Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.

By Cikla Shahril - September 22, 2018

Hidangan yang berasaskan daging sememangnya membuka selera kalau kena dengan gaya masaknya. Cikla agak, kalau daging menu yang biasa kita dengar orang masak adalah kari atau rendang. Selain itu, masakan dendeng. Memang popular. Tapi, ada satu lagi jenis masakan yang korang boleh cuba dan memang sedap. Lagipun senang je nak masak. Dengan bahan yang minima dah jadi dah masakan yang enak sih! 

Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.
Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. 

Jom kita tengok bahan-bahannya dulu. 

1-2 kilo daging lembu. 
1 labu bawang merah (dikisar). 
6 ulas bawang putih (dikisar). 
1/2 inci halia (dikisar). 
4 sudu besar lada hitam (dikisar). 
2-3 sudu besar kicap manis. 
1 sudu besar sos tiram. 
1 labu bawang Holland (potong bulat).
Garam dan minyak untuk menumis.

Cara nak buat pula:
  1. Daging dipotong kecil dan nipis, kemudian dibersihkan. Selepas itu, rebus daging sampai empuk. 
  2. Bila dah empuk, asingkan air rebusan daging tu dan toskan daging. Dalam bekas yang sesuai, perap daging yang telah direbus dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng daging yang telah diperap. Jangan garing sangat. Bila dah siap goreng semua daging, luakkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  4. Setelah itu, masukkan kicap dan sos tiram dan tumis sekejap. Selepas itu masukkan daging dan sedikit air rebusan daging. Gaul sehingga rata. 
  5. Kemudian, taburkan garam dan perasa jika perlu. Sesuaikan rasa. Last sekali, masukkan bawang Holland yang telah dipotong bulat dan Gail sekejap. 
  6. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. 


Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera.
Daging masak lada hitam, hidangan sedap pembuka selera. 

Korang boleh juga kalau nak buat berkuah sikit, tapi cikla lagi suka kering. Kebetulan cikla masak menu ni masa mak, abah dengan adik-beradik cikla datang ke rumah cikla, mereka cakap sedap. Hehe. Syukurlah, mereka suka. Menu campak-campak je ni. Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sedapnya. simple. lepas ni boleh try masak macam ni. kaella bab daging selalu masak arab je

    ReplyDelete
  2. Hari ini pegi kenduri kahwin, menu lauk mereka pun daging masak lada hitam.
    Sedap juga.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya daging! Resepi pun simple. Tq share 😊

    ReplyDelete