Cerita anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid : Siti Aafiyah nama diberi.

By Cikla Shahril - March 26, 2018

Rasanya satu Malaysia dah tau yang Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan baby girl seberat 3.55 kg melalui kaedah pembedahan. Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun akhirnya memberikan rezeki yang sangat bernilai. 

Siapa yang tak nak anak kan? Semua orang yang berkahwin pasti mahukan anak, zuriat penyambung keturunan.

Kini, genap 7 hari Datuk Seri Siti melahirkan puteri comel pipi merahnya tibalah masanya pulak, pasangan serasi ini menunjukkan wajah dan pengumuman nama puteri sulung mereka sempena dengan majlis maulid nabi, akikah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Siti Aafiyah nama diberi. Sedap nama tu kan. Simple dan tak panjang sangat, senang nak sebut. 

Menurut Siti, nama Siti Aafiyah itu dipilih kerana nama membawa maksud yang baik. Dia memberitahu, dia mula menyimpan hasrat untuk menamakan anaknya nanti dengan nama tersebut semasa dia pergi menunaikan umrah bersama suaminya tahun lepas. 

Lagipun, nama tersebut selalu disebut dalam doa yang membawa maksud yang baik iaitu untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup dan yang paling penting ia mudah diingati.

Jom kita tengok video comel anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, juga dipanggil Fatimah Az-Zahra. (Sumber YouTube CtPeminat1)


Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Insha Allah. Selamat berpantang juga  kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Take care!

Kredit SINI

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Sedap namanya.. maksud pun baik.

    ReplyDelete
  2. Comel betul Aafiyah ni. semoga menjadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  3. comel kan hehe :D Muka iras DK

    Jemput singgah zira singgah sini

    http://azirafreesia.blogspot.my/2018/03/how-to-know-your-skin-types.html

    ReplyDelete
  4. nama anak yg baik dan simple.

    ReplyDelete