Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.

By Cikla Shahril - May 31, 2017

Pada zaman Rasullullah SAW, banyak kisah-kisah tauladan yang boleh jadikan ikhtibar. Antaranya kisah seorang pembaca bersama Ukasyah. Nak tau apa kisahnya?  Jom baca seterusnya.

Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit dalam tempoh yang agak lama sehinggakan sampai satu tahap keadaan baginda sangat lemah. 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid. 

Tak lama kemudian, makan penuhlah masjid dengan para sahabat. Semua sahabat merasa rindu kepada baginda sebab telah agak lama mereka tak mendapat taushiyah dari Rasulullah SAW.

Rasullullah SAW duduk dengan lemah di atas mimbar. Wajahnya nampak punat kerana menahan sakit yang sedang dideritainya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai sahabat-sahabatku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepadamu, bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,

"Benar wahai Rasullullah. Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda,

"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, dan setiap apa yang Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat. Akhirnya, sampailah kepada satu pertanyaan yang menjadikan para sahabat sedih dan terharu. Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah. Dan sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah aku berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut kerana aku tidak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Ketika itu semua sahabat diam dan dalam hati masing-masing berkata,

"Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yang banyak berhutang kepada Rasulullah".


Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba, bangun seorang lelaki yang bernama UKASYAH, seorang sahabat 'bekas preman' sebelum dia masuk Islam. Dia berkata,

"Ya Rasulullah! Aku ingin sampai kan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutangmaka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah SAW berkata, "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita, "Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda. Tapi, jesteru terkena pada dadaku, kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah."

Mendengar itu, Rasulullah SAW berkata, "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama."

Dengan suara yang agak tinggi, Ukasyah berkata, "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah pada Ukasyah.

"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah baginda sedang sakit."

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah. Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah. Kemudian Fatimah bertanya, "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih, "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata, "Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasullullah? Ayahku sedang sakit, kalau mahu pukul, pukullah aku anaknya."

Bilal menjawab, "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua "

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Ukasyah. 

Setelah mengambil cemeti, Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Tiba-tiba, Abu Bakar berdiri untuk menghalangi Ukasyah sambil berkata, "Ukasyah! Kalau kamu hendak memukul, pukullah aku. Aku orang yang pertama beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan. Akulah sahabatnya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak memukul, maka pukullah aku."

Rasulullah SAW berkata, "Duduklah wahai Abu Bakar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah."

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Kemudian, Umur pula berdiri untuk menghalangi Ukasyah sambil berkata, "Ukasyah! Kalau engkau mahu pukul, pukullah aku. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya. Tapi, itu dulu. Sekarang tidak boleh ada seorang pun yang boleh mentalities Rasulullah Muhammad. Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, maka langkahi dulu mayatku."

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW, "Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah."

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, tiba-tiba berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW. Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata, "Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah."

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW, "Duduklah wahai Ali, ini urusan antara aku dgn Ukasyah."

Ukasyah semakin dekat dengan Rasulullah. Tiba-tiba tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Hussain. Mereka berdua me menangis tangan Ukasyah sambil memohon.

"Wahai pakcik, pukullah kami pakcik. Atuk kami sedang sakit. Pukullah kami saja wahai pakcik. Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah. Dengan memukul kami sesungguhnya itu sama dengan menyakiti atuk kami, wahai pakcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai cucu-cucu kesayanganku duduklah kalian. Ini urusan atuk dengan pakcik Ukasyah."

Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata, "Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mahu aku pukul, maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. 

Rasulullah didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi, "Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah"

Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah. Tanpa menunggu lebih lama dan dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya. 

Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah, sedang beberapa batu terikat di perut Rasulullah menandakan Rasulullah sedang menahan lapar. 

Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ukasyah, segeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW, cemeti di tangannya ia buang jauh-jauh, kemudian dia memeluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya sambil menangis semahu-mahunya,  Ukasyah berkata, "Ya Rasulullah, ampuni aku, maafkan aku. Mana ada manusia yang sungguh menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. Seumur hidupku aku bercita-cita untuk  memelukmu kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sungguh aku takut dgn api neraka. Maafkan aku ya Rasulullah."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata, "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kalian ingin melihat ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah."

Semua sahabat menitiskan air mata. Kemudian para sahabat bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Allahu. 

Semoga dengan membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kepada kekasih Allah SWT.

Allahumma sholli 'alaa Muhammad. Allahumma sholli 'alayhi wassalam.

Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua. Aamiin.

Sumber WhatsApp Group.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sungguh..sebaknya...indah dan nikmatnya andai hingga kini Rasulullah SAW masih ada...boleh kita melihat baginda..sedang sudah wafat rasa kasih,,rindu itu boleh terbit..apatah lagi andai dapat melihatnya...Allahu..moga kita bertemu di syurga Ya Rasulullah..

    ReplyDelete