7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda.

By Cikla Shahril - December 20, 2016

Baby Zara pun 4 bulan. Ada lagi 2 bulan lagi dah masuk 6 bulan dah. Biasalah kan, kebanyakan ibu ibu mesti dah mula fikir nak bagi baby makan apa kan. Kalau nak senang, bagi makan nestum je kot. Ready made kot. Easy

Untuk anak anak cikla lah *anak orang lain cikla tak taulah, dulu masa kakak dengan abang dia untuk permulaannya pun cikla bagi nestum je. Itu pun untuk beberapa ketika je. Lepas tu, cikla bagi makan bubur nasi letak isi ayam dan sayur. Lepas tu, cikla blender sebab nak kasi halus sikit. Kecik lagi kan. Lagipun, baby kan bukan pandai nak kunyah. Masuk mulut, telan terus. Cikla ingat untuk baby Zara ni, cikla nak try kasi dia lain sikit dari kakak dengan abang dia. 

7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda.
7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda. Kredit Google. 

Sebenarnya, ada beberapa jenis makanan terbaik yang boleh menjadi makanan pertama untuk baby kita, iaitu;
  1. Bijirin; sebenarnya bijirin sangat disyorkan oleh doktor sebab ia mengandungi zat besi. Ia baik untuk baby sebab ia akan membantu proses penyahtinjaan baby kita menjadi lancar. So, nanti baby kita takdelah sembelit kan. Sedangkan kita yang 'tua' ni kalau kena sembelit 'ya ampun' seksa je rasanya. Ini kan pulak baby yang masih kecil. Caranya mudah je, just campurkan bijirin (yang dah dikisar halus) dengan beberapa sudu kecil susu ibu, air atau susu formula sebelum diberikan kepada baby kita. 
  2. Buah buahan; cikla rasa ni yang paling popular kot. Buah buahan yang dijadikan puri. Banyak buah yang sesuai yang boleh kita bagi pada baby kita, contohnya pear, prun, pic dan pisang. Apa yang penting, pastikan buah buahan itu cukup masak dan dicuci sebersihnya sebelum diberikan kepada baby kita. 
  3. Sayur sayuran; ia dikatakan pilihan terbaik untuk baby kita. Jangan lupa cuci, kupas dan masak sayuran sampai lembut. Tapi, ibu kena ingat jangan bagi baby kita makanan dalam tin sebab ia sememangnya tak bagus dan mengandungi garam tambahan. Bagi cikla yang paling bagus adalah kentang yang direbus dan dijadikan puri. 
  4. Jus; beri baby kita hanya sedikit jus tanpa gula. Tapi, hanya sekali sekala aje tau. 
  5. Daging; tak kiralah daging ayam, atau ikan. Ia juga sesuai untuk baby kita. Tapi, ingat kalau nak bagi ikan tu kena pastikan tulangnya diasingkan terlebih dahulu. Nanti kalau dah tercekik susah pulak. 
  6. Bijirin penuh; bijirin penuh juga bagus untuk 'membiasakan' mulut baby dengan tekstur makanan. Kepelbagaian tekstur yang berlainan membantu baby kita belajar menggunakan mulut dan lidahnya. 
  7. Makanan baby readymade; cikla rasa ni pun popular jugak. Terutama untuk ibu ibu yang sibuk berkerja kan. Beli, bancuh, then bagi baby makan. Easy! Tapi, ada beberapa perkara yang kita kena pastikan betul betul sebelum bagi kata baby, iaitu pastikan tarikh makanan itu tak tamat tempoh. Nanti kalau 'terbagi' makanan yang dah expired takut baby keracunan makanan pulak. Selain itu, kalau boleh elakkan dari memberi baby makanan yang mengandungi perisa dan pewarna makanan, di samping elakkan dari membeli makanan baby yang peknya dah koyak dan terbuka atau bocor.

Semoga perkongsian ni boleh menjadi panduan untuk ibu ibu yang tak tau macam mana nak introduce makanan pada si kecil kita. 

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Jadi nota untuk masa akan datang ni :)

    ReplyDelete
  2. Bby Alya dah start mkn kemarin, mula dgn bubur nasi dlu tp insyallah bole pelbagaikn menu dgn tips ni.. trima kasih =)

    ReplyDelete
  3. Entri yang berguna untuk bakal2 ibu dan yang sedang berbaby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. semoga memberi manfaat kepada semua..

      Delete
  4. thks shring..note untuk masa depan..hahahahah

    ReplyDelete