Resepi kek oren mudah.

By Cikla Shahril - September 20, 2016

Orang cakap kalau nak belajar yang susah-susah bermula dari yang simple. Betul ke hipotesis cikla ni. Hihi. Apa kata kita cuba pulak resepi kek oren yang mudah dan tentunya sedap ni. Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan bahan yang diperlukan :

3 cawan tepung kek.
2 cawan marjerin.
1 cawan gula aising.
8 biji telur.
1 sudu kecil esen vanilla.
2 biji buah Oren. (parut kulitnya dan buahnya diperah untuk ambil jusnya).

Resepi kek oren mudah.
Resepi kek oren mudah.

Cara membuatnya :

Putar marjerin dengan gula sampai kembang dengan kelajuan maksimum. Bila dah kembang, perlahan sikit kelajuan mixer dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Dah nampak kembang, masukkan esen vanilla, kulit oren yang diparut dan jus oren ke dalam. Putar sekejap.

Selepas tu, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Jangan masuk sekali harung, kang tak pasal pasal putih satu dapur kang. Hihi. Jangan lupa perlahankan sikit mixer tu. Gaul tepung perlahan-lahan menggunakan senduk or alat alat yang sesuai. Sementara tu, sapukan loyang dengan sedikit marjerin untuk elakkan kek melekat nanti. Lepas tu, masukkan adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 40-60 minit.

Senang je kan? Keknya memang lembut, terasa kulit oren tu bila kita gigit kek. Macam letak badam pulak. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. wah simlple je..barang nak buat pun senang je apa yang ada dalam dapur..tq for sharing

    ReplyDelete
  2. tak pandai nak buat kek..selalu jadi bantat,tgn seni sungguh
    hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe...bak kata org practice make perfect kan...hihi

      Delete
  3. simple dan mudah
    boleh la try nti..
    sedpanya bau oren n rasa oren tu, kan !

    ReplyDelete
  4. Nak buat jugakla tapi sapa yang nak makan yea...? hehehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe....boleh simpan simpan buat kudap kudap...hihi

      Delete
  5. boleh try. nice info cikla :) nyempat buat kek dalam pantang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. bkn cikla buat ni. Mak buat. cikla share resepi je ni.... selamat mencuba....

      Delete
  6. Nampak gebus aje kek tu.
    Tentu sedap.

    ReplyDelete
  7. hipotesis diterima.Basic kena ada.haha..x rajin la nk buat >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... jgn bagi alasan x reti dh lah kan. Janji kena rajin belajar...

      Delete