Bagus ke susu kambing kepada baby?

By Cikla Shahril - December 21, 2016

Pendapat cikla, bila baby kita dah mula menginjak ke usia 6 bulan dan ke atas keperluan nutrient untuk pertumbuhan badannya semakin bertambah. Tak cukup dengan hanya susu ibu, baby perlu diberi 'makanan tambahan' untuk menampung semua itu. Cikla nak cerita pasal susu kambing. Nasihat cikla, apa yang penting sebelum memilih dan memberi susu kepada baby, pastikan ia telah dipasteur dulu untuk menjamin kebersihan dan menghindari dari jangkitan bakteria selain ia juga akan lebih mudah dihadam oleh baby kita. 

Apa kelebihan susu kambing ni agaknya ye? Ada beberapa kebaikan susu kambing kepada baby kita, iaitu; 

  1. Mengandungi protein yang kurang kealergikannya. Kalau korang nak tau, setiap kali baby kita minum susu, protein dalam susu akan cenderung terkumpul di dalam perut. Protein protein akan bertukar menjadi curd, yang mana ia akan menjadi lebih mudah bagi dicerna sebab lebih lembut dan kecil. So, protein yang terkumpul di dalam perut selepas minum susu kambing akan menjadi dadih (curd) lembut dan kecil dan lebih mudah dihadam. 
  2. Mengandungi lemak yang lebih mudah untuk dihadam. Rantai asid lemak dalam susu kambing adalah pendek/sederhana, so ia  lebih mudah untuk dihadam. Berbanding dengan susu lembu yang mmempunyai rantaian panjang. So, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melalui sistem pencernaan dan susah untuk dihadam. 
  3. Mengandungi kurang laktosa. Susu kambing mengandungi laktosa yang agak kurang berbanding susu lembu. Walau apapun, sebaiknya rujuk kepada pakar untuk mendapatkan nasihat tentang ini. 

Oklah, semoga perkongsian boleh dijadikan guideline untuk ibu ibu yang ingin memberi bayi mereka minum susu kambing. Semoga bermanfaat.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Terima kasih kak..banyak khasiat kan susu kambing...PC pun amalkan juga susu kambing asli ni..cuma kalau lebih minum...badan akan panas...

    ReplyDelete
  2. Susu kambing ni bagus,
    tapi harganya yang tak boleh tahan.

    ReplyDelete
  3. unni tak boleh terima susu kambing ni...org dulu2 sllu cri susu kambing tuk turun kuning anak baru lahir

    ReplyDelete