Resepi sambal ikan siakap.

By Cikla Shahril - September 08, 2015

Wah, pagi-pagi dah share resepi. Iyelah, kot-kot dapat bagi idea kat korang nak masak apa tengah hari ni. Oklah, resepi yang cikla share ni semestinya ringkas dan pasti sedap punya. Sebelum tu, jom kita tengok apakah bahan-bahannya.

Resepi sambal ikan siakap.
Resepi sambal ikan siakap.
Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap (potong 3).
1/2 biji bawang holland (hiris bulat).
1 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris).
5 sudu besar cili giling.
1/2 cawan air asam jawa.
Garam, gula dan perasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara:

Siang ikan siakap dan rendam dalam limau nipis dan garam untuk hilang bau hanyir ikan. Perap ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit seketika. Kemudian, goreng ikan sampai kekuningan, angkat dan ketepikan. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan masukkan cili giling. Kacau dan tumis sampai cili garing dan masak. 

Selepas itu, masukkan air asam jawa dan biarkan sekejap sampai menggelegak, masukkan pula garam, gula dan perasa. Setelah itu, masukkan ikan dan kacau rata. Biarkan seketika, dan bolehlah dihidangkan. Kalau makan dengan nasi putih panas-panas, pastu letak kicap dengan ulam petai, perghhh sedap tak ingat. Mau bertambah-tambah nasi. Hehe. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments