Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.

By Cikla Shahril - April 28, 2018

Cikla percaya, sebelum ni korang mesti jumpa macam-macam menu yang boleh disediakan berasaskan makaroni seperti makaroni goreng, makaroni cheese, dan makaroni bakar. Apa kata kali ni korang try bubur makaroni pulak? Sejujurnya, ini kali pertama cikla buat bubur ni, asalnya sebab terbaca kawan fb cikla post pasal bubur ni. Terus teringin nak buat. Thanks Nad sebab bagi ilham. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Bahan-bahan. 

Bahan-bahan :

1/2 bungkus makaroni (cikla beli jenama KIMBALL). 
1 tin jagung dalam tin. 
1 kotak santan. 
2 helai daun pandan. 
Gula secukupnya, sedikit garam dan minyak.


Cara nak  buat :
  • Rebus makaroni dalam periuk dengan air dan sedikit garam serta minyak. Biarkan sampai makaroni lembut. Korang tak payah letak makaroni banyak sangat, sebab nanti lama-lama makaroninya kembang. So, jadi banyak. Kalau korang masak sepeket tu, seperiuk kau! So, korang agak-agaklah sendiri ye. Kalau tak ramai yang makan, satu mangkuk kecik tu pun dah cukup dah makaroninya. 
  • Bila dah lembut, toskan makaroni dan buang air rebusannya. Kemudian, masukkan semula makaroni ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air, daun pandan dan gula (ikut suka. Tapi tak payahlah manis-manis sangat. Manis buah pun dah ok). 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Makaroni siap direbus. 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Makaroni dan jagung bersatu di dalam periuk. 

  • Biarkan bahan-bahan tadi menggelegak. Selepas itu, tambahkan jagung dan santan. Masukkan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak  bubur tu nanti. 
  • Kalau kuah nampak pekat sangat, tambahkan sedikit air masak ikut kesesuaian. Biarkan seketika, dan boleh dihidangkan.

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. 

Bagi cikla, bubur ni rasanya macam bubur gandum tu. Dah memang makaroni ni daripada gandum kan, haruslah rasa gandum. Hehe. Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments