Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi?

By Cikla Shahril - June 22, 2018

Cikla suka jugak dengar lagu popular Haqiem Rusli ni. Apa tu tajuk dia, Tergantung Sepi. Tapi, cikla agak mesti peminat penyanyi remaja ni  macam tak percaya kan bila baca pasal ni. Pasal apa tu?

'Haqiem Rusli nak berhenti menyanyi!' Ehh ehhh, betul ke?

Apa yang cikla baca di sisipan Harian Metro 18 Jun lepas, hal ni tak pasti sama ada benar atau sekadar gimik. Amboi, hal-hal macam ni nak bergimik-gimik bagai dik oii. Marah peminat awak kang. 

Kalau korang nak tau, menerusi akaun Instagram penyanyi tersebut, dia memaklumkan keputusan itu pada awal bulan Julai depan. So, kita tunggu ajelah betul ke tidak kan.

Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi?
Penyanyi Haqiem Rusli berhenti menyanyi? Gambar Kredit Google. 

Apa yang mungkin mengejutkan adalah, Haqiem bakal berhenti menyanyi disebabkan oleh masalah depresi yang dialaminya. Tapi, betul atau tidak pasal hal ni, waallahualam.

Bagi cikla, masalah depresi atau kemurungan ni bahaya tau kalau dibiarkan tanpa dirawat. Ia bukan saja mampu menjadikan diri si pengidap itu berubah 100%, malah apa yang ditakuti ia boleh menjadi 'barah' yang sukar untuk dirawat jika dibiarkan.

Walau apa pun, berbalik kepada kisah Haqiem Rusli tu, apa pun keputusan dia, biarkanlah. Mungkin dia lebih tau apa yang berlaku dan kita sokong ajelah apa yang dia lakukan kan.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Owh.. okaylah tu.. mungkin beliau nak berehat..

    ReplyDelete
  2. wany hasrita tegur jangan doa sangat nanti jadi betul :P

    ReplyDelete
  3. aik? stress sampai stop nyanyi :( hu hu hu

    ReplyDelete