akan dapat pakej extra tekanan darah tinggi, suhu badan yang tinggi ke langit, pernafasan dengan heart beat laju kalah nafas orang lepas lari pecut berhalangan 400 meter tapau sekali dengan loya, muntah, dehidrasi, keliru dan KOMA. Ye, KOMA! Senang cakap, inilah THYROID STORM namanyaaa.

So, please jangan ambil mudah ye, sebab kes macam ni boleh meragut nyawa. Eh, jangan takut pulak. Kesan tu semua bila hipertiroid tu tak dirawat dan makan ubat pulak ikut mood dia. Tapi, percayalah, hipertiroid ni senang  nak rawat dengan ubat. Syaratnya, kena taat laa makan ubat dan doa bebanyak.

Nak cari orang yang betul-betul faham peel kita si pesakit tiroid? Macam susah je. Hurmm. 

Dapat sesuatu?

Post a Comment

8 Comments

  1. thanks sharing...sebelum ni tau pasal tiroid je..hipertiroid ni kita baru tau

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian berkaitan hipertiroid

    | pendidikan4all |

    ReplyDelete
  3. Hypothyroid dengan hyperthyroid sama ke berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain. Tak sama. Hyper, lebih hormon. Hypo, kurang hormon

      Delete
  4. betul ke, cikla ada dgr dari mana2 doktor tak.. mata yg tersembul kluar tu tak bole reverse balik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata tak boleh jadi normal balik.. Tapi boleh berkurang jika hormon tiroid normal / stabil. Tapi mmg tak sama lah

      Delete
  5. Saya ade hypertiroid...Nasib mak tak ambik hati kalu time marah tu, kekadang memang tak nak jadi macam ni memarah tetiba kekadang rasa diri ni mcm anak derhaka pulak sbb tak boleh kalau marah... Kekadang rasa moody tu mashaallah

    ReplyDelete