Tips kurangkan jerawat melalui pemakanan.

By Cikla Shahril - November 29, 2017

Mungkin sebelum ni kita tak tau pun yang sebenarnya masalah jerawat ni disebabkan oleh corak pemakanan kita. Sejujurnya pun, cikla baru tau. Kalau korang nak tau, masalah ni bergantung kepada macam mana badan kita memberikan reaction pada apa yang kita makan. 

Walaupun, bukan semua orang mengalami masalah ini seperti alahan kepada makanan berkacang dan berminyak, tapi ia tetap ada untuk sesetengah orang. Lagipun, bukan semua orang mempunyai kesan yang sama. Lain orang, lain kesannya. Betul tak?

Menurut Dr. Hasseenah Hassan, seorang pakar jerawat dan jeragat, beliau menekankan bahawa tak ada sebarang makanan yang boleh menyebabkan masalah jerawat pada kulit tapi ia lebih kepada reaction badan kita pada makanan tu sendiri. 

Katanya lagi, jerawat yang timbul adalah disebabkan oleh masalah gula dalam darah, stress yang melampau dan keradangan kulit kronik. 

So, makanan yang diambil mungkin boleh menjadikan keadaan bertambah buruk seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat secara berleluasa. 

Tips kurangkan jerawat melalui pemakanan.

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan jerawat timbul, iaitu;

Makanan yang diproses/ditinkan.

Untuk pengetahuan korang, walau apa pun jenis makanan yang bukan dari sumber yang asli dianggap tak bagus untuk dimakan. 

So, elakkan mengambil makanan ini untuk mengurangkan masalah jerawat pada muka, leher dan bahagian belakang. 

Akan tetapi, ia tak cukup jugak untuk memulihkan masalah jerawat kronik sebab korang kena jugak mendapatkan nasihat pakar, rawatan dan ubat-ubatan.

Makanan berlemak dan bergoreng.

Sebenarnya, makanan sebegini mampu meningkatkan kandubgan glukosa atau gula dalam darag sebab ia dari karbohidrat dan lemak.

Makanan berkafein dan berkarbonat.
Pengambilan makanan sebegini akan menyebabkan hormon penyebab stress dirembeskan oleh kelenjar adrenalin sekaligus ia akan mengganggu tidur korang. 

Macam yang korang tau, dalam minuman berkarbonat jugak mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk tiap-tiap satu tin minuman. Wah, banyaknya! 

Apa yang korang tak tau, kandungan gula yang banyak inilah yang akan menjadikan kulit muka berminyak dan pada yang memang sedia ada jerawat tu, memang bertambah-tambah lagilah masalah.

Makanan dari produk tenusu.

Ada orang yang mungkin mengalami masalah alahan susu sebab di dalam produk tenusu biasanya ia mengandungi lemak dan hormon yang tinggi. So, kena elakkanlah.

Makanan dari karbohidrat yang diproses.

Biasanya, makanan sebegini mengandungi gula yang tinggi di dalamnya.

Untuk mengelakkan dan mengurangkan masalah ni, korang boleh mengambil makanan berikut, iaitu;

  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Ubah cara masakan seharian dengan cara yang lebih sihat seperti memanggang, stim, rebus dan bakar. 
  • Ambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, contohnya susu rendah lemak, roti bijirin penuh, ikan tuja, salad, jus buah termasuklah makanan organik. 
  • Minum air suam/masak yang cukup setiap hari, paling tak pun 2L sehari.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments