Dengkuran tanda berpenyakit?

By Cikla Shahril - April 26, 2016

Kita memang biasa dengar orang tidur berdengkur kan? Biasanya lelakilah kuat berdengkur. Hehe. Ye ke? Jangan marah naaaa cik abang cik abang semua. 

Lagipun, ada kajian mengatakan 60% masalah dengkuran berlaku pada lelaki, dan 40% pula berlaku pada wanita.

Dengkuran adalah bunyi yang terhasil bila saluran pernafasan tersekat atau terhalang masa tidur. 

Kalau korang nak tau, masa kita tidur otot pada lelangit lembut, lidah dan kerongkong akan berehat. Kalau tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran inilah yang halang dan menyempitkan laluan udara. 

So, keadaan ini akan menyebabkan tekanan dalam kerongkong tinggi, dan bila tekanan semakin tinggi, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong maka terjadilah dengkuran.

Mulut secara automatik akan terbuka untuk membolehkan udara lebih banyak masuk. Masalah dengkuran ni lebih banyak berlaku pada orang gemuk sebab adanya banyak tisu lemak pada saluran pernafasan.

Kanak-kanak pun boleh alami dengkur tapi biasanya ia disebabkan oleh masalah tonsil atau adenoid *pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung. Untuk mengatasinya adalah dengan membuang tonsil yang bengkak itu.

So, ada faktor lain ke yang menyebabkan dengkuran berlaku?

Memang ada, iaitu;

  1. Bentuk mulut samada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar dan tonsil bersaiz besar. Ini semua boleh halang saluran udara.
  2. Kegemukan juga akan menyebabkan saiz empat bahagian bertambah. Akibatnya dengkuran bertambah teruk.
  3. Terlalu letih dan minum banyak minuman keras sebelum tidur.
  4. Masalah saluran pernafasan dan masalah apnea tidur.

Seseorang yang alami apnea tidur bila pernafasannya terhenti seketika masa dia tidur. Dengkuran yang kuat jugak terhenti seketika *biasanya lebih kurang 10 saat. 

Pernafasan yang terhenti ni akan menyebabkan kekurangan oksigen dan karbon dioksida berlebihan, so orang itu akan terjaga diikuti dengan dengkuran kuat.

Ia dikenali dengan nama apnea tidur obstruktif (OSA) dan ia biasanya ada rentak rentak tertentu.

Namun, dengkuran bukanlah penyakit tapi ia dikelaskan sebagai masalah perubatan, terutama kepada orang yang alami apnea tidur sebab ia mungkin boleh sebabkan strok atau tekanan darah tinggi. Tapi, rasanya ramai yang anggap ia bukanlah satu masalah.

Antara gejala biasa akibat dengkur adalah letih, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan stress.

Kalau orang itu alami OSA, bila pernafasan terhenti, badan akan kekurangan oksigen, dan ini akan beri tekanan pada jantung untuk berfungsi dengan cekap. 

Kalau lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah jadi lebih tingi dan ini boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.

Ada kajian mengatakan orang yang berdengkur kuat berisiko 34% untuk alami serangan jantung dan 67% strok.

Wahh, takutnya kan.

Apa gejala APNEA TIDUR?

  1. Rasa sangat mengantuk pada siang hari.
  2. Dengkuran terganggu.
  3. Insiden tercekik di tengah malam. *masa tidur sebab tak cukup oksigen dalam badan.
  4. Tidur tak lena dan kerap kencing malam *nokturia.
  5. Tak boleh tumpukan perhatian dan alami masalah daya ingatan.
  6. Alami kemurungan, mudah terganggu dan keinginan seksual menurun.
  7. Mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan sebab mereka asyik terjaga akibat dengkuran kuat.

Dengkuran tanda berpenyakit?
Dengkuran tanda berpenyakit? Image credited to http://www.drwiitala.com/

Ada rawatan ke nak atasi dengkuran ni? Jangan risau, mestilh ada. Jom kita baca.

  1. Ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan *kalau terlalu gemuk
  2. Elak minum minuman keras dan mengandungi kafein serta jangan merokok sebelum tidur. 
  3. Ubah posisi tidur. 
  4. Jangan bersenam sebelum tidur sebab ia akan menjadikan kita berasa lebih segar dan susah nak tidur. 
  5. Elak dari kita 'terhutang tidur' seperti menonton tv sampai larut malam, layari internet. 
  6. Sentiasa menitikberatkan kebersihan kawasan tempat tidur dan dalam keadaan menenangkan. 
  7. Guna pelekap khas pada hidung yang boleh membantu membuka saluran pernafasan jadi lebih besar dan gunakan semburan hidung. 
  8. Jangan ambil pil tidur walaupun kita mempunyai masalah tidur, sebab pil tidur akan menjadikan otot anak tekak jadi lebih rehat dan kesannya, dengkuran bertambah kuat.

Kadang-kadang perkara yang kita nampak remeh dan biasa tu sebenarnya beri kesan yang serius, so jangan pandang ringan tau.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Terganggu kalau tidur dan dengar orang berdengkur. Tapi tak selalu. Mungkin masa penat saja kan..

    ReplyDelete
  2. roommate kak ana pun berdengkur gak, kalis dah hihi :)

    ReplyDelete