5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!

By Cikla Shahril - July 31, 2018

Lately, cikla asyik cerita pasal rai dengan menu LID. Betul tak? Haha, maklumlah mood berRAI belum berakhir lagi. Haruslah kan. So, kali ni cikla nak share dengan korang tempat percutian pula. Yeayyy. 

Kedengaran macam best kan. Cikla pun tengah bercuti juga ni, tapi percutian dalam sarang. Haha. 

Cikla agak, selain dari percutian di pulau dan pantai, kebanyakan orang suka meluangkan masa bersama keluarga di kawasan air terjun. Betul tak?

Air terjun dan hutan lipur juga menjadi salah satu dari daya tarikan pelancong tak kiralah dari dalam atau luar negara. Memang best tau. 

Selain kita dapat menikmati kecantikan alam semulajadi, kita juga dapat merehatkan minda dari kebisingan dan hiruk-pikuk kat bandar tu. Yang kita dengar, bunyi kelicap cap cap dan burung je. Aduhh, syoknya! 

Pada yang suka jungle tracking bolehlah berjungle tracking juga! Cikla sendiri pun dah lama tak pergi mandi air terjun. Berkurun kot since 'askar' dah bertambah ahli ni, lagilah! Haha!

Cikla orang Selangor. Tapi, sejujurnya cikla sendiri tak tau yang di negeri Selangor ni memang banyak kawasan air terjun yang menarik yang boleh kita kunjungi. 

Haha, teruk betullah! *tutup muka menyorok belakang pokok! Korang nak tau tak mana air terjun menarik kat Selangor ni? Jom baca sampai habis kalau nak tau.

Air terjun Sg. Chilling, Hulu Selangor.

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Lokasi air terjun ini terletak kira-kira 13 km dari Kuala Kubu Bahru dan sekitar 70 km dari bandaraya Kuala Lumpur. 

Untuk pengetahuan korang, Sg. Chilling adalah dibawah seliaan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan terletak di laluan perjalanan dari Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser.

Air terjun Kemensah, Hulu Klang. 

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google.

Air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Batu Asah dan lokasinya adalah terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor. 

Kawasan ini amat sesuai dijadikan tempat beriadah untuk seisi keluarga sebab korang boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuklah camping, barbeku, dan juga aktiviti lasak seperti ATV Adventure All Terrain Vehicles. Selain itu, perkhidmatan chalet pun ada disediakan juga.

Air Terjun Kanching, sempadan Rawang dan Kuala Lumpur. 

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google.

Cikla rasa air terjun ni yang paling popular kot. Cikla pun pernah juga datang ke sini dulu, kalau tak salahlah. Best tempat ni. 

Kalau korang nak buat family day ke, gathering ke, memang sesuailah kalau nak buat kat sini sebab di sini ada kawasan lapang yang memudahkan korang melakukan aktivit-aktiviti termasuklah sukaneka. Luas tak luas kan. 

Pada yang suka jungle tracking pulak, boleh je korang berjalan menyusuri denai sambil-sambil tu korang boleh menikmati kehijauan di sekitar air terjun. 

Pendek kata, macam-macamlah yang korang boleh buat bila ke sini bukan setakat bermandi-manda saja.

Air Terjun Sungai Tekala, Selangor.

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Cikla pernah dengar mengenai air terjun ni. Lokasinya adalah, ia terletak kira-kira 10 hingga 20 minit jarak perjalanan antara batu 14 Hulu Langat. 

Memang ramai yang suka datang ke sini. Buktinya, setiap bulan hampir 9000 orang pengunjung yang datang ke sini. Wah!

Hutan Lipur Sg. Sendat, Ulu Yam.

5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor!
5 lokasi air terjun paling best yang korang mesti kunjungi bila datang ke Selangor! Sumber Google. 

Kalau yang ni cikla first time dengar. Lokasi tempat ni terletak di Jalan Ulu Yam nak ke Batang Kali. 

Kalau korang dari Kuala Lumpur makan masa sejam 20 minit jugalah nak sampai sini. Air terjun Sg. Sendat dikatakan mempunyai 3 tingkat yang mana tingkat pertama kolamnya agak luas dengan kedalamannya yang sesuai untuk korang bermandi-manda. 

Manakala, tingkat kedua pula, kolamnya lebih cetek dan tak sesuai kalau korang nak swimming, di samping kolam di tingkat tiga pula tak begitu luas tapi sesuai untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti swim dan terjun tiruk. 

Korang jangan tanya terjun tiruk tu apa, kena tanya yang pakar ye. Tapi, kalau nyamuk tiruk tu cikla taulah. Haha! 

So, kalau korang berhajat untuk berjalan-jalan dan bercuti di air terjun, apa kata korang berkunjung ke salah satu air terjun yang cikla share ni, lebih-lebih lagi mereka yang datang dari luar Selangor. Mesti excited lebih kan?

Kredit Ruangan Sinar sihat:aktif.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Kemensah dan hulu sendat je yang Bro pernah pergi, tiga lagi belum jejak kaki

    ReplyDelete
  2. syoknya.. sg chilling bestt.. :D

    ReplyDelete
  3. Sg sendat dgn sg tekala tu first time dengar.. nampak menarik.. nanti boleh try gi..

    ReplyDelete