Ailurophobia!

Ailurophobia, bermaksud seseorang yang fobia kepada kucing. Orang yang tak berapa 'gemarkan' kucing *lebih kepada takut dan fobia sebenarnya tapi, kucing gemarkan dia. Kenapa agaknya ya? Mungkin beliau pernah dicakar atau digigit oleh kucing itu?  


Ailurophobia!
Ailurophobia! Image credited to facebook.com. 

Bila bercerita pasal fobia kepada kucing ni, teringat pulak cikla kisah cikla dengan kucing masa cikla kecik-kecik dulu. Memang sejak dari kecik lagi, cikla ni memang 'penakut' kepada kucing. 

Kalau korang tanya kenapa nak takut. Kucing je pun, bukan harimau. Entahlah, cikla takde jawapan untuk itu. 

Sebenarnya, rasa 'takut' tu bukannya totally takut sepenuhnya, tapi lebih kepada 'geli' terutama bila kucing tu gesel-gesel pada kaki. Memang automatik terangkat kakilah dibuatnya. 

Ada satu peristiwa yang cikla memang  tak boleh nak lupakan. Masa tu cikla kecik lagi. Kecik tak kecik jugalah. Masa sekolah rendah. Rumah wan cikla rumah atas. So, biasalah rumah lama, kat bawah rumah tu biasanya diletakkan bangku tempat lepak-lepak. 

Cikla duduklah kat bangku tu sambil pegang ayam goreng. Time tu, ada seekor kucing jantan hitam datang dan nak terkam cikla. Maybe, kucing tu nakkan ayam goreng yang cikla pegang tu. 

Korang boleh bayangkanlah macam mana cikla menjerit punyalah kuat sambil menangis. Terus demam lepas tu. Dashyat betul penangan cik kucing tu. Memang terus fobia lepas tu. Sejak peristiwa tu memang terus 'trauma' bila nampak makhluk Allah yang satu ni.

Cikla tau, kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah SAW. Tapi, sekarang cikla dah boleh atasi sikit rasa fobia tu. 

Lagipun, kat umah cikla pun dah ada 2 ekor kucing pak mertua. Sejak pak mertua sakit, cikla lah yang bela si comot dengan si putih tu. Tapi, duduk luar rumah je lah.

Jangan kecam cikla tau.

8 comments:

  1. Hi ucing singgah sini.(>.<)

    ReplyDelete
  2. Bertentangan sangat dengan Mrs. A nih! cos I'm catlover

    ReplyDelete
  3. sebenar nya blog blog gni di bayr gak emba

    ReplyDelete
  4. kalo kittens Fae takut sikit sebab cara kittens bermain ngan kite 'ganas' sikit hahaha

    ReplyDelete
  5. Aminnn... Pelan2 moga dapat ilangkan fobia tuh... Lama kelamaan jaga 2 ekor tuh mungkin akan terbiasa..

    ReplyDelete
  6. Tetiba tertarik nak baca pasal fobia dengan kucing sbb kak ct ok je dgn kucing, cuma tak tahan dgn libasan ekor kucing. Geli.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews