Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila!

By Cikla Shahril - August 15, 2018

Kisah sebenarnya kisah throwback je. Since rasa macam agak jarang up entri yang agak banyak sehari, cikla share ajelah story ni. Mungkin boleh memberi inspirasi kepada mereka yang memerlukan. Cewaahh, ayat bukan main naaaa. Sebenarnya ini kali pertama cikla makan roti mil penuh. Rasanya not bad. Sebelum ni cikla biasanya makan yang roti putih tu especially brand Gardenia. So, lepas ni bolehlah tukar ke roti ni sebab memang sedap dan lebih menyihatkan.

Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila!
Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila! 

Inti sandiwich tu sebenarnya ikut suka hati je nak letak apa. Disebabkan pada hari kejadian cikla masak sambal ikan dengan tomato ceri untuk menu lunch, so isi ikan sambal itulah yang cikla sambar untuk diletakkan dalam roti ni.

Senang je nak buat. Isi sambal ikan tu cikla hancurkan dan tomato ceri tu di belah dua. Untuk menyedapkan lagi sandiwch ni cikla tambah beberapa hirisan timun jepun dan 2 keping cheese. Kalau korang nak letak salad pun lagi marvelous! Kenapa letak cheese pulak ye?

Actually, saja je cikla ubahsuai cara sendiri nak bagi sedap sandwich ni. Tapi, ada kisah juga di sebalik ni semua tau. Nak dijadikan cerita, hujung jari cikla iaitu ibu jari dan jari telunjuk rasa kebas-kebas manja sejak kebelakangan ni. Untuk pengetahuan korang, bagi pesakit hipotiroid yang dah tak kelenjar tiroid ni, keadaan ini boleh dikatakan perkara biasa sebab itu adalah salah satu tanda kekurangan kalsium. 

Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila!
Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila! 

So, selain dari minum susu sebagai inisiatif merawat kebas mungkin dari masalah kalsium, cikla cuba juga dengan cheese. Walaupun, rasa kebas dah kurang, on off bak kata orang putih, tapi tak salah nak mencuba kan! Lagipun, nak makan cheese semata dengan roti macam tak best pulak rasanya kan. So, kita bagai-bagaikan ia nak bagi sedap.

Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila!
Sandiwch roti mil penuh dengan isi sambal ikan dan cheese yang sedap gila! 

So, dekat atas itulah hasilnya, dan ternyata sandiwch ni sedap gila dan sangat mengenyangkan!

  • Share:

You Might Also Like

13 Comments

  1. sedapnya!!! terus rasa nakpi buat skrg huaaa tapi bahan pulak takdok :{

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Takpe. Esok cari bahan boleh buat..

      Delete
  2. bila gambar tu dah terlukis lapar di perut.. memang merecik la sandwich dia

    ReplyDelete
  3. sekarang ni memang suka sangat makan cheese kalau buat sandwich hihi sedap betul tengok gambar, terus rasa lapar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Makan dua keping pun dah kenyang... Yum yum...

      Delete
  4. Replies
    1. Yummy... Mmg sedap. Bolehlah cuba nanti.

      Delete
  5. wahhhh berselera tengok sandwichnya :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  6. kalau buat sandwich macam gini memang suka letak inti banyak-banyak..baru puas hati makan

    ReplyDelete