Bahaya tekanan emosi terhadap pesakit Hipertiroidisme?

Hipertiroidisme atau tiroid yang terlalu aktif merupakan satu keadaan di mana kelenjar tiroid menghasilkan hormon secara berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai gejala seperti jantung berdegup laju, rasa cemas yang berpanjangan, penurunan berat badan secara tiba-tiba, berpeluh tanpa sebab dan keletihan melampau. 

Namun, apa yang selalu tak diberi perhatian adalah bagaimana tekanan emosi atau stress yang melampau boleh memburukkan lagi keadaan pesakit hipertiroidisme.

Bahaya tekanan emosi terhadap pesakit Hipertiroidisme?

Stress dan hipertiroidisme mempunyai hubungan yang rapat. Bila seseorang berada dalam keadaan tekanan yang tinggi, tubuh akan mengeluarkan hormon seperti kortisol dan adrenalin. Hormon-hormon ini akan merangsang sistem saraf simpatetik iaitu sistem yang membuatkan jantung berdegup lebih cepat, pernafasan menjadi laju dan suhu badan meningkat. 

Kesemua perubahan ini secara tak langsung menambah beban kepada tubuh yang sedia ada dalam keadaan tak seimbang akibat hipertiroidisme. Akibatnya, pesakit boleh mengalami gejala yang lebih teruk, termasuk rasa cemas yang tak terkawal, serangan panik dan degupan jantung yang tak menentu.

Lebih membimbangkan, stress yang berlebihan juga boleh mencetuskan satu keadaan kecemasan yang dipanggil "thyroid storm". Ini adalah komplikasi hipertiroidisme yang jarang berlaku tapi sangat bahaya. 

Ia berlaku bila tahap hormon tiroid meningkat secara mendadak dan menyebabkan gejala menjadi lebih teruk daripada biasa. Pesakit yang mengalami thyroid storm boleh mengalami demam tinggi, jantung berdegup sangat laju, kekeliruan mental dan dalam kes yang paling serius koma atau kematian. Keadaan ini memerlukan rawatan segera di hospital sebabia boleh mengancam nyawa dalam masa yang singkat.

Bukan itu sahaja, tekanan emosi jugak boleh menjejaskan keberkesanan rawatan. Pesakit mungkin menjadi murung, cepat marah atau hilang motivasi untuk mengambil ubat seperti yang diarahkan. 

Ada jugak yang mengalami gangguan tidur, kurang selera makan, lebih suka menyendiri yang ini semuanya boleh menyukarkan proses pemulihan. Lebih lama seseorang berada dalam keadaan stress tanpa pengurusan yang betul, lebih tinggi risiko komplikasi yang bakal dihadapi.

Menyedari bahaya ini, adalah amat penting bagi pesakit hipertiroidisme untuk memberi perhatian kepada kesihatan mental dan emosi mereka. Teknik pengurusan stress seperti meditasi, senaman ringan, pernafasan dalam dan mendapatkan tidur yang mencukupi amat digalakkan. 

Pesakit juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan atau kaunselor profesional sekiranya perlu. Rawatan perubatan je tak cukup tanpa penjagaan emosi yang rapi.

Kesimpulannya, tekanan emosi bukan sekadar isu sampingan dalam pengurusan hipertiroidisme. Ia boleh menjadi pencetus kepada kemerosotan kesihatan yang serius. 

Oleh itu, setiap pesakit perlu mengambil serius akan kesan stress terhadap penyakit ini dan mula mengambil langkah untuk menjaga kesihatan menyeluruh, fizikal dan mental agar dapat menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan berkualiti.

2 comments:

  1. Wow, info yang sangat berguna! Memang betul, kadang-kadang kita terlalu fokus pada simptom fizikal tanpa sedar tekanan emosi juga boleh jadi pencetus masalah lebih serius. Terima kasih sebab ingatkan tentang pentingnya keseimbangan emosi dalam menguruskan hipertiroidisme. https://izzatsabyan.com/ubat-gout-yang-paling-berkesan/ Semoga ramai yang dapat manfaat dari perkongsian ni

    ReplyDelete
  2. Ga main2 efek nya yaaa. Bahkan bisa sampai kematian 😱. Memang lah kita harus paham dengan tubuh sendiri. Jika ada sesuatu yg kita rasa lain, bagus segera ke dokter. Jadi bisa di cek. Termasuk ambil nasihat dari pakar

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews