Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi.

Amboi cikla, kemain panjang tajuknya ehhh. Haruslah kan sebab nak bagi clear kat korang 'barang baik' yang cikla nak share dengan korang ni. Sejujurnya kan, cikla belum pernah cuba barangan jenama Ginvera ni. Inilah kali pertama cikla try. Kalau tak salah cikla, produk Ginvera ni yang jenis shampoo rambut pun ada kan.

Nak dijadikan cerita ni bertambah best, kebetulan haritu cikla pergi shopping dekat Tesco, ada satu corner tu diletakkan barang-barang clearance stock. Mungkin stock dah nak expired tapi masih elok, dan diberi harga murah sikit. So, usha punya usha cikla terpandang shower foam ni. Tengok pulak 'perisa' tomato, lagilah excited nak beli. *peminat tegar tomato ni. Hehe. Tengok harga pun murah, botol pun besar. Memamg cantekkklah kan. So, cikla ambillah sebotol, pergi bayar kat kaunter. Settle!

Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi.
Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi. 

Balik rumah, hati dah berkobar-kobar nak try, tapi tak boleh lagi. Pasal shower foam yang lama banyak lagi, so simpan dululah. Akhirnya, cikla rasmikan juga Ginvera Natural Bath ni.

Serius cikla cakap ni, Ginvera Natural Bath ni memang wangi wehhh. Just picit sikit je, tapi buihnya satu tab mandi. Haha, korang bayangkanlah. Jimat tak jimat kan. Masa mandi tu, kalau korang nak buihnya meriah, korang picit dekat span mandi tu, memang banyak gila buih yang keluar nanti. Barulah syok nak sental badan kan.

Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi.
Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi. 

Untuk pengetahuan korang, Ginvera Natural Bath ni diperkayakan secara semulajadi dengan ekstrak tomato dan aloe vera. Kelebihan dan manfaat tomato kepada kecantikan terutama kecantikan kulit adalah sangat banyak antaranya ia melicinkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut. 

Manakala, aloe vera juga terkenal dengan kemagikannya dalam bidang kecantikan iaitu melegakan kulit sekaligus menjadikan kulit lebih lembap (deep moisturizarion) dan berseri. Campuran bahan lain yang terkandung di dalamnya menjadikan ia lebih 'mantap' dan memberi kebaikan kepada kecantikan kulit korang secara keseluruhannya.

Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kecil, besar, tua, muda semua boleh guna. Jimat pun jimat, dengan harga yang berpatutan dan boleh pakai dalam tempoh yang lama. Kalau cikla sendiri, boleh bertahan sehingga 2 bulan, itupun kalau anak-anak cikla tak selalu buat 'pesta buih' time diaorang mandi. Hihi. Memang jimat sangat tau.

Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi.
Ginvera Natural Bath Krim Mandian Tomato menjadikan kita harum semerbak sebaik saja selepas mandi. 

So, cikla rasa dalam bilik mandi korang tu kena ada sebotol shower foam ni. Jom dapatkan hari ini. Selamat mewangikan diri ye. Amboi, wanginya.

4 comments:

  1. Uihhh tomato? Selalu tgk timun je. Kena try lepas ni. Tapi sabun banyak lagi,haha.

    ReplyDelete
  2. Meamng segar bau ginvera... Tapi LeYa dah lama tak guna

    ReplyDelete
  3. ginvera memang produk lama ni, cikla.
    tapi... tomato??? :) 1st time dgr ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Betulll..wangii..saya beli dekat billion Langkawi..time tu takbawak sabun..bedal jalaa..nasib wangi...murahh

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews