Cekodok pisang bercoklat.

Duduk lepak petang-petang macam ni best kan. Nak-nak pekena cekodok pisang dengan kopi O panas. Wah, indahnya dunia hahaha. Ermmm, dah lama cikla tak share resepi kan? So, cikla nak share satu resepi 'pencuci mulut' untuk minum petang. Mana tau kot-kot perkongsian cikla ni bagi idea korang nak buat menu apa kan? Dah-dah, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan:

1 sikat pisang masak. (Pisang yang sesuai untuk dibuat kuih tau, contohnya pisang masam, pisang abu dan sebagainya. Tapi, pastikan pisang tu masak. Lagi ranum lagi bagus.)
1-2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan serbuk koko/milo.
3-4 sudu besar gula.
1 camca kecil serbuk bikarbonat.
Minyak untuk menggoreng.

Caranya pulak.

Cikla mention satu-persatu,  ok.
  1. Kupas dan buang kulitnya. Lepas tu, lenyek pisang sampai semuanya lumat.
  2. Masukkan tepung, serbuk koko gula dan serbuk bikarbonat. Gaul rata bahan-bahan tadi. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Bila panas, bentukkan adunan tadi sederhana besar, guna tangan je senang. Buat dan ulang cara yang sama sampai aduan habis. 
  4. Goreng sampai kekuningan atau kecoklatan, angkat dan toskan minyaknya. Kemudian, bolehlah dihidang.

Inilah hasilnya. Taraaaa.

Cekodok pisang bercoklat.
Cekodok pisang bercoklat.

Nampak sedap kan? Selamat mencuba.

14 comments:

  1. wah... idea br tuk akak ni... kt umah da koko tak tau nak perabih buat apa... hehe nice idea sis... thnks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcme... Wah... try lah... nanti boleh share pulak kt blog apa hasilnya... hehe..

      Delete
  2. Masa nak makan macam senang je. Cuba kalau kene macam aku yang jarang-jarang ke dapur ni ahahha XD jadi sebiji pun dah bersyukur XD

    ReplyDelete
  3. boleh try laa lepas, thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. Boleh la try pas ni. Hehe. Tq. :-)

    ReplyDelete
  5. hamboi!!! 1st time dengar ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kdg2 yg tak pernah dgr ni kita kena cuba... betul tak?? Peace.. ^_^

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews