Jom rawat rabun mata dengan pemakanan.

Cikla seorang yang rabun. Ye betullah tu. Cikla rabun jauh, pakai speck since tingkatan 3. Actually, masa tingkatan 2 dah start rabun. Time tu, dah la duduk meja belakang. Memang tergagau jugaklah nak tengok apa yang cikgu tulis dekat depan. 

Mujur dapat partner yang baik hati. Bagi tengok apa dia tulis. Haha. Oh Mr. Rama, kat mana you sekarang horr. Hihi. Start pakai speck, power speck semakin bertambah. Last power 525 kot. Tapi, alhamdullilah turun pulak. Silau pulak yang naik. Adoiii haii.

Jom rawat rabun mata dengan pemakanan.
Gambar telah diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya selain dari kaedah moden yang boleh merawat rabun ni, kita boleh juga mengamalkan petua-petua yang tentunya releven untuk mengurangkan sekaligus merawat terus masalah rabun mata ni. 

Apa kata kita cuba rawat melalui kaedah pemakanan pulak. Manalah tau serasi kan, alhamdullilah! Jom check satu-satu apakah petuanya itu.

Wap nasi :

Bila korang memasak nasi, halakan mata korang tu ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

Sawi :

Ambil secekak sawi dan rebus bersama 2 gelas air sampai mendidih. Kemudian, tutup api. Sejukkan air rebusan itu pada suhu bilik. Dah sejuk minumlah. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah :

Kalau yang ni petua paling popular. Makan Lobak merah, tak kiralah ia dimakan mentah-mentah atau dibuat jus. Amalkan selalu. 

Kalau korang nak tau, lobak merah kaya dengan Betacaotene iaitu pelopor kepada Vitamin A, di mana ia adalah nutrien yang diperlukan untuk penglihatan, di samping ia juga mengandungi Lycopene iaitu nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein iaitu nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). 

So, sebab itulah kalau korang mengalami masalah penglihatan, memang sangat disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh :

Teh dikatakan mampu mencegah katarak mata kerana ia dapat membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Ada pakar yang menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, keadaan ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang putih dan bawang merah :

Bawang putih dan merah penting dalam pengeluaran Glutation iaitu sejenis sulfur yang bertindak sebagai antioksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut :

Kacang Walnut kaya dengan sumber Omega-3, Vitamin E dan antioksidan. So, nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato :

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan Lutein, di samping ia juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang soya :

Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur :

Kalau korang nak tau, di dalam telur adanya sebatian sulfur, protein dan cysteine yang dapat membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makanlah telur sehari sekali pun dah ok dah untuk penjagaan mata.

Brokoli :

Brokoli bersifat mengaktifkan enzim anti-radang yang ada di dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Kredit grup Telegram Petua Dan Kesihatan.

3 comments:

  1. wahhh selama ni tahu lobak je, tak sangka ada banyak lagi makanan lain yang bantu pulihkan rabun :D

    ReplyDelete
  2. kena amalkan selalu baru ada kesan. sy jarang mkn sayur lepastu heran kenapa tak ada efek huhu

    ReplyDelete
  3. semua makan yang selalu di makan..rabun silau memang adoiii lah, harap ada tips lepas ni pulak hihih

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews