Percutian pendek sudah bermula!

By Cikla Shahril - July 31, 2018

Hari ni cikla sudah pun selamat menjalani rai kali ketiga. Pagi-pagi lagi dah tercongok kat IKN tu. Tunggu turn, boleh tahan lama juga. Alhamdulillah, dah selamat minum pun. Kali ni 10 mci jugak. 

Tadi pun, sebelum minum iodin, jumpa doktor. Doktor cakap bacaan TG cikla untuk RAI lepas pun semakin baik. Dari bacaan 10 untuk rai pertama, alhamdullilah turun ke bacaan 4. Syukur ya Allah!

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google 

Sekarang dah masuk sarang aka bilik pengantin bak kata kawan cikla. Kih kih kih. Mana taknya, makan dihantar. Takde gangguan. Sesekali dilayan seperti Queen, apa salahnya kan. 

Cikla akan menjalani kuarantin sehingga 8 hari sebelum boleh melakukan aktiviti masa biasa. Uiiii, tak sabar meehh.

Percutian pendek sudah bermula!
Percutian pendek sudah bermula! Sumber Google. 

So, InshaAllah Jumaat nanti cikla akan kembali semua ke IKN untuk buat whole body scan pun sebab nak tengok betul ke saki-baki kelenjar tiroid tu sudah clear atau sebaliknya.

Hope a good news soon! Doakan cikla!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments