Petang tadi, suami cikla balik bawak buah ni. Buah sentul katanya. Cikla memang tak pernah tengok, ini first time. Yang kelakarnya nak bukak buah ni pun tak reti. Haha. 

Rupanya bukak guna pisau. Kulitnya tebal, isinya macam isi manggis tapi agak "mengkal". Tapi, tak taulah kalau buah ni masih muda, belum masak. Rasanya macam mana pulak? Ermmm, masam-masam manis, lepas tu kelat kelat sikit. 

Kalau korang nak tau, pokok sentul jugak dikenali dengan nama kecapi yang mana ia adalah pokok hutan yang makin susah nak dijumpai. 

Nama saintifik buah sentul ni adalah Sandoricum koetjape yang mana ia tergolong dalam keluarga Meliaceae seperti rambai, langsat dan sentang. 

Pokoknya sederhana besar je, dengan ketinggian sehingga 30 m dan diameter batang sehingga 90 cm. Ia tumbuh di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata, seperti Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Selain itu, pokok ni akan berbunga dan berbuah mengikut musim iaitu 2 kali setahun. Buahnya pulak berbentuk bebola, dengan diameter 5-7 cm, berwarna kuning keemasan dan berbulu lembut. 

Kulit buahnya pulak agak tebal dan liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih macam isi buah manggis.

Buah sentul?
Buah sentul?

Rasa buah sentul adalah masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. 

Rupanya kulit buahnya jugak boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Tapi, tadi cikla buang kulitnya. Hehe. 

Dari segi khasiatnya pulak, ia mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Kalau korang nak tau, air rebusan akarnya pulak boleh diminum bagi merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut.

Akar dan kulit kayunya juga boleh digunakan oleh ibu-ibu selepas bersalin, di samping daunnya pulak kalau diletakkan pada kulit boleh merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. 

Selain itu, air rebusan daunnya jugak boleh digunakan dalam mandian untuk meredakan demam panas, dan kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. 

Selain itu, kayu pokok sentul jugak ada digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah.

Korang pernah makan buah ni tak?