Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.

By Cikla Shahril - June 18, 2016

Jantung merupakan 'enjin' dalam badan kita yang menggerakkan organ lain supaya berfungsi dengan elok. Jom kita baca ni, sebagai langkah berjaga-jaga. Paling tak pun, boleh jadi sebagai pengetahuan kita.  At least, kita dah tau kan.

Kalau korang merasa lelah atau penat walaupun korang dalam keadaan rehat dan buat aktiviti berat pun, haaa jaga jaga. Itu satu signal! Ini menandakan jantung korang 'tak berapa nak sihat'. 

Tak salah buat pemeriksaan awal, so that kalau ada apa apa senang. Ehh, tak buat aktiviti lasak pun boleh berpeluh? Pelik ni.  So, berwaspadalah sebab serangan jantung boleh berlaku bila-bila masa je.

Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.
Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung. Kredit Google. 

Makan takde selera, walaupun korang tak amalkan diet pun. Ini disebabkan oleh cairan yang terkumpul dalam perut. Perut akan rasa penuh, mual dan takde selera nak makan. Kalau korang rasa pedih ulu hati dan termuntah, itu pun signal jugak. Pergilah buat pemeriksaan. Ok!

Selalu rasa pening dan kadang-kadang rasa nak pitam. Ini sebenarnya tanda ada gangguan pada 'irama' jantung. So, amalkan gaya hidup sihat dan rajin-rajinlah bersenam sebab ia dapat kembalikan kekuatan jantung kita. 

Kalau kita alami bengkak pada anggota badan (edema), ini adalah kerana retensi atau cairan yang tertahan dalam badan, yang biasanya berlaku pada anggota badan yang agak jauh dari jantung seperti kaki atau tangan. Kalau korang alami keadaan macam ni, cepat-cepat pergi jumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan.

Korang selalu berdengkur. Ini berkaitan dengan sleep apnea iaitu nafas berhenti semasa tidur. Bahaya kan? Kalau korang nak tau, sleep apnea ni boleh meningkatkan risiko heart attack 3 kali ganda dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.  

Kaitan antara sakit gigi dan gusi dengan kesihatan jantung adalah bila korang alami periodontal, bakteria akan tersebar melalui pembuluh darah menuju ke organ lain termasuklah jantung. Batuk dengan rasa macam susah untuk bernafas, disebabkan adanya cairan dalam lungs korang. Cairan wujud sebab jantung tak mampu nak pam darah secara normal sampai darah berkumpul dalam peparu.

Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.
Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung. Kredit Google. 

Kalau yang dah berkahwin, korang dingin dalam hubungan intim dengan pasangan. Korang merasa cemas dan berdebar-debar yang melampau, padahal pada perkara yang tak sepatutnya. So, kalau boleh elak rasa berdebar debar demi menjaga jantung korang sentiasa sihat. Ok! 

Kadang-kadang perkara yang kita rasa macam biasa je tu sebenarnya adalah satu 'petanda' kepada penyakit yang kita hadapi tapi kita tak tau. So, sentiasa alert dan amalkan gaya hidup sihat. Sayangi jantung anda!

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Good info kesihatan kak. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info ni.. kena berjaga-jaga la lepas ini ya..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum CikLa..in sya Allah dengan tips ini kita boleh berjaga-jaga sebagai usaha untuk mencegahnya :)

    ReplyDelete