Limau nipis dan kasturi : Rasa masam tapi banyak khasiat.

By Cikla Shahril - March 06, 2018

Cikla rasa petua menggunakan limau nipis dan kasturi ini sememangnya telah digunakan sejak dari dulu lagi. Jika nak dibandingkan dengan rasanya yang masam. 

Korang tau tak nak bezakan antara limau nipis dan kasturi? Beza strukturnya yang berlainan amat mudah untuk kita mengenalinya. 

Untuk pengetahuan korang, kedua-dua jenis limau ni rupa-rupanya mengandungi pelbagai khasiat. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Khasiat limau nipis.
Limau nipis dan kasturi : Rasa masam tapi banyak khasiat.
Limau nipis dan kasturi : Rasa masam tapi banyak khasiat. Sumber Google. 

Merawat perut buncit. 

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Mengurangkan demam.

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Menghilangkan bau tengit ketiak. 

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Ubat kelemumur. 

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. 

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

Ubat batuk. 

Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.

Ubat wangi rambut. 

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. 

Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

Khasiat limau kasturi.
Limau nipis dan kasturi : Rasa masam tapi banyak khasiat.
Limau nipis dan kasturi : Rasa masam tapi banyak khasiat. Sumber Google. 

Ubat pening kepala.

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Ubat lelah.

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. 

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

Bahan hilangkan kesan minyak pada baju.

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. 

Lepas digosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa. 

Bahan kilatkan cermin mata.

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. 

Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.


  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Kalau rasa bdn tak sedap pun..limau telur tu boleh buat mandi tiap maghrib..

    ReplyDelete
  2. Panas-panas ne dapat ai limau ais pun sedap. hehe
    banyak khasiat limau ne kan

    ReplyDelete
  3. cikyan suka minum air limau kasturi..kalo limau nipis tu mcm kurang sikit..hahahahahah..

    ReplyDelete
  4. aida memang sentiasa ada stok limau kasturi.
    utk minum, buat sambal belacan. goreng ikan kekadang.
    limau nipis jarang-jarang.
    kalau beliikan keli, hmmmm mesti beli dgn limau nipis. nak ilangkn hanyir.

    ReplyDelete