Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

By Cikla Shahril - January 28, 2019

Bila tiba musim cuti sekolah, tak kisahlah cuti pendek ke panjang, kebanyakan parents mesti tercari-cari tempat best yang boleh dijadikan tempat menghabiskan masa terluang anak-anak.  Apa yang lagi best, bila pergi ke tempat tu semua aktiviti boleh dibuat. One stop center lah bak kata orang putih. Betul kan? Haaa, kalau korang nak tau ada satu tempat yang mempunyai ciri-ciri yang cikla mention kat atas tu. Nak tau? Apa lagi, kenalah baca sampai habis tau. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kredit Google. 

Semua orang tau kot yang negeri Melaka sangat terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya. Tak kiralah tempat  seperti Kota A Famosa, Bukit Belanda serta tokoh-tokoh sejarah popular seperti Hang Tuah, Parameswara dan sebagainya. 

Sejarah Melaka ini sememangnya amat penting untuk diketahui dan tak hairanlah kan kalau ia dimasukkan dalam silibius mata pelajaran yang diajar di sekolah kini.

Disebabkan oleh kisah sejarahnya yang tersendiri, thats why Melaka ni one of Malaysia tourist places yang terkenal dengan pelancong dari setiap pelusuk dunia. 

Kalau korang ke Melaka, confirm boleh jumpa pelbagai jenis orang yang datang dari negara lain. Sebabnya? Sudah tentu diorang datang sini pasal nak tengok kesan peninggalan sejarah yang still ada.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. 

Mereka yang selalu pergi ke Melaka mesti tau yang Melaka pun ada Theme Park. Apa lagi, tak lain tak bukan, Melaka Wonderland lah nama yang patut korang dengar dan pergi berkunjung ke sana bersama keluarga korang. Kalau korang nak angkut satu kampung' pun boleh aje. Hihi. 

Actually, cikla pernah juga  ke sini sekali masa cuti sekolah tahun lepas kalau tak silaplah. Tapi, cikla pergi yang taman air dia je. Memang best gilaaa. Anak-anak cikla time tu memang excited sangat. Maklumlah, water everywhere. Memang kesukaan budak-budaklah. Fun

Rupa-rupanya, di Melaka Wonderland ni ada satu tasik yang kita boleh naik bot kayuh tu. Pasangan suami isteri yang nak romantika di Tampoi boleh datang sini. Apa salahnya, honeymoon kali kedua kan kan kan. Hehe. 

Selain itu, ada pedal boat dengan tube ride jugak, ala yang kita naik pelampung yang boleh muat 2 orang tu, lepas tu kayuh pakai dayung. Syok kan. Best jugak sekali sekali dapat mendayung. Dengan yang tersayang pulak tu. Sambil-sambil tu boleh bagi makan ikan. Ouchh, so romanticcc mehhh.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Lagipun, aktiviti macam ni boleh jadi salah satu Terapi diri untuk kita jugak. Maklumlah, asyik busy dengan tugas hakiki, sesekali santai rileks diri memang heaven sungguh aihh. 

Bagi mereka yang sukakan haiwan khasnya rabbit, ada section yang kita boleh bagi makan rabbit secara direct. Siap pakej boleh usap-usap si rabbit tu lagi. Best kan? 

Mereka yang suka ride pulak boleh sewa elektrik skuter. Korang sewalah secara berjemaah. Best sikit kan. Ramai-ramai, meriah. Kalau nak lagi best, korang bukak game racing je. Memang havoc. Haha, gurau je. Korang jangan buat betul-betul pulak ye. Cubit kang. Haha. 

Japp, sebenarnya tempat paling siyok gila kalau di Melaka Wonderland ni ialah taman tema air dia. Memang best, sebab cikla kan pernah pergi dulu. Kih kih kih. Dekat sana, memang ada banyak gelungsur yang kita boleh try

Kalau nak rasa pusing-pusing pening kepala boleh try Tornado Chaser. Pusing-pusing kat bowl sampai masuk terowong yang terus ke pool. Dapat bayangkan tak?

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Tornado Chaser. 

Kalau yang ni memang anak-anak cikla have fun sangat. Lagipun, bebudak ni kalau tengok air macam kerasukan. Haha. Berendam sehari suntuk pun tahan lagi tau. Sampai kecut-kecut jari semua. 

Ohh ye, kalau korang nak racing sape sampai dulu dengan gelungsur pun boleh, apa lagi pilihlah Kamikaze racer yang ada 6 lanes. So, sekali naik, 6 orang terus dia tapau. Haha. So, bet aaa. Siapa yang sampai dulu dia kena belanja makan. Kah.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Naik ni, hati-hati tau. Bukan apa, jangan sangkut kat tengah-tengah sudah. Jenuh pulak nak tarik keluar kang. Hehe. Lepas tu ada pulak pool human made yang ada ombak, feel dia sudah tentu macam kita mandi kat laut. Best kan.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Pool yang besar siap ombak lagu. Like a real beach. 

Ehh, korang ingat tak kalau dulu masa korang kecik-kecik bila ombak datang je korang cuba lompat atas ombak tu. Ingat? Haha. 

Kalau korang tak pernah buat, korang patut try buat nanti. Memang sangat adventure tau. Bila sebut pasal adventure, khas untuk bebudak ada satu tempat yang dipanggil Adventure Island. 

Tempat ni memang sangat adventure untuk bebudak. Orang tua jangan berangan pulak nak 'beraksi' kat sini ehh. Malu orang tengok, haha.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Adventure Island. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

So, untuk bebudak kalau ibu bapak nak train imaginasi dan kembangkan minda dorang, I recommend this place. Bak kata orang putih, 'this is is the right place'. Hiksss. 

Yang penting dorang enjoyOh yee, pasal tiket pulak, korang kena beli at least 2 hari sebelum korang nak pergi sana. Tak boleh nak buat apalah, sebab itu memang syarat dorang. 

So, nak tak nak memang kena buat macam tu laaa. Actually, senang je kan?

Kalau korang lapar time tengah syok main air tu, jangan risau. Dekat dalam ni pun  korang boleh beli makanan dan minuman. Macam-macam ada ooo, nasi pun ada, lauk pauk yang sedap dan lain-lain. 

Mengenai keselamatan dekat dalam ni pulak, korang jangan risau sebab management di sini sangat mementingkan safety. Apa yang penting korang patuhi je semua syarat yang dah ditetapkan. InshaAllah, selamat.

Melaka Wonderland ni sebenarnya dekat je dengan bandar Melaka. Adalah kira-kira 15 minit gitulah. Kalau korang datang, keluar dari highway Air Keroh, memang dah dekat sangat dah tu.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Korang boleh gak kalau nak check kat website dorang untuk exact location supaya korang tak tersesat or tak jumpa pula kan. Lebih-lebih lagi yang first time datang. 

Tempat penginapan pun dekat gak dengan Melaka Wonderland ni seperti hotel Permaisuri. Dah nama negeri pelancongan kan, so kalau nak cari hotel tak payah nak risau takde sebab memang banyak gila bersepah. Senang nak jumpa. Siapkan wangnya aje!

So, apa lagi. Jom bawa family korang beriadah dan bersuka ria di Melaka Wonderland cuti sekolah nanti. Memang seronok sangat. Silap-silap haribulan anak korang tak balik oiii. Harulah kalau macam tu. Bertabahlah!


  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Wah.. menarik Melaka Wonderland ini.. Suka anak-anak kalau dibawa kesini..

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau bawak bebudak datang sini kan main air.airah pun suka datang waterpark tapi tak la nak main slide yang scary tu

    ReplyDelete
  3. lama dulu aida dtg, cikla. sebelum izzat dilahirkan :) ha ha ha ha...
    will repeat la nanti. brape kali dah izzat ajak.
    dia lom dtg lagi wonderland ni :)
    ntah da ntah lom siap resort nyer :)

    ReplyDelete
  4. Perghhh menggoda sungguh melaka wonderland ni! Hehhehee

    ReplyDelete
  5. masuk Melaka time public ni memang kena penuh tabah..tapi kalau dah sampai kat dalam ni, memang puas hati

    ReplyDelete
  6. Kat Melaka memang banyak tempat menarik.. Tapi tu la.. Tak sempat nak jelajah semua tempat lagi...

    ReplyDelete
  7. Memang sesuai tuk bawa anak2 ms cuti sekolah tp bgi saya apa kn daya jauh lah pula

    ReplyDelete
  8. tempat yang sesuai nak
    beriadah dengan keluarga ^^

    ReplyDelete